DUA budak lelaki menyaksikan beberapa ekor ikan yang
mempunyai warna yang sama dengan bendera Jerman.
KIEL, Jerman - Beberapa ekor ikan kecil di dalam akuarium
menjadi tumpuan para pengunjung di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di
sini semalam.
Ikan tersebut menjadi tumpuan kerana ia mempunyai belang
hitam, merah dan kuning. Warna itu sama dengan bendera Jerman.
Ia turut mendapat tumpuan ramai kerana pasukan Jerman kini
bertanding dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 di Ukraine. – Agensi