UPSI Ada Kampus Baru


SULTAN AZLAN SHAH (dua dari kiri) berkenan melihat model Kampus Sultan Azlan Shah UPSI selepas merasmikannya di Tanjung Malim, Perak semalam.

Sultan rasmi kampus baharu UPSI

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini mampu menyediakan kemudahan pengajian yang selesa kepada pelajar berikutan pembukaan kampus baharu universiti itu, Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City di sini tidak lama lagi.

Menteri Pengajian Tinggi. Datuk Seri Khaled Nordin berkata, ia membolehkan UPSI menampung kira-kira 14,000 pelajar dalam satu-satu masa berbanding sekadar 5,000 sahaja sebelum ini.

Katanya, selain menyelesaikan masalah kekurangan bilik kuliah dan penginapan yang dihadapi beberapa tahun lalu, kampus yang dilengkapi infrastruktur moden itu bakal mempunyai sekolahnya sendiri.

“Jika institusi pengajian tinggi awam yang mempunyai fakulti perubatan memerlukan hospital bagi melatih mahasiswa, jadi UPSI sebagai universiti berteraskan latihan perguruan dan pembangunan pendidikan, wajarlah ia mempunyai sekolahnya sendiri sebagai makmal mengartikulasikan program pendidikan bermula pra-sekolah hingga peringkat tertinggi,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelbagai Lagi Artikel Menarik