Gambar fail, seorang anggota polis penguatkuasa Syariah Aceh
(kiri) memberi nasihat kepada beberapa orang gadis Aceh semasa membuat
pemeriksaan cara berpakaian bagi wanita Islam di sebatang jalan di Banda Aceh
pada 1 Disember 2009. - REUTERS
BANDA ACEH 8 Jun - Premis-premis perniagaan di wilayah Aceh,
tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian yang ketat.
Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh
menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod
berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek.
Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang-
undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu
pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian
ketat.
''Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan
undang-undang Islam itu," kata Samsuddin.
Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk
menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar
antara pasangan yang belum berkahwin.
Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan
melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin
akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi.
Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300
wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu. –
DPA
patik : kat sini bila lagi?