HONG KONG - Seorang pemuda di pulau ini yang dikenali hanya dengan nama Howard berjabat tangan dan bergambar dengan beberapa orang di Tsim Sha Tsui, lapor portal berita South China Morning Post semalam.
Howard menjadi tumpuan orang ramai kerana dia memiliki gaya rambut dan berpakaian seperti pemimpin komunis Korea Utara, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an.
Pemuda yang berusia 34 tahun itu sebenarnya seorang pemain dram dan dia tidak boleh bercakap dalam bahasa Korea seperti Jong-un.
Howard turut mendedahkan punca dia mengubah imejnya menjadi mirip Jong-un.
Menurutnya, pada April lalu, rambutnya dipotong oleh seorang pendandan rambutnya, Daniel Lo di tingkat tujuh sebuah salun rambut di Tsim Sha Tsui
"Saya berpendapat gaya itu sesuatu yang menggelikan hati. Saya telah menjadi terkenal," katanya.
Howard turut menjadi bahan bergurau rakan-rakannya selepas Jong-un menjadi pemimpin Korea Utara selepas bapanya Kim Jong-il meninggal dunia pada tahun 2011.
Menurut rakan-rakannya itu, wajah Howard mirip Jong-un.
"Justeru, saya berpendapat, saya perlu mengambil kesempatan itu (mempunyai wajah seperti Jong-un)," kata Howard. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2luGAE5BT
Hakcipta terpelihara