Perkongsian Artikel & Berita Menarik Sahaja. TIADA ARTIKEL ARTIS, POLITIK & LUCAH DI SINI.
Perhatian : Lagi Taktik Penjenayah (Kisah Benar Baru Berlaku Di Seri Kembangan Pada 18 Jun 2012)
Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."
Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"
"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.
"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.
"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.
Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.
Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.
"Besok saya call" kata saya.
"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.
Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.
Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.
Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012
Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=342322
Pelbagai Lagi Artikel Menarik
-
▼
2012
(146)
-
▼
June
(61)
- Zoo Negara pindah ke Janda Baik
- Harimau Muda : Malaysia 7 , Filipina 0
- Euro 2012 : Tuah memihak Itali
- Euro 2012 : Peluang Portugal, Sepanyol 50-50
- Euro 2012 : Punca England kalah
- VIDEO : Keretapi Lalu Atas Orang (Tiada Kecederaan...
- Kesihatan : Khasiat Bawang Putih
- Perhatian : Lagi Taktik Penjenayah (Kisah Benar Ba...
- Keputusan Perlawanan Serta Jadual Euro 2012
- Tahniah : Skuad Harimau Muda benam Qatar 2-0
- Bosan? : Jom Bercakap Dengan ROBOT KUNING
- Lagak Ngeri : Berjalan Atas Tali Seberang JERAM
- UPSI Ada Kampus Baru
- Jenaka : Hadiah Untuk Cikgu
- Sukan : Rahmat Che Hashim terpilih berlatih dengan...
- Kota Bharu : Kanak-kanak maut tertembak pada hari ...
- Euro 2012 : Ikan Pakai Jersi JERMAN
- Jom Isi Petrol di PETRON ... BUKAN PETRONAS
- Ciptaan Allah : Keindahan Zuhrah@Venus Ketika Meli...
- Surat tawaran penempatan graduan ke seluruh negara...
- Rencana : Menjejak masyarakat Melayu Riau-Lingga
- Perhatian : Tayar Kereta Anda Berasap? Taktik Lici...
- Seberang : Aceh haram kedai jual pakaian ketat
- Rencana : Labah-labah menyerang India
- Sabah : Gempar kubur kena gali
- Blogger : Tokoh Wartawan Negara buka laman blog Za...
- Euro 2012 : Keputusan 8 Jun 2012 (Ada Video)
- EURO 2012: Penyokong Sepanyol mati dibunuh
- Kisah Seram : Lembaga Tua di Sekijang Bendera
- Euro 2012 : Gol Pertama Euro Oleh Pemain Poland
- Tauladan : Sejarah Hidup Pengasas Bank Ar-Rajhi
- Euro 2012 Lagi : Singa Laut Teka Greece Menang Mal...
- Jenaka : BRAZIL Juara Euro 2012 (Edit 16 Jun 2012)
- Serius : Hakim Main Daun Terup Masa Perbicaraan
- Mesti Baca : Saya Kena Bayar Cukai Ke Tak?
- Jom Temuduga SPA Waktu Malam
- Biarpun Sama-Sama Perempuan Dot Dot Dot
- Video : Jangan Ketawa! Tahan! (Hayatilah Betul2 Ya)
- Video : Budak Perempuan Gangster (Apo Nak Jadi)
- Dalam Negeri : Naik Motor Bawa BOM (Bukan Kuih BOM)
- Kelambu Kaabah Ditukar Setahun Sekali
- Menjelang Euro 2012 : Anjing Makan Ais Krim
- Dunia : Orang Lawan Harimau
- Waktu Solat Je Ke Nak Tutup Aurat?
- Nilai Wang Hantaran (Fuyooo...)
- Ubah Mindsetmu!
- Jenaka : Seorang BAPAK yang Pandai sekali Bahasa I...
- 'JOM KENALI TUDUNG WANITA MUSLIM YANG SEBENAR'
- Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup
- Luar Negara : China bina kapal perang canggih
- Dalam Negeri : Jurutera hina Sultan kena penjara s...
- Jenaka : Askar paling berani di dalam dunia
- Islam : Misi Imam Muda 3
- Pelik : Anjing ada peguam, simpanan RM5,693
- Dunia : Penduduk mogok harga petrol naik
- Promo : Hari Terbuka TUDM Ke-54 Di TUDM Subang
- Video : Kalau GOL , Korang Buat Apa?
- Dunia : Pelacur Aktif Menjelang Euro 2012(Apo Nak ...
- Sukan : Team Ragbi Malaysia Laukkan Team China
- Sukan : Keita Mandjou sarung jersi Kelantan
- Islam : APAKAH HUBUNGKAIT TASIK GALILEE DENGAN UMA...
-
▼
June
(61)