ASYRAF MUHAMMAD
7 Disember 2013
PETALING JAYA - Seorang lelaki warga tempatan ditemui maut dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berhampiran Jalan Teknologi, Kota Damansara kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.
Mayat lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Bakri Ahmad, 50, adalah merupakan pengurus kepada syarikat penghantaran kurier ACI Express Cawangan Johor Bahru.
Menurut jurucakap polis, mayat mangsa ditemui oleh orang awam di dalam longkang hadapan pejabat logistik ACI dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek.
“Sebelum itu, bilik gerakan ada menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut dan hasil daripada laporan berkenaan, sepasukan anggota polis diarahkan ke lokasi kejadian,” kata jurucakap itu.
Hasil siasatan awal, polis percaya mangsa maut akibat terkena serangan penyakit memandangkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.
“Dompet milik mangsa turut ditemui bersamanya,” tambahnya.
Turut kelihatan di lokasi kejadian ialah pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Pasukan Siasatan Daerah, Pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh serta turut dibantu oleh Unit K9.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.
Sementara itu, menurut anak lelaki mangsa, Mohd Syafiq Bakri, 23, dia dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan oleh kakaknya sekitar jam 10 pagi dan bergegas ke lokasi bagi melihat situasi yang berlaku.
Menurut Syafiq, dia terkejut dengan kejadian itu memandangkan ayahnya memang pernah beberapa kali pernah datang ke pejabat berkenaan atas urusan kerja.
Menyentuh mengenai kesihatan ayahnya, Syafiq memaklumkan bahawa Bakri menghidap penyakit jantung, darah tinggi serta kencing manis dan masih meneruskan rawatan.
"Saya sedih kerana baru saja merancang nak bekerja dengan ayah di syarikat berkenaan di Johor Bahru,” katanya.

SUMBER : SINAR