RAKYAT negara ini berebut-rebut mencari kerja di sektor awam
ekoran skim perkhidmatan yang menarik. – Gambar hiasan
Jalani temu duga SPA waktu malam
PUTRAJAYA – Semua calon bagi mengisi kekosongan jawatan
dalam perkhidmatan awam akan diberi pilihan untuk menjalani sesi temu duga sama
ada pada waktu malam atau pada hujung minggu dalam masa terdekat.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri
Mahmood Adam (gambar kecil) berkata, pendekatan baharu tersebut antara
penambahbaikan yang dilakukan oleh pihaknya sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.
Beliau bagaimanapun berkata, calon yang mahu berbuat
demikian perlu memaklumkan kepada SPA selepas menerima surat tawaran menghadiri
temu duga.
“Ia bertujuan memberi kemudahan kepada calon memilih waktu
temu duga mengikut kesesuaian mereka kerana ada antara calon mengalami
kesukaran untuk ditemu duga pada waktu pejabat,’’ katanya pada majlis pertemuan
dengan media di sini semalam.
patik : staff terlibat ada claim OT x? hehe ...