Jenaka : Sempena 10 Ramadhan Terakhir


"Lepas basuh pinggan, ikut ayah pergi masjid " kata Ayah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Ayah Solat Subuh ke Masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung Tidur gebar selepas kenyang bersahur.

Aku dan Ayah ke masjid dengan menaiki motor. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Ayah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu Ayah dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya ayah.

"Lailatuqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak. Berapa lama kau tak pergi ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bo.d.oh, " sambung ayah memaki lagi.

Sumber : http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=357399

KLIK JA BUTANG@IKON KECIK FACEBOOK / TWITTER / BLOG KAT BAWAH UNTUK KONGSI BERSAMA RAKAN KORANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...