Berita : Tarif elektrik dijangka naik 6 hingga 7 sen 2014


KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili (gambar).
Bagaimanapun Ongkili berkata, kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.
"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," kata- nya sambil menambah, angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.
"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd. dan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ongkili membayangkan bahawa kerajaan akan mengekalkan struktur semasa dengan pengguna yang menggunakan 300 kWh sebulan atau kurang, tidak dikenakan tarif baharu itu.
"Oleh itu, tiada kenaikan tarif dijangkakan untuk 75 peratus pengguna isi rumah (4.4 juta pengguna), pengguna 'lifeline' (3.3 juta pengguna) dan pengguna 201-300 kWh (1.1 juta pengguna)," ujarnya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm#ixzz2lznQdTwc 
Hakcipta terpelihara 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelbagai Lagi Artikel Menarik