Model
kapal perang pantas 022 Houbei yang digunakan oleh tentera laut China di
perairan Laut China Selatan . - AGENSI
BEIJING
1 Jun - China sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat perunding dari
Australia bagi membina sebuah kapal perang canggih, yang dilihat sebagai
sebahagian persediaan negara ini menghadapi pertikaian wilayah dengan beberapa
negara jiran di Laut China Selatan.
Kerjasama
dengan pereka AMD Marine Consulting itu bagi menghasilkan sebuah kapal yang
mampu menyerang dengan pantas, dilengkapi kemudahan satelit, rangkaian
komunikasi, helikopter, radar, enjin dan beberapa ciri-ciri khas, menurut pakar
analisis tentera.
Ia
dihasilkan bagi menggantikan kapal perang lamanya yang menggunakan teknologi
Soviet.
Kapal
tersebut dijangka mampu bergerak dengan kelajuan 36 knot dan membuat serangan
pada jarak melebihi 200 kilometer.
patik : 36 knot = 66.672 km/h http://www.convertunits.com/from/knots/to/km/h