(Kalau Rasakan Artikel Ini Menarik, Sharelah Yer...)
Klik Imej Untuk Besarkan
Satu lagi keajaiban alam semesta telah berlaku pada 6 Jun
2012 (semalam), iaitu kita akan dapat menyaksikan fenomena Transit Planet
Zuhrah.Fenomena ini dianggap luar biasa, tidak seperti kejadian gerhana bulan
separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak tujuh kali
sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun
2004.Bermakna jika terlepas peluang untuk menyaksikannya pada kali ini, maka
terpaksalah kita menunggu transit seterusnya pada tahun 2117 atau 105 tahun
dari sekarang. Memang ia sesuatu yang sangat mustahil, melainkan saintis moden
menjumpai cara untuk melambatkan atau menghentikan proses penuaan dan lebih
tepat mengelakkan kematian.
Bagaimana Fenomena Transit Zuhrah Berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365
hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan
mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan
melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya
lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada diantara Matahari dan
Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya
ia akan berada di bawah atau atas matahari.
Fenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak
berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2
pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali
terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia
berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117
dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang.
Bila masa kejadian ini boleh disaksikan?
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia)
*Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh
tepi matahari.
*Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah
sudah memasuki kawasan matahari.
*Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan
perjalanan transit.
*Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan
Zuhrah di dalam kawasan matahari.
*Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari
kawasan matahari.
Berdasarkan waktu di atas, fasa sentuhan 1 dan 2 sahaja yang
agak kritikal kerana ada kawasan di Malaysia yang
boleh menyaksikanya (kerana matahari sudahpun terbit,
seperti di Sabah dan sebahagian Sarawak), manakala ada yang tidak dapat
menyaksikannya(kerana matahari belum terbit seperti dikeseluruhan Semenanjung
Malaysia).