Info Sihat : Strawberi dalam losyen baik untuk kulit



Khasiat buah strawberi untuk kulit memang sudah lama diketahui semenjak abad ke-18 lagi, apabila buah tersebut mula ditanam di benua Eropah, khususnya negara Perancis. Terdapat beberapa sumber sejarah yang mengatakan bahawa Theresa Tallien, seorang heroin revolusi Perancis gemar bermandi strawberi untuk mengekalkan kulit cantik. 

Menurut penyelidik Universiti Politecnia delle Marche di Itali, Maurizio Battino, kesan ekstrak strawberi sebagai pelindung dari sinar UV telahpun disahkan melalui beberapa kajian yang dibuat. 

Para saintis menyediakan kultur sel kulit yang dicampurkan dengan ekstrak strawberi dengan kepekatan 0.05, 0.25, dan 05 miligram per mililiter. Dengan menggunakan cahaya UV, sampel tersebut kemudiannya didedahkan kepada cahaya UV yang bersamaan dengan pancaran terik matahari selama 90 minit di Riviera Perancis. 

Data mengesahkan bahawa ekstrak strawberi tersebut bukan sahaja berjaya melindungi sel kulit dari sinar UV, malah ianya juga mampu meningkatkan ketahanan sel dan menurunkan kerosakan yang berlaku pada DNA. 

Para saintis juga percaya bahawa kemampuan strawberi dalam melindungi kulit adalah disebabkan oleh kandungan pigmen yang dikenali sebagai antosianin yang juga berfungsi memberikan warna merah kepada daun, bunga dan buah-buahan. 

Kompaun antosianin bersifat antioksidan, antitumor dan berupaya mengurangkan radang kulit.


SUMBER : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...