Info Sihat : Kebaikan makan makanan yang beralkali



Diet alkali sangat bermanfaat pada tubuh badan kerana tahap pH darah kita perlu kekal seimbang di antara 7.35 dan 7.45, yang mana sedikit beralkali. Lebih berasid makanan yang diambil dalam diet kita, lebih banyak badan kita perlu bekerja. Kita akan berasa lebih rasa letih, dan sistem imun kita mudah terdedah kepada penyakit.

Diet alkali membantu tahap pH darah yang seimbang
pH darah adalah hanya satu ukuran bagaimana untuk menentukan tahap keasidan atau kealkalian sesuatu makanan. Untuk konteks, asid perut mempunyai pH hampir 0 (yang paling berasid) manakala peluntur berhampiran dengan 14 (yang paling beralkali). Air suling tulen berada pada tepat di tengah-tengah, iaitu neutral 7. 

Badan kita memerlukan tahap pH darah yang beralkali hanya lebih sedikit daripada air suling tulen; antara 7.35 dan 7.45. Kita akan membantu badan kita untuk kekal pada linkungan ini dengan memakan diet yang beralkali lebih dan mengurangkan makanan berasid. 

Diet alkali bukan SAD
'The Standard American Diet' (SAD) adalah tidak terlalu seimbang kerana ia mengandungi makanan dengan yang lebih berasid daripada makanan beralkali. Hal ini akan meletakkan tekanan yang berterusan ke atas badan dan sistem imun untuk mengekalkan kembali pH darah pada pH yang seimbang. 

Makan diet yang beralkali membantu tahap pH darah untuk stabil tanpa banyak usaha. Ini tidak bermakna kita perlu menghapuskan makanan berasid daripada diet kita sama sekali. 60-80% daripada diet kita harus terdiri daripada makanan beralkali, manakala 20-40 % makanan berasid. 

Apakah makanan beralkali? 
Mengetahui yang mana satu makanan yang beralkali boleh membantu anda untuk makan sihat dan berasa lebih baik. 

Secara umum, makanan yang tidak diproses dan yang paling hampir dengan keadaan semula jadi mereka cenderung untuk menjadi alkali. Kebanyakan makanan segera, makanan dibungkus, dan bijirin yang telah diproses seperti beras putih dan tepung putih cenderung untuk menjadi lebih berasid. Racun serangga cenderung untuk membentuk asid, jadi buah-buahan dan sayur-sayuran organik adalah yang terbaik untuk diet alkali.


SUMBER : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...