KETIKA sedang khusyuk menggunakan gajet anda, kuasa
baterinya pula habis. Anda pula tidak menyimpan bateri alkali baru mungkin
kerana terlupa atau tidak sanggup membeli lebih kerana faktor kos. Situasi begini
pastinya amat menjengkelkan.
Keadaan ini bakal berubah apabila Panasonic Malaysia Sdn Bhd
memperkenalkan produk bateri yang boleh dicas semula tetapi berkuasa, EVOLTA.
EVOLTA yang ditampilkan dalam saiz AA dan AAA bukan saja
berkuasa setanding bateri alkali tetapi juga memiliki keupayaan pengecasan
semula sebanyak 1,600 kali.
Sebagai pelengkap kepada bateri baru ini, Panasonic turut
memperkenalkan kelengkapan pengecasan semula bagi kedua-dua saiz dengan tempoh
cas antara dua, lapan hingga ke 10 jam.
Lebih menarik, teknologi bateri yang boleh dicas semula itu
dapat membantu memulihara alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan bahan
untuk membuat bateri serta pembuangan bateri lama.
Syarikat peneraju pasaran produk elektrikal dan elektronik
tempatan itu mengakui bahawa faktor maklum balas memberangsangkan daripada
jualan kelengkapan produk bateri yang boleh dicas semula menjadi pendorong
kepada pengenalan bateri EVOLTA di negara ini.
Nama EVOLTA diambil daripada gabungan konsep evolusi dan
voltan yang menjadi teras teknologi bateri baru ini yang menjadikan ia mampu
tahan lebih lama.
EVOLTA dipasarkan dalam model HHR-3MVT/2B bagi saiz AA,
HHR-4MVT/2B (AAA) dan HHR-3LVT/2B (AA) dengan harga di antara RM19.90 hingga
RM35.90 setiap pek.
Kelengkapan pengecas semulanya ialah model BQ-CC09 dengan
harga dari RM49.90 hingga RM149.90.
Sumber
: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TahanLama/Article/index