Petua Halau Lalat



Lalat bukanlah haiwan comel yang boleh kita gentel-gentel. pembukaan ayat yang gempak kan? Lalat adalah binatanag lemah, or lalat merupakan binatang comel yang sangat menjengkelkan manusia terutama semasa kita makan or memasak di dapur. untuk menghalau serangga comel ini, adam akan
kongsikan kepada anda seperti di bawah. Anda mempunyai 5 pilihan yang boleh anda ikuti.
  1. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.
  2. Ambil ​secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.
  3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
  4. Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.
  5. Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...