SEPANG - Seorang wanita menemui ajal manakala enam lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 51.5 Jalan Dengkil-Kota Warisan di sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 petang itu mengorbankan pemandu kereta jenis Proton Wira, Nathrah Zulkifli (gambar kecil), 38. Seorang rakan dan dua anaknya yang turut menaiki kereta itu pula parah.
Difahamkan, sebelum kejadian, Nathrah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Persada Murni Alam Milenia, Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan.
Jurucakap polis memberitahu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh kereta dinaiki mangsa.
"Siasatan awal mendapati, pemandu MPV Avanza itu hilang kawalan sebelum merempuh kereta mangsa. MPV itu kemudian dilanggar pula oleh sebuah teksi yang berada di belakangnya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2lu1s3dxj
Hakcipta terpelihara