
Pasti ramai yang tidak tahu akan khasiat yang ada pada buah anggur bukan? Anggur atau nama saintifiknya Citrus Paradisi ini kaya dengan vitamin C, vitamin A, B1, B2, dan mempunyai kalori yang rendah.
Anggur mengandungi 80 peratus air adalah sumber yang bagus bagi kalium, dan mempunyai phytonutrient iaitu bahan aktif yang melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
Anggur juga mempunyai antioksida, dimana kandungan antioksida yang berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Oleh itu, pengambilan anggur sangat digalakkan berikutan kandungan antioksidanya yang tinggi.
Dalam satu kajian yang dilakukan tentang proses metabolik untuk menghadam makanan tanpa antioksida, kecuali lemak, karbohidrat dan protien boleh mengakibatkan kemerosotan pada tahap kemampuan antioksida di dalam darah. Namun ia boleh dielakkan dengan mengambil buah-buhan yang mengandungi antioksida yang tinggi seperti buah anggur.
Tidak dapat dinafikan lagi kelebihan yang terdapat pada buah anggur ini, dan bukan itu sahaja kelebihan yang ada pada anggur, antara kelebihan yang ada pada buah anggur ialah :
1. Boleh menghilangkan bau mulut yang busuk.
2. Mencairkan lendir atau kahak di dalam tekak.
3. Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
4. Menghilangkan perasaan marah.
5. Menguningkan warna kulit (menjadikan kulit lebih gebu)
6. Menguatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.
7. Mampu menyembuhkan batuk-batuk.
8. Menghilangkan rasa pedih / sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
9. Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya ia mudah hadam.
10. Menguatkan hati dan jantung.
Jadi selepas ini jadikan penggambilan buah anggur ini sebagai amalan pemakanan seharian anda untuk menikmati khasiat-khasiat yang terdapat pada buah anggur ini.
SUMBER : SINI

SHAH ALAM – Penyebaran dua keping gambar di laman sosial daripada sebuah buku terbitan untuk kanak-kanak mendapat perhatian umum ekoran gambar tersebut disifatkan kurang sesuai untuk peringkat umur tersebut.
Gambar pertama menunjukkan huruf Z dengan ilustrasi kanak-kanak lelaki seolah-olah sedang membuang air kecil sementara bagi buku jawi pula huruf Sad diberikan contoh Salib.
Beberapa laman ‘page’ Facebook seperti Oh! Media dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad berkongsi gambar tersebut dengan pengikut-pengikutnya.
Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa ibu bapa yang pernah membeli buku tersebut telah membuang atau mengoyakkan bahagian buku itu setelah mendapati ia mengandungi gambar berupa alat kelamin lelaki.
Azura Ahmad Zue berkata, “sudah pernah beli buku ini dan apabila anak-anak baca, mereka tak sebut alat kelamin itu tetapi mereka sebut orang buang air kecil.”
Alyn Abd Aziz pula berkata, “saya pun ada terbeli yang ada Z itu. Memalukan apabila anak tanya... mama, malu kencing. Terus papa dia koyak helaian yang Z itu dan buang.”
Ramai juga yang berpendapat Z dan Sad itu boleh mewakili beberapa contoh lain.
Nurul Key, “kita dulu-dulu Z itu zoo atau zirafah sahaja.”
Lyza Nuryn, “dulu kalau Z itu zip atau ‘zebra’”.
Azizah Ns, “adalah lebih baik sad untuk solat, kenapa salib?.”
Ekoran kandungan buku itu kecoh diperkatakan, penerbit buku tersebut tampil menjelaskan perkara tersebut berkenaan melalui akaun Facebook atas nama Ladybug Books.
“Buku itu untuk mendidik soal anggota badan dan terma manusia secara umum. Perkara ini sudah dibawa ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan disarankan untuk meletakkan pelekat untuk menutup bahagian alat sulit lelaki itu.
“Orang yang menyebarkan gambar ini telah membuang pelekat tersebut. Saya akan membuat laporan polis terhadap orang itu,” tulis akaun tersebut.
Sementara bagi perkataan salib pula, pihak penerbit menyebut perkara itu tiada isu kerana pihak KDN memberitahu tiada masalah dengan buku itu.
“Untuk isu huruf Sad untuk salib, KDN telah menjelaskan perkara ini pada 6 Mac 2013 yang menyebut bahawa tiada masalah dengan buku itu.
“Tetapi sebagai penerbit yang bertanggungjawab, kami telah membuat keputusan untuk meminda buku itu. Saya bagi pihak penerbit memohon maaf jika menyinggung perasaan orang Islam.
“Tujuan dan niat kami hanya untuk memperkenalkan perkataan salib di mana ibu bapa boleh memainkan peranan dengan mendidik anak-anak mereka perkara yang haram di sisi agama Islam,” tulis akaun itu lagi.
Meskipun ramai yang marah dengan kandungan itu, ada juga pemilik akaun Facebook yang menyifatkan perkara itu sebagai didikan awal untuk kanak-kanak mengenal anggota badan mereka.
Aruza Halludba menulis, “terangkanlah (ia) kemaluan lelaki. ALLAH cipta untuk kencing dan membezakan lelaki dengan perempuan. Ajar (juga) tak boleh selalu disebut, tak manis. Begitu sahaja.”
Muhamad Zaini pula berkata, “ tak perlu malu. Pendidikan seks adalah perlu diberitahu agar dia boleh membezakan alat sulit lelaki dan perempuan. Ia bergantung pada ibu bapa. Jangan fikir ini semua lucah.”
SUMBER : SINAR HARIAN 15/2/2014

Ramai golongan wanita yang mengidamkan tubuh badan yang langsing. Mereka percaya bahawa karbohidrat adalah sumber utama yang akan menambah berat badan mereka.
Oleh itu, ramai yang sanggup menahan lapar dan memberikan seribu alasan apabila diajak makan. Makanan seperti nasi langsung tidak disentuh kerana takut berat badan akan naik. Namun berkesankah diet rendah karbohidrat ini? Jom ketahui dengan lebih lanjut.
Jangan tinggal sarapan
Ramai yang tahu sarapan adalah penting, namun ramai yang tidak mengamalkannya. Karbohidrat mengambil masa untuk ditukarkan menjadi tenaga agar tidak tersimpan sebagai lemak. Oleh itu, sarapan adalah waktu yang paling sesuai untuk memberikan masa yang cukup agar tubuh badan kita membakar tenaga semasa melakukan aktiviti seharian. Contoh sarapan yang sesuai diambil untuk diet rendah barkohidrat adalah bijirin oats dan juga telur.
Elak makanan yang diproses
Hadkan pengambilan karbohidrat kamu dengan meletakkan jumlah tertinggi yang boleh kamu ambil dalam sehari. Jika lapar gantikan dengan buah-buahan berkarbohidrat rendah ataupun roti mil penuh.
Makan supplement
Ambil supplement tambahan dan juga multi-vitamins. Badan kamu memerlukan nutren tambahan untuk menghasilkan sel baru dan membantu meningkatkan tahap kecegasan. Ambil supplement seperti Spirulina untuk menambah tenaga dan menyihatkan lagi badan. Pastikan produk tidak mengandungi gula atau artificial sweetener.
Gantikan nasi dengan pasta, laksi, mi dan bihun
Pasta adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding nasi. Terdapat jugak 'whole wheat' pasta yang mengandungi serat yang tinggi. Masak pasta bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak zaitun berserta hirisan dada ayam. Pastikan tidak ada kulit ayam untuk lebih sihat.
SUMBER : SINI

Khasiat buah strawberi untuk kulit memang sudah lama diketahui semenjak abad ke-18 lagi, apabila buah tersebut mula ditanam di benua Eropah, khususnya negara Perancis. Terdapat beberapa sumber sejarah yang mengatakan bahawa Theresa Tallien, seorang heroin revolusi Perancis gemar bermandi strawberi untuk mengekalkan kulit cantik.
Menurut penyelidik Universiti Politecnia delle Marche di Itali, Maurizio Battino, kesan ekstrak strawberi sebagai pelindung dari sinar UV telahpun disahkan melalui beberapa kajian yang dibuat.
Para saintis menyediakan kultur sel kulit yang dicampurkan dengan ekstrak strawberi dengan kepekatan 0.05, 0.25, dan 05 miligram per mililiter. Dengan menggunakan cahaya UV, sampel tersebut kemudiannya didedahkan kepada cahaya UV yang bersamaan dengan pancaran terik matahari selama 90 minit di Riviera Perancis.
Data mengesahkan bahawa ekstrak strawberi tersebut bukan sahaja berjaya melindungi sel kulit dari sinar UV, malah ianya juga mampu meningkatkan ketahanan sel dan menurunkan kerosakan yang berlaku pada DNA.
Para saintis juga percaya bahawa kemampuan strawberi dalam melindungi kulit adalah disebabkan oleh kandungan pigmen yang dikenali sebagai antosianin yang juga berfungsi memberikan warna merah kepada daun, bunga dan buah-buahan.
Kompaun antosianin bersifat antioksidan, antitumor dan berupaya mengurangkan radang kulit.
SUMBER : SINI

Terdapat dua jenis beras iaitu beras putih dan beras perang. Kebiasaanya, nasi putih dimasak menggunakan beras putih. Hal ini kerana beras putih lebih lembut dan cepat dimasak Bagaimanapun jika nasi dimasak menggunakan beras perang, lebih banyak zat akan diperolehi.
Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu.
Oleh sebab itu, kebanyakan anda lebih menyukai beras biasa kerana ia lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempunyai tekstur agak kasar.
Ia dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya.
Bahagian yang dibuang itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan. Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan.
Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.
Ini dapat membantu proses berdiet kerana kandu-ngan serat yang terkandung di dalamnya membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah.
Bagi penghidap kencing manis, beras perang sememangnya menu terbaik bagi menggantikan beras putih yang sentiasa menjadi sajian anda. Ini kerana beras perang dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih.
Malah, kandungan serat yang tinggi dapat membantu mencegah penyakit kanser usus, dan juga dapat menyah bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus.
Oleh itu, jika anda ingin menjaga kesihatan anda atau keluarga anda, amalkan pengambilan beras perang dalam menu seharian anda.
SUMBER : SINI
Pelbagai Lagi Artikel Menarik