Jom Cuba : Buang bulu dengan rawatan lilin



Bulu roma yang lebat, berlebihan dan tidak diingini bukanlah satu masalah luar biasa buat para lelaki dan wanita.

Wanita biasanya berhadapan dengan masalah ini di bahagian muka iaitu kening dan bibir, ketiak, kaki dan juga garisan bikini. Manakala bagi lelaki pula adalah pada bahagian belakang badan, dada dan adakalanya kening. 

Terdapat beberapa cara untuk membuang bulu roma antaranya seperti mencukur, mencabut, krim serta penggunaan lilin (wax). Walaubagaimanapun semua cara tersebut mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan, kerengsaan kulit dan agak bersepah jika anda melakukannya sendiri. 

Di STRIP: Ministry Of Waxing, mereka mengamalkan HSQ iaituHygiene (Kebersihan), Speed (Kelajuan) dan Quality (Kualiti) dan oleh itu, anda tidak perlu lagi berhadapan dengan masalah-masalah seperti di atas semata-mata bagi mendapatkan kulit yang lembut. 

Memang tidak dinafikan membuang bulu menggunakan lilin akan menyebabkan anda terasa sakit sedikit di beberapa bahagian tertentu lebih-lebih lagi jika anda baru pertama kali melakukannya. 

Namun pakar terapi yang berpengalaman akan memastikan anda berasa selesa dan tenang sepanjang proses tersebut. 

Ikuti beberapa info berguna tentang membuang bulu roma menggunakan lilin yang dikongsikan bersama oleh Janet Lim yang merupakan Pengurus Perhubungan Awam STRIP. 

Mengapa rawatan menggunakan lilin popular terutama sekali Brazilian? 

Selebriti dan ikon fesyen sememangnya telah membantu ramai menyedari tentang pembuangan bulu roma tetapi kini wanita moden juga tahu keperluan untuk menjaga penampilan diri mereka secara dalaman dan luaran. Mereka juga akan meluangkan masa bagi memastikan mereka kelihatan menarik. Selalunya wanita memilih untuk membuang bulu roma di bahagian kaki, ketiak serta bahagian garisan bikini (Brazilian). Wanita zaman kini banyak melakukan di bahagian Brazilian supaya ianya kemas dan bersih serta memberi keyakinan kepada diri mereka. 

Tempoh sesuai untuk rawatan menggunakan lilin

Selalunya pelanggan akan mendapatkan rawatan antara 3-6 minggu selepas rawatan terakhir mereka atau panjang bulu dalam anggaran 4-6 milimeter. Itu adalah panjang yang ideal untuk rawatan penggunaan lilin. Apabila bulu dibuang dari akar, kulit anda mampu kekal tanpa bulu sekitar 2-3 minggu dan ianya akan tumbuh dengan lebih halus. Di STRIP, pakar terapi kami akan melakukan rawatan tersebut dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan tetapi masih tetap memastikan kebersihan. 

Jenis lilin yang digunakan di STRIP

Kami menggunakan Berry Chocolate Hard Wax dan Lavender Soft WaxBerry Chocolate Hard Waxmengandungi bau coklat yang enak dimana ia akan mengeras dan mengecut di keliling bulu roma dengan cepat. Manakala Lavender Soft Wax pula tidak mengeras dan ia sesuai digunakan di bahagian seperti kaki dan ketiak, bukannya kawasan sensitif. 

Tips sebelum melakukan rawatan lilin

Jika anda melakukan rawatan untuk menghadiri sesuatu acara, pastikan anda melakukannya 2-3 hari lebih awal terutama sekali jika anda masih baru dengan proses tersebut. Ini kerana buat mereka yang mempunyai kulit sensitif, anda mungin mengalami kemerahan atau tompok di bahagian tersebut. Oleh kerana panjang bulu yang ideal adalah sekitar 4-6 milimeter, pastikan anda tidak merapi, mencukur atau mencabut serta kulit anda lembab sebelum rawatan. Yang penting, jangan rasa takut atau gementar. Tidak perlu berasa malu dan tanya soalan kepada pakar terapi anda jika tidak pasti. 

Kebaikan mengamalkan rawatan lilin

Selain daripada bebas tanpa bulu untuk tempoh yang lama serta pertumbuhan yang halus, rawatan ini akan membuatkan kulit anda lembut serta membuang sel mati. Ia juga turut membenarkan pelembab menyerap dengan lebih baik dalam kulit. Malahan bau badan juga akan berkurangan kerana peluh tidak terperangkap antara bulu roma anda. Ia memberi keyakinan diri lebih-lebih lagi kepada wanita. Selain daripada itu, kepentingan mendapatkan rawatan di bahagian Brazilian adalah kebersihan dan juga keselesaan. Wanita akan berasa kekal selesa terutama sekali ketika cuaca panas atau ketika datang bulan. 


SUMBER : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...