Gambar Hiasan
Itali perkenal ais krim untuk anjing
ROM - Itali memperkenalkan ais krim khas untuk anjing semasa
sambutan Festival Gelato, Jumaat lalu di Ancona dan akan berada di pasaran
menjelang musim panas akan datang.
Ais krim IceBau itu didakwa bakal menyaksikan peningkatan
jualan produk makanan tersebut walaupun berhadapan dengan krisis ekonomi.
Institut Aiskrim Itali melaporkan, jualan ais krim untuk pra-pakej meningkat
2.2 peratus dengan nilai keuntungan kira-kira AS$2.4 bilion (RM7.7 juta) pada
tahun lalu dan jumlah itu dijangka meningkat 3.9 peratus pada tahun ini kerana
dipengaruhi faktor cuaca panas.
patik : agak2 macam mana rupa aiskrim tuh? bentuk tulang kah?