Blogger : Tokoh Wartawan Negara buka laman blog Zamkata


BLOG Zamkata yang dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Zainuddin Maidin kini boleh dilayari di zamkata.blogspot.com.


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin membuka laman blognya sendiri, zamkata.blogspot.com, untuk berkongsi idea dan pengalamannya dengan masyarakat melalui teknologi media baharu.

Dengan slogan 'Setiakawan Demi Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan', blog zamkata.blogspot.com diwujudkan untuk memberi penghayatan mempertahankan warisan dan kemanusiaan dalam pengertian kebebasan bersempadan.

"Blog ini ditampilkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris sebagai pilihan kepada pembaca untuk lebih memahami isu-isu yang dibincangkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Blog itu mula
beroperasi Jumaat lalu.

Zainuddin yang merupakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dari tahun 1983 hingga 1992 dan Menteri Penerangan dari tahun 2006 hingga 2008 memberitahu, bahagian utama blog itu memaparkan persoalan tentang arus globalisasi di bawah imperialisme media dan kolonialisme baharu.

Selain itu, katanya, dalam tulisan awal beliau turut menghuraikan beberapa isu seperti impak keceluparan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520,000 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar baru-baru ini.

patik : boleh selit2 letak iklan ... hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelbagai Lagi Artikel Menarik