SEDIM- Penemuan objek menyerupai wajah manusia bersaiz
sebiji buah kelapa yang berterbangan di ketinggian kira-kira 3 meter dicelah
pokok di Banjaran Gunung Inas,disini jam 2.30 petang menjadi tanda tanya.
Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang
dirakamkan wartawan Sinar Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu
bertujuan menjaga kawasan hutan sebelum diteroka.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di
Kampung Padang Tembak berkata,objek yang
dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan.
dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan.
Menurutnya,ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika
dahulu dituntut terutama bagi golongan wanita.
“Bagi wanita bergungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi
lelaki ia mampu membuatkan mereka kebal dan kelihatan hebat”,katanya.
Ramli berkata,pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar
pada waktu malam.Kepala pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika
keluar mencari makan.
“Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai
makanan dalam hutan.Pada waktu malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya
ditempat lain.
“Pada waktu malam,lembaga ini akan terbang dan akar terjurai
akan menghasilkan cahaya.Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia.”
katanya.
Ramli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu
mungkin secara tidak sengaja kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki
keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu mungkin dapat melihatnya.
“Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi
merakamkannya dalam kamera melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.
“Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan,tanglung
boleh mengakibatkan mangsa menjadi demam dan berada dalam ketakutan,”katanya.
Menurutnya,ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan
tradisional mampu bercakap dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk jelmaan
atau rasukan itu boleh mengenali mereka.
“Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan
Al Quran dan minta pada ALLAH untuk memastikan segala kesulitan dan masalah
dirungkaikan.
“Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat
tetapi ia dilaknati ALLAH kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan
syaitan.” katanya.