SPESIES labah-labah dipercayai tarantula yang menyerang
penduduk di India mampu menerkam mangsa. - Gambar hiasan
Ia kedengaran seperti satu adegan filem seram tetapi
kegembiraan perayaan keagamaan, Bihu, di sebuah kampung di Sadiya, negeri
Assam, India bertukar gempar apabila sekumpulan besar labah-labah menceroboh
kampung dan menggigit penduduk.
Menurut Times of India, serangga berkaki lapan itu tiba-tiba
muncul di Kampung Chaulkhowa Nagaon pada 8 Mei lalu tanpa diketahui dari mana
datangnya. Akhbar itu turut menggelar insiden itu sebagai 'serangan
labah-labah'.
Salah seorang mangsa labah-labah pembunuh itu, Jintu,
terselamat selepas dimasukkan ke Hospital Awam

