Sukan : Team Ragbi Malaysia Laukkan Team China





MALAYSIA membuat kejutan besar apabila menumpaskan China 89-0 dalam saingan ragbi lima negara Asia HSBC Divisyen Dua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya, semalam.

Keputusan itu turut mengejutkan jurulatih skuad negara, Boon Hoon Chee yang sebelumnya meramalkan perlawanan sengit bakal dihadapi anak buahnya dalam usaha kembali ke divisyen satu musim depan.
“Saya tidak menduga China boleh dikalahkan begitu mudah kerana pertemuan sebelum ini pada 2009 di Stadium UiTM Shah Alam menyaksikan saingan sengit,” katanya.
Dalam perlawanan semalam, Malaysia mendahului 55 mata menerusi lima gol dan empat try pada babak pertama sebelum meneruskan rentak dengan 34 mata lagi hasil tiga gol, dua try dan satu penalti pada babak kedua.

Namun dia gembira kerana semua pemain beraksi baik dan mengikut arahan sehingga mencatatkan keputusan besar itu sambil mengingatkan pemain supaya waspada apabila bertemu Thailand di gelanggang sama esok.

“Pertemuan dengan Thailand sukar diramalkan kerana dalam beberapa pertemuan sebelum ini, ada kalanya memihak lawan tetapi saya yakin kali ini memihak kita,” katanya.

Sebelum itu, Thailand diberi tentangan sengit oleh Iran sebelum menang 37-17.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelbagai Lagi Artikel Menarik