KIEV, Ukraine – Industri
pelacuran Ukraine dijangka menarik ramai pelanggan dan meraih keuntungan semasa
kejohanan bola sepak Euro 2012.
Namun,
segelintir pihak memberi amaran bahawa Ukraine mempunyai kadar jangkitan HIV
tertinggi di rantau Eropah Timur.
“Para
pelacur Kiev bersedia untuk Euro 2012,” kata sebuah laman web seks Ukraine.
Malah ada antara pelacur membaca sejarah 16 pasukan yang bertanding dan
maklumat asas mengenai bola sepak.
Ukraine
menukar industri pelacuran daripada jenayah kepada hanya kesalahan kecil pada
tahun 2006. Denda yang dikenakan cuma antara AS$10 (RM32) hingga AS$25 (RM79).
Tetapi,
individu yang menjadi bapa ayam atau mengendalikan pusat pelacuran tetap boleh
dikenakan hukuman melakukan jenayah.
Menurut
Pakatan HIV/AIDS Antarabangsa, negara bekas Kesatuan Soviet itu mempunyai
52,000 hingga 83,000 orang pekerja seks. Seramai 11,000 pelacur beroperasi di
Kiev.
Beratus-ratus
ribu peminat bola sepak dijangka hadir untuk menyaksikan kejohanan tersebut
yang bermula 8 Jun ini di Warsaw, Poland dan berakhir di Kiev pada 1 Julai
depan.
Kumpulan
aktivis wanita Ukraine yang dikenali sebagai Femen memberi amaran Euro 2012
akan meningkatkan aktiviti pelancongan seks.
Sementara
itu, menurut pengendali organisasi hak pekerja seks Legalife, Olena Tsukerman,
kebanyakan pelacur mungkin akan menaikkan kadar perkhidmatan, berikutan
kebanjiran para peminat bola sepak yang kaya dari negara Eropah Barat. – AFP