BLOG Zamkata yang dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara,
Zainuddin Maidin kini boleh dilayari di zamkata.blogspot.com.
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan
Sri Zainuddin Maidin membuka laman blognya sendiri, zamkata.blogspot.com, untuk
berkongsi idea dan pengalamannya dengan masyarakat melalui teknologi media
baharu.
Dengan slogan 'Setiakawan Demi Warisan, Kemanusiaan dan
Kerukunan', blog zamkata.blogspot.com diwujudkan untuk memberi penghayatan
mempertahankan warisan dan kemanusiaan dalam pengertian kebebasan bersempadan.
"Blog ini ditampilkan dalam dwibahasa iaitu bahasa
Melayu dan Inggeris sebagai pilihan kepada pembaca untuk lebih memahami isu-isu
yang dibincangkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Blog itu mula
beroperasi Jumaat lalu.
beroperasi Jumaat lalu.
Zainuddin yang merupakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan
dari tahun 1983 hingga 1992 dan Menteri Penerangan dari tahun 2006 hingga 2008
memberitahu, bahagian utama blog itu memaparkan persoalan tentang arus
globalisasi di bawah imperialisme media dan kolonialisme baharu.
Selain itu, katanya, dalam tulisan awal beliau turut
menghuraikan beberapa isu seperti impak keceluparan bekas Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan nombor pendaftaran WWW 1
bernilai RM520,000 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar baru-baru ini.
patik : boleh selit2 letak iklan ... hehe