Gambar Hiasan : NATO Missile Defense
CHICAGO: NATO mengesahkan rangkaian peluru berpandu sekutu
itu di Eropah sedang diaktifkan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan
dengan keupayaan menembak balas peluru berpandu ke arahnya.
Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen hari ini
berkata, deklarasi mengenai keupayaan sementera sekutu itu dibuat pada Sidang
Kemuncak NATO di Chicago sebagai langkah pertama untuk mengukuhkan kedudukan
sekutu itu di Eropah menjelang 2018.
Peringkat terakhir dirancang untuk 2022 yang turut
merangkumi jarak kawasan peluru berpandu merangkumi Amerika Syarikat.
Pada sidang kemuncak di Chicago, pengurusan NATO turut
mengesahkan beberapa lagi rakan sekutunya bersetuju membelanjakan lebih AS$1
bilion untuk menyokong kemudahan prasarana bagi meningkatkan sistem peluru
berpandu.
“Pertahanan misil amat diperlukan. Kami kini berdepan dengan
ancaman peluru berpandu yang nyata," kata Rasmussen pada sidang kemuncak
itu dengan menambah 30 lagi negara sedang membangunkan teknologi peluru
berpandu antara benua.
- AP/AFP
Sumber
: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NATOisytiharaktifkanrangkaianpeluruberpandu/Article/