Dalam Negeri : Jurutera hina Sultan kena penjara setahun



HON Keong (kiri) berbincang sesuatu dengan peguamnya kerana didapati bersalah menghina sultan di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

BUTTERWORTH: Jurutera, Chan Hon Keong, 29, semalam dijatuhkan hukuman penjara satu tahun dan denda RM50,000 kerana menghina Sultan Perak dengan menghantar komen lucah dalam sebuah laman web, pada 2009.

Hakim Mahkamah Sesyen, Akmal Hishan Mohd Tajuddin turut memerintahkan Hon Keong dikenakan enam bulan penjara tambahan jika gagal membayar denda itu.
Ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya, Khoo Hui Suang, 28, dilihat menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hukuman.
Enam individu didakwa di mahkamah berhubung kes menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika kemuncak kemelut politik di negeri itu pada 2009.
Difahamkan, Hong Keong menjadi individu pertama dipanggil untuk membela diri dan didapati bersalah menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2009.

Enam individu didakwa di mahkamah berhubung kes menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika kemuncak kemelut politik di negeri itu pada 2009.

Dalam penghakimannya, Akmal Hishan berkata, beliau berpendapat perbuatan menghina sultan yang menjadi simbol pemerintah negara adalah sebagai satu kesalahan serius dan jika tidak dibendung, ia akan menular serta tidak dapat dikawal.

“Oleh itu, mahkamah tiada pilihan dan wajar mengenakan tindakan maksimum ke atas tertuduh iaitu dipenjara selama satu tahun berkuat kuasa hari ini (semalam) serta denda RM50,000 dan gagal membayar denda boleh dikenakan tambahan penjara selama enam bulan,” katanya.
Dia didakwa menghantar komen itu ke alamat http://books.dreambook.com/duli/duli.html, yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak, www.Sultan.Perak.gov.my dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Hon Keong dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen itu yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pada 15 April 2009, Hon Keong mengaku tidak bersalah selepas didakwa bersama isterinya, Hui Suang kerana mengedar komen lucah menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di ruang siber.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Arowana Emas, Permatang Pauh di sini, jam 12.05 tengah malam, pada 13 Februari 2009.

Bagaimanapun, Hui Suang dibebaskan selepas didapati tidak bersalah di akhir penghujahan kes pada 13 Mac 2010, sementara Chan diarah membela diri.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Md Yusuf Idris.

patik : berani buat berani tanggung ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelbagai Lagi Artikel Menarik