Info Sihat : 10 perkara atau amalan yang boleh melemahkan fungsi otak kita



Terdapat 10 perkara atau amalan yang boleh melemahkan fungsi otak kita. Perkera-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manu! sia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. 
Sahabat yang dikasihi, 
Marilah sama-sama kita berusaha untuk menegakkan 10 perkara yang tersebut di atas semoga akal fikiran dan otak kita sihat dan berfungsi dengan baik . Dengan otak yang sihat dan fikiran yang tenang akan memudahkan kita melaksanakan tugas yang di amanahkan oleh Allah SWT samaada amanah bekerja mencari nafkah atau pun amanah untuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah SWT. 

SUMBER : SINI

Info Sihat : Jangan pandang remeh terhadap alahan makanan


Seluruh dunia tahu bahawa Malaysia merupakan negara yang menghasilkan pelbagai resipi makanan dan kelazatannya tidak dapat dipertikaikan. Di mana-mana tak kira siang dan malam, kita boleh mendapatkan makanan dengan mudah. Namun begitu, ada di antara kita tidak mampu menikmati semuanya kerana mengalami alahan terhadap makanan. Sesetengah kes alahan boleh menyebabkan kematian. Dianggarkan sebanyak 25 peratus rakyat Malaysia mengalami alahan makanan.

Apa itu alahan? 
Alahan terhadap makanan merupakan tahap kesihatan yang serius yang menjejaskan sehingga 15 juta rakyat termasuk 1 dalam 13 kanak-kanak. Tugas sistem imun badan kita adalah untuk mengenal pasti dan memusnahkan kuman (bakteria dan virus) yang membuatkan anda jatuh sakit. Alahan makanan terhasil apabila sistem imun tersilap mensasarkan protein makanan sebagai ancaman dan memusnahkannya.

Simptom-simptom alahan makanan 
Antara gejala yang dapat dilihat jelas ialah bengkak di bahagian mulut dan nafas berbunyi. Tekanan darah juga boleh turun mendadak dan simptom ini dikenali sebagai kejutan anafilaksis. Apa jua jenis makanan boleh penyebab alahan dan ia terpulang kepada keadaan individu tersebut. Kebiasaannya, ia hanya melibatkan beberapa jenis kandungan makanan sahaja.

Adakalanya, ia akan lega buat sementara tetapi efeknya akan datang beberapa jam kemudian. Gejala yang biasa dilihat pada individu adalah seperti :

• Gatal – gatal kulit
• Mata berair
• Hidung tersumbat
• Cirit – birit
• Bengkak bibir dan mulut
• Kejang otot perut
• Ruam pada kulit

Diantara gejala serius yang perlu mendapatkan rawatan segera pula:

• Pening
• Sukar bernafas
• Dada terasa tegang
• Tekak seperti tercekik

Apabila gejala alahan berlaku, pelepasan kimia akan terjadi dan bertindak di beberapa bahagian tubuh terutamanya saluran pernafasan, usus besar, kulit, tekak, serta jantung. Alahan biasanya dikaitkan dengan beberapa jenis makanan seperti susu, kekacang, makanan laut dan telur.

Bagi penghidap asma, anda harus memberi perhatian lebih kerana gejala itu boleh mengakibatkan tindak balas dan reaksi lebih kritikal.

Sekiranya individu alah pada sejenis makanan, tidak mustahil mereka juga alah kepada makanan yang lebih kurang sama kategorinya. Contohnya, jika alahan utama anda merupakan susu lembu, anda mungkin akan alah juga pada keju yang diperbuat daripada susu lembu.

Rawatan dan pencegahan 
Jangan ambil mudah apabila ada diantara keluarga anda mengadu sakit selepas makan. Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin kerana alahan pada makanan boleh menyebabkan kematian. Namun, cara paling tepat adalah dengan mengelak. Ambil beberapa langkah mudah di bawah kerana ia mampu menhindarkan serangan serta menyelamatkan nyawa anda.
• Jangan segan bertanya ramuan apa di dalam makanan jika anda makan di luar atau menghadiri majlis keramaian. Anda perlu bersikap terbuka dengan alahan yang anda hidapi.
• Dapatkan nasihat pakar tentang makanan apa yang selamat dimakan oleh anda serta vitamin tambahan apa yang perlu anda ambil.
• Cari di internet atau beli buku khas resipi khas untuk alahan. Kami pasti anda boleh mendapatkan buku itu di kedai – kedai buku berdekatan.
• Ikuti rawatan pencegahan seperti imunote- rapid an beberapa terapi alahan makanan yang terkini.
Sumber : SINI

Info Sihat : 9 gejala sakit yang anda tidak patut abaikan



Tahukah anda ada 9 gejala sakit yang biasa anda hadapi boleh menjurus kepada penyakit yang lebih serius jika tidak di rawat? Mungkin kesibukan harian menjadi satu alasan anda malas untuk mendapatkan rawatan. Tidur mungkin boleh melegakannya seketika tetapi bukan merawatinya. 

Mari kita lihat antara 9 gejala sakit yang anda tidak patut abaikan. Kami nasihatkan, jika anda mempunyai beberapa gejala di bawah, segeralah mendapatkan rawatan ya. 

Pening kepala yang serius / migrain 
Semua orang menghadapi pening kepala, dan sesetengah daripada kita mungkin menghidap migrain. Tetapi jika tiba-tiba anda menhadapi pening kepala yang sangat luarbiasa atau terlampau sakit sehingga anda tidak boleh tahan, segeralah berjumpa dengan doktor. Pastikan anda tidak memandu sendirian. Pening kepala mampu menyebabkan kerosakan otak dalam masa beberapa minit. 

Sakit gigi 
Kata orang-orang tua, sakit bersalin masih mampu ditahan, tetapi sakit gigi tidak boleh. Sakit gigi biasanya disebabkan kaviti. Jika anda membiarkan sahaja kaviti merebak, ia boleh menjurus kepada infeksi dimana kos rawatannya boleh mencecah beratus ringgit kerana anda perlu membuat rawatang akar. Apa yang paling penting, infeksi tersebut boleh merebak ke seluruh tubuh badan anda jika ditidak dirawat. 

Cirit-birit / sembelit 
Sekali sekala kita akan mengalami cirit birit atau sembelit, Tetapi jika gejala ini berlangsung lebih daripada beberapa hari, lebih baik anda pergi mendapat rawatan doktor secepat mungkin. Sembelit juga boleh bermakna anda menghadapi masalah usus tersumbat, tumor atau prolaps. Cirit birit yang berpanjangan pula boleh menyebabkan dehidrasi dan boleh menyebabkan beberapa masalah seperti jangkitan parasit, kanser, atau masalah pada pankreas atau pundi hempedu. 

Sakit mencucuk pada bahagian belah kanan badan 
Jika anda merasakan sakit yang tajam atau seolah – olah dicucuk terutamanya pada bahagian bawah perut dan disertai dengan loya dan demam. Kemungkinan anda mempunyai apendiks. Apendiks boleh mambawa maut jika tidak dirawat. 

Penurunan berat badan yang mendadak 
Memang penurunan berat badan sesuatu yang menggembirakan, namun jika anda mendapati anda kehilangan berat badan yang mendadak dan anda tidak mengamalkan sebarang diet, ia mungkin boleh menyebabkan kepada beberapa masalah kesihatan seperti hypertyrodisme, kanser, diabetes dan penyakit hati. 

Demam berpanjangan 
Demam adalah reaksi biasa untuk jangkitan kecil atau ia boleh menjadi gejala yang mengancam nyawa. Kadang-kadang memang sukar untuk mengetahui perbezaannya. Garis panduan yang terbaik adalah jika demam yang di hadapi di atas 103 darjah anda perlu mendapatkan rawatan doktor segera. Atau, jika demam tidak kebah dalam masa lebih daripada tiga hari, ia juga perlu diperiksa. Sambil itu juga, periksa di badan jika ada kemunculan bintik-bintik kecil. Ia mungkin satu isyarat badan anda sedang bertindak balas kepasa sesuatu yang lebih serius seperti jangkitan saluran kencing, batuk kering atau kanser. 

Kemunculan bintik seperti tahi lalat di kulit 
Kita semua mungkin mempunyai sekurang-kurangnya beberapa tahi lalat, tetapi jika anda menyedari bahawa tahi lalat anda kelihatan lebih besar, lebih gelap atau bentuk yang berbeza daripada bentuk tahi lalat biasa, Ia boleh menjadi tanda bahawa ia telah berkembang menjadi melanoma atau kanser kulit. 

Sesak nafas 
Sesak nafas merupakan salah satu gejala yang anda tidak boleh abaikan. Jika anda hampir tidak boleh bernafas atau tercungap-cungap secara tiba-tiba, jangan lengahkan waktu. Panggil sesorang untuk menghantar anda ke klinik atau hospital berdekatan. Sesak nafas boleh menyebabkan asma, radang paru-paru, bronchitis, embolisme pulmonary, masalah jantung, paru-paru atau lain-lain masalah. 

Sakit dada 
Kadang-kadang sakit dada hanya disebabkan pedih ulu hati. Tetapi itu bukan sahaja, banyak penyakit yang mempunyai gajala ini dan ia tidak boleh dipandang remeh. Kesakitan dada yang dihadapi mungkin menyebabkan serangan jantung. Kesakitan akan berterusan dan ia seperti dada anda ditekan, atau dada terasa sebu. Anda juga mungkin akan mengalami kesakitan pada bahagian atas badan terutamanya lengan kiri, leher atau bahu anda.


SUMBER : SINI

Info Sihat : Tabiat pemakanan yang menggemukkan tanpa disedari



Adakalanya kita tidak sedar terdapat beberapa tempat atau lokasi serta tabiat yang mampu menyumbang kepada penambahan berat. Contohnya ketika menonton filem di pawagam dimana fokus kita adalah kepada skrin dan tanpa sedar, kita berterusan mengunyah bertih jagung dan minuman sehingga ia boleh membuatkan berat badan meningkat satu atau dua kilogram. 

Mari kita lihat beberapa tempat dan tabiat yang menyumbang kepada penambahan berat badan anda tanpa disedari dan diharapkan anda boleh mengawalnya pada masa akan datang. 

DALAM KENDERAAN
Ya, ini adalah salah satu tempat kegemaran ramai orang terutama sekali ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi ketika hendak ke pejabat atau pulang. Makanan ringan atau snek menjadi pilihan untuk dikunyah sebagai pelapik perut menahan lapar, malah ada yang menyimpan 'stok makanan' di dalam kenderaan mereka. Tabiat ini bukan sahaja tidak bagus dan boleh menambah berat badan tanpa disedari, malah kenderaan anda juga akan menjadi kotor dengan bungkusan dan habuk makanan. 

DEPAN TELEVISYEN
Rasanya hampir semua lakukan ini! Ramai yang berpendapat anda akan cepat bosan dan lapar sekiranya menonton televisyen tanpa mengunyah sesuatu. Malah ada yang merasakan saat bersama keluarga dan menikmati filem kegemarah di kaca televisyen lebih menarik dengan hidangan makanan menarik seperti piza, keropok dan sebagainya. Tak salah untuk mengunyah sesuatu, tapi pastikan anda mengawalnya agar ia tidak keterlaluan dan mengambil makanan sihat. 

KETIKA MEMBUAT KERJA
Mengunyah sesuatu ketika menyiapkan tugasan adalah satu perkara yang biasa dilakukan oleh mereka yang ingin mengelak rasa mengantuk. Keropok, coklat dan makanan kurang khasiat seringkali menjadi pilihan mereka. Bagi mengelak perkara ini berlaku, apa kata kurangkan pengambilan makanan ringan dan berehat seketika sebelum sambung menyiapkan tugasan kembali. 

ATAS SOFA
Siapa yang tidak suka melepak di atas sofa yang empuk sambil melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain komputer atau membaca sambil berbaring? Keempukan dan kelembutan sofa pasti membuatkan anda lebih gemar untuk makan sambil melakukan aktiviti tersebut. Ianya tidak bagus kerana sisa makanan akan terkumpul dengan lebih mudah dan ia akan membuatkan berat badan anda meningkat dengan cepat. 

Kesimpulannya anda harus bijak mengawal nafsu makan atau mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat serta bersenam. Tak salah untuk mengunyah ketika melakukan sesuatu aktiviti, tapi pastikan anda melakukan sesuatu bagi mengelak berat badan anda meningkat dengan cepat.


SUMBER : SINI

Berita : Peniaga gempar hujan ais landa Perak

Keadaan khemah peniaga di satu lokasi di bandar Taiping. Ketulan hujan batu (dalam bulatan) yang melanda sekitar bandar Taiping, kelmarin dibandingkan dengan saiz syiling 10 sen.


TAIPING – “Rasa seperti ada batu-batu kecil menyakiti tubuh saya,” itu antara pengalaman dirasai seorang peniaga dalam satu kejadian ribut, di sini, kelmarin.

Mohamad Kamal Abdul Latiff, 35, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, rata-rata peniaga pasar malam yang baru memulakan perniagaan dikejutkan dengan kehadiran angin kencang dan hujan lebat berupa ketulan ais.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru sahaja membuka khemah untuk menjual hasil laut.

"Bagaimanapun, tidak sampai 10 minit, tiba-tiba hujan lebat melanda diikuti ribut hingga menyebabkan beberapa khemah hampir tumbang.

“Saya bersama pekerja terpaksa menahan khemah dari diterbangkan angin, ketika itulah saya dapat rasa tubuh saya seperti dihujani batu-batu kecil,” katanya.

Mohamad Kamal berkata, insiden tersebut pertama kali berlaku sepanjang 10 tahun dia berniaga di kawasan berkenaan.

“Memang tak sangka, lebih-lebih lagi saya sendiri yang alaminya.

"Susulan kejadian ini, hampir semua peniaga tak jadi berniaga dan  mengemas barang dan peralatan masing-masing,” katanya.

Difahamkan, selain merosakkan khemah peniaga, beberapa papan tanda turut tumbang akibat ribut namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.


Sumber : SINAR HARIAN

Syukur : Syamsul Yusof Kini Telah Berhijrah

Kes cetak rompak filem KL Gangster 2 hasil arahannya, meninggalkan kesan mendalam terhadap pengarah dan pelakonnya, Syamsul Yusof. Beliau kini seakan menyepikan diri daripada bidang hiburan.

Pengarah KL Gangster ini dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu yang diadakan di sekitar Lembah Klang.







Perkembangan positif nampaknya, Tahniah, semoga beliau terus kekal dengan imej sebegini dan jangan sesekali berputus asa dalam hidupan






SUMBER : SINI

Negara – Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi



» Abyssinia : Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20

» Austria – Hungary : Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

» Basutoland – Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

» Bengal – Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

» Burma – Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

» Catalonia – Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

» Ceylon – Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

» Champa – Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

» Corsica – Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

» Czechoslovakia – Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

» Jerman Timur & Jerman Barat – Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

» Pakistan Timur – Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentukBangladesh.

» Gran Colombia – Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

» Hawaii - Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

» New Granada – Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

» Yaman Utara & Yaman Selatan – Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

» Empayar Uthmaniyyah – Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

» Persia – Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .
» Prussia – Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

» Rhodesia – Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .

» Siam – Menjadi Thailand pada tahun 1939.

» Sikkim – Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

» Vietnam Selatan – Wujud sekitar 1954 – 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .

» Southwest Afrika – Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

» Taiwan – Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

» Tanganyika dan Zanzibar – 2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

» Texas – Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

» Tibet – Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagaiXiZang

» Transjordan – Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946

» USSR – Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

» Urjanchai Republic – Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .

» Vermont – Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

» West Florida – Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

» Western Samoa – Menjadi Samoa pada 1998.

» Yugoslavia – Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

» Zaire – Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.


Sumber Asal : SINI

Berita : Henti sebar gambar patung haji, hajah



IPOH – Perkongsian sebuah gambar patung berhala menyerupai imej warak di laman sosial menggemparkan masyarakat Islam, hari ini.

Gambar patung lelaki berkopiah dan wanita bertudung yang diperoleh daripada Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official itu dikatakan diletakkan di sebuah lokasi di Lumut  tanpa adanya perincian lokasi sebenar dinyatakan.

Laporan portal www.ismaweb.net dipetik berkata, peletakan patung berimej sedemikian didakwa bertujuan menunjukkan rasa hormat kepada masyarakat Melayu.

Pasangan patung yang turut diberi gelaran ‘haji’ dan ‘hajah’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca yang rata-ratanya mahu siasatan lanjut dibuat bagi mengesahkan kesahihannya.
 
Kerajaan negeri menggesa mana-mana pihak menghentikan segera sebarang perbuatan yang boleh mengundang kekeruhan dalam hubungan masyarakat majmuk di negara ini.

Exco Pendidikan Islam, Mohd Nizar Zakaria berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ianya menyentuh nilai sensitiviti serta budaya  masyarakat.

Malah menurutnya, perkara berkenaan juga bakal mencetuskan nilai persepsi atau dari segi nilaian agama itu sendiri.

“Berhati-hatilah dalam perkara seperti ini, sebaran dan perkongsian sesuatu yang belum tentu kesahihannya hanya akan mengundang kemarahan rakyat, jadi jangan dimuat turun secara sewenangnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau turut memaklumkan, sedia untuk menyiasat sekiranya dakwaan gambar itu benar wujud.

Walau bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada sebarang aduan diterima berhubung kewujudan patung berkenaan, malah maklumat patung itu turut diketahui melalui internet, semalam.

“Jika betul ada, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan agama akan sedia siasat, Cuma kita khuatir jika ia tidak benar dan disebarkan atas maksud tertentu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian  di sekitar  Lumut mendapati, rata-rata penduduk di sana tidak pernah melihat patung seumpama itu di mana-mana tokong di situ.Malah, ada antaranya memaklumkan, baru pertama kali melihat patung seumpama itu di internet.

Seorang penduduk, Ling Chin Tong, 50, berkata, dia tidak pernah melihat patung berpakaian seumpama itu seumur hidupnya.

“Saya memang tidak pernah melihat patung yang memakai kopiah dan tudung seperti di dalam gambar ini, saya tahu pun setelah melihat gambar yang ditunjukkan ini,” katanya.

Chin Tong berkata, selama ini, dia hanya melihat patung biasa (tanpa bertudung dan berkopiah) yang sering digunakan penganut agama itu untuk ditempatkan di rumah ibadat.

“Jika patung seumpama ini memang saya tidak pernah lihat,” katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Yew Kong Tung, 47.

Kong Tung berkata, agak mustahil patung sedemikian ditempatkan di rumah ibadat mereka kerana semua masyarakat maklum ia menggambarkan imej Islam.

“Ia dilihat seperti agak pelik dan seolah-olah tidak wujud, saya pergi ke mana-mana pun tidak pernah melihat patung seperti itu,” katanya.

Bagi Hong Chi Ping, 27, pula, patung dalam kepercayaan agama Buddha dianggap sebagai dewa.

“Patung itu dipuja untuk mendapatkan kebaikan, namun saya tidak pernah melihat ia dipakaikan dengan kopiah dan tudung kerana kebiasaannya ia dibuat rambut sahaja,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Haslinda Daud, 26, turut mengakui tidak pernah melihat patung sedemikian dan hanya mengetahui perkara itu di dalam internet.

Sebagai penduduk tempatan katanya, dia juga tidak mengetahui sama ada patung itu wujud atau tidak.

“Dalam laman sesawang semua orang bercerita mengenainya, jadi saya dapat maklumat pun dari situ.

“Saya sendiri tidak tahu sama ada ianya wujud atau tidak. Siasatan harus dilakukan supaya isu berkenaan mendapat penyelesaian terbaik,” katanya.

Reaksi sama diluahkan Muhaiyudin Yusof, 31, yang mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum sesuatu tindakan diambil.

Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelak, timbul isu lain yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum.

“Perkara berkaitan Islam tidak seharusnya dijadikan permainan kerana ia melibatkan agama, siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengetahui sama ada ianya benar-benar wujud atau tidak kerana kita tidak mahu timbul isu lain pula selepas ini,” katanya.


SUMBER : SINAR HARIAN 14/12

Gempar : Laporan forensik sahkan pelajar Tahfiz dibunuh sebelum digantung



Sebelum itu sila baca kes pelajar tahfiz ini ditemui tergantung dalam bilik air DI SINI

dan 5 gambar sekitar kejadian itu DI SINI

Identiti Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan Bunuh Diri
Nama Penuh: Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman
Umur: 16 Tahun

Status: Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas





Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar mereka yang dijumpai meninggal di Pusat Tahfiz tersebut

Mangsa dikenali dengan nama Allahyarham adik Wan Ahmad Faris bin Wan Abdul Rahman berusia 16 tahun menuntut dalam tingkat 4 di pusat Thafiz tersebut.

Jenazah Allahyarham selamat disembahayangkan di Masjid Kg Larak , Mulong , Kota Bharu selepas fardu Asar petang tadi dan dikebumikan di kampung halaman mangsa.

Allahyarham adaah seorang pelajar yang baik dan telah menghafal lebih 20 jus' Al-Quran , kita doa kan agar Allahyarham tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan dirahamati Allah.

SUMBER : SINI

CONTOH : PULAU SEMAKAU : PULAU SAMPAH SARAP SINGAPURA YANG MENJADI CONTOH DUNIA (10 GAMBAR)






Di Malaysia masalah penimbunan sampah sarap semakin kronik sehingga menyebabkan orang ramai marah. Di Selayang ada sebuah landfill yang kalau hujan sahaja semerbaklah bau sampah penghuni yang duduk berdekatan. Pernah keluar TV3 lengkap dengan laporan Karam Singh Walia tetapi sehingga kini masalah belum selesai.

Hari ini mari lihat bagaimana Singapura menguruskan sisa pejal mereka. Pulau Semakau ialah pulau sampah yang kini ditambak menggunakan sisa sampah dari pulau ini sendiri. Pulau Semakau pada asalnya ialah sebuah perkampungan nelayan dan menjadi syurga pemancing. Ia dibuka pada tahun 1999 sebagai satu-satunya tempat pelupusan sampah pejal negara ini.  Debu dari sampah yang dibakar dari empat pusat pembakaran sampah Singapura dibawa ke Pulau Semakau pada waktu malam untuk dijadikan bahan tambakan. Jika dilihat dari udara ada terdapat kolam-kolam air yang menanti untuk diisikan oleh debu-debu sampah ini. Tak perlu import tanah dari Johor untuk menambak!

Walaupun ianya hanya seluas 3.5 kilometer persegi, Pulau Semakau dijangka dapat menampung sampah Singapura sekurang-kurangnya sehingga 2045Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura percaya dengan pengurusan sampah dan kempen kesedaran kitar semula pulau ini boleh digunakan dengan lebih lama lagi.


Paling menarik tentang Pulau Semakau ialah ianya kini sebuah pulau hijau. Warga Singapura boleh melawat pualu ini untuk beriadah dan menikmati keindahan alam. Yes this sounds crazy tetapi pulau Semakau juga merupakan GREEN LUNG yang bersih tanpa sebarang pencemaran. Anda boleh piknik tanpa diganggu bau busuk. Pulau Semakau termasuk di dalam senarai 9 projek mesra alam paling menakjubkan di dunia


SUMBER : SINI

Berita : Keadaan bayi dibuang belakang kedai kini stabil



SUNGAI SIPUT - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memfailkan perintah mahkamah bagi membolehkan seorang bayi perempuan yang dijumpai di Taman Lapangan Setia, di Ipoh diletakkan di bawah penjagaan sementara di sebuah rumah kebajikan di Kuala Kangsar.

Exco kerajaan negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata, JKM juga akan berusaha untuk mendaftarkan bayi tersebut dalam masa terdekat.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya akan mengambil langkah awal mendapatkan terbitan iklan di akhbar bagi mengesan waris kepada bayi berkenaan.

“Pagi tadi (semalam) saya ada melawat bayi tersebut dan keadaan bayi tersebut sihat dan selamat. Begitu pun, ada sedikit kesan lebam di badannya, jari pun seakan melecur,” katanya kepada media, semalam.

Bayi seberat 2.4 kilogram yang masih lagi belum diketahui identitinya itu kini berada dalam keadaan sihat dan stabil di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Pada perkembangan sama, Rusnah turut menyelar tindakan individu yang membuang bayi sedangkan tempat perlindungan bayi ada disediakan di kawasan berhampiran tempat bayi tersebut dijumpai.

“Kalau tiada orang mendengar tangisan bayi tersebut, mungkin bayi itu sudah pun meninggal dunia. Nasib baik ada orang yang jumpa bayi itu. Kalau bayi itu diletakkan di tempat yang dikhaskan untuk bayi seperti itu, sudah pasti bayi itu akan selamat,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditinggalkan tidak berpakaian dalam keadaan tertiarap di lorong belakang sebuah kedai.

Bayi tersebut ditemui seorang juru kimpal yang kebetulan sedang melakukan kerja-kerja memasang jeriji besi bersama rakannya di sebuah kedai di situ.

SUMBER : SINAR HARIAN 11/12

Menarik : Sempadan Antara Negara

Bila sebut jer garisan sempadan antara negara mesti kita akan terfikir tembok besar yang memisahkan dua negara. Hakikatnya di dunia ini terdapat garisan sempadan yang tidak mempungai tembok pun. Jom kita tengok.



















Info : 16 Kegunaan Lain Ubat Gigi



Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. 

1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka

2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.

4. Mengilatkan kuku

5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.

7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.

9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.

10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.

11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.

13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.

14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.

15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.

16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.


SUMBER : SINI

Gempar : 13 anggota tentera dikhuatiri lemas bot hilang di perairan Pulau Nangka, Melaka






13 anggota tentera dikhuatiri lemas bot hilang di perairan Pulau Nangka, Melaka


Melaka Tengah: Seramai 13 anggota tentera dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai hilang ketika menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka, malam semalam.

Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari persisir Sungai Udang ke pulau berkenaan. 


Dipercayai, kira-kira jam 9 malam semua kumpulan itu dilanda ribut dan ombak. Hanya tiga bot yang dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota berjaya sampai ke Pulau Upeh kira-kira jam 12.30 tengah malam. 


Dalam pada itu, menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan 13 anggota tentera di perairan Selat Melaka dan pasukan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian.

Sehingga jam 8.30 malam tadi, gerakan mencari dan menyelamat sedang dilakukan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan mengesahkan mengenai kejadian kehilangan 13 anggota tentera yang sedang menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka.

Beliau yang dihubungi sebentar tadi memaklumkan kerja mencari dan menyelamat semua mangsa sejak kira-kira jam 5 petang tadi masih dijalankan. 


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.


Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/13anggotatenteradikhuatirilemasbothilangdiperairanPulauNangka_Melaka/Article/?mutakhir


Operasi cari 15 anggota komando pelatih yang hilang disambung pagi esok: Polis

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Operasicari15anggotakomandopelatihyanghilangdisambungpagiesok_Polis/Article/index_html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...