Bagaimana nak tahu yang kita ini layak ke tidak layak untuk
membayar cukai pendapatan? Hayati senario di bawah;
PAR A: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
PAR A: RM 800 aje Encik...cukup-cukup makan
Hamba Allah: Alhamdulillah, kalau awak cakap cukup untuk
tanggung keluarga. Awak kena kerja keras sedikit..cari "side income"
atau buat kerja "part-time" tambahkan pendapatan awak. Tapi jangan
risau, awak tak dikenakan cukai.
Kerani B: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
Kerani B: Takda la banyak sangat, dalam RM 1500 jer.
Hamba Allah: OK, untuk tahun ini awak tidak dikenakan cukai.
Kalau awak gigih bekerja dan dinaikkan pangkat nanti baru awak kena cukai.
Juruteknik C: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
Juruteknik: RM 2000 jer bang, itupon kalau saya tak
"rempit" buat overtime
Hamba Allah: Rajin-rajin la buat OT...baru masyuk tiap tiap
bulan. Tapi kalau gaji yang awak cakap
tadi...tak kena bayar cukai pendapatan...
tadi...tak kena bayar cukai pendapatan...
Jurutera D: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
Jurutera D: ermm...satu hari saya dapat RM 110 ..campur
kalau buat OT dalam RM 30...bahagi dengan 4 untuk prestasi harian...bila di
plotkan dalam graf dan di ambil kecurunan graf tersebut..gaji saya
dalam....ermm
Hamba Allah: aduh, tahu la awak engineer...tak perlu la nak
dimasukkan pengiraan statistik atau "engineering math"...saya tanya
simple..dalam slip gaji awak...berapa gaji bersih awak dapat?
Jurutera D: RM 2500
Hamba Allah: haaa kan senang...ok pi LHDN daftar sebagai
pembayar cukai.
Jurutera D: terima kasih encik...tapi encik, gaji saya kalau
di purata dan di ambil MOD..
Hamba Allah: sudah, sudah, sudah...banyak cakap la..takyah
kira-kira lagi..awak memang layak..
Prof. A: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Prof sekarang duduk dekat mana? Anak-anak dekat
rumah sihat?
Prof. A: Eh, saya tanya, saya ni kena cukai ke tidak? Kenapa
awak nak keluar dari tajuk pulak?
Hamba Allah: minta maaf dulu prof...Prof sememangnya
layak..takkan prof tak ingat berapa banyak nombor angka dalam slip gaji
prof...da professor pon nak tanya lagi??????
Prof A terus pusing kebelakang tanpa menoleh ke belakang...
Hamba Allah: puas hati aku...da tua bangka pon nak tanya
lagi..
Begitula beberapa senario yang menceritakan kelayakan anda
untuk dikenakan cukai. Mungkin anda pernah di tanya soalan yang sama sebelum
ini. Untuk senario di atas, berapakah sebenarnya gaji bersih bulanan untuk
melayakkan anda sebagai pembayar cukai?. Jawapannya, jika gaji anda melebihi RM
2209 setiap bulan, anda LAYAK dikenakan cukai pendapatan. Untuk lebih tepat,
kita rujuk pada kenyataan LHDN;
"Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan
melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai
pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian
tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai
pendapatan."
Sumber : http://ceido.blogspot.com
patik : haa ... mana2 yg gaji bersih 2500 ke atas tuh , cepat2 bertindak ...