Berita : Kahwin kerana telah diperkosa, kata bapa remaja cerai talak tiga

KULIM: “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”

Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.

Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.

Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.

Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.

Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

Berita : Tarif elektrik dijangka naik 6 hingga 7 sen 2014


KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili (gambar).
Bagaimanapun Ongkili berkata, kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.
"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," kata- nya sambil menambah, angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.
"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd. dan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ongkili membayangkan bahawa kerajaan akan mengekalkan struktur semasa dengan pengguna yang menggunakan 300 kWh sebulan atau kurang, tidak dikenakan tarif baharu itu.
"Oleh itu, tiada kenaikan tarif dijangkakan untuk 75 peratus pengguna isi rumah (4.4 juta pengguna), pengguna 'lifeline' (3.3 juta pengguna) dan pengguna 201-300 kWh (1.1 juta pengguna)," ujarnya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm#ixzz2lznQdTwc 
Hakcipta terpelihara 

Berita : Disangka penyamun, peniaga tertembak anak sendiri

Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR - Seorang peniaga makanan, tertembak anak sendiri yang disangkanya penyamun yang memasuki kawasan rumahnya di Kampung Baru Balakong, dekat sini malam tadi.
       
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian 10.16 malam itu, peniaga berkenaan yang berusia 76 tahun, dikatakan terdengar jeritan minta tolong pekerjanya seorang lelaki warga Myanmar dari sebuah pondok di belakang rumahnya.
       
Tersentak dengan jeritan pekerjanya itu, peniaga berkenaan terus mengejutkan anak lelakinya, berusia 51 tahun, dan segera mendapatkan selaras senjata api jenis semi auto dipercayai untuk menembak penceroboh itu.
       
"Kedua-dua beranak itu terus keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang berlaku di kawasan pondok pekerja mereka.
       
"Dalam keadaan gelap itu, anak peniaga berkenaan yang bersenjatakan sebilah parang terus meluru ke hadapan tanpa disedari bapanya," kata Ab Rashid pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, dekat sini hari ini.

Ab Rashid berkata peniaga itu, yang kemudian terlihat kelibat seseorang, terus melepaskan tiga das tembakan.

Satu daripada tembakan itu mengenai kepala anaknya dan menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. katanya.

Beliau berkata peniaga itu ditahan untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. - Bernama


SUMBER : SINAR HARIAN 28/11

Berita : Wanita Islam Malaysia sangkal dakwaan murtad



28 November 2013

NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial.

Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan ALLAH Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad SAW.
   
"Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.
        
Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat (AS).

Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi “cerita dari hati” bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.
        
Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga AS dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.

Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.
        
“Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.
        
"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.
        
Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.   
        
“Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan,” kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.
        
Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalah ertikan.
        
"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.
        
"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.
        
Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.
        
Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.
        
“Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.
        
"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.
        
“Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat dan boleh memandu,” katanya.
        
Adila dan suaminya F McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.
        
Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.
        
Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.
        
“Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa,” ujar Adila.

SUMBER : SINI

Berita : Lelaki cabar polis trafik ditahan



SYAIRAH ABDUL LAJIS 28 November 2013

KUALA PILAH – Seorang lelaki berusia 20-an ditahan untuk siasatan selepas didapati melakukan kekasaran terhadap seorang anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada 25 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, seorang anggota trafik yang bertugas mengawal kesesakan di Jalan Datuk Ulu Muar, dekat sini menyaman sebuah kenderaan kerana didapati menghalang lalu lintas.

"Namun ketika sedang mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman, pemilik kenderaan itu muncul dan mempersoalkan tindakan anggota polis terbabit.

“Lelaki itu kemudian bertindak kasar dengan mencabar sambil mencekak baju anggota polis trafik selain merakam gambar insiden itu menggunakan telefon bimbit miliknya,” katanya.

Menurutnya, bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, anggota polis trafik meninggalkan tempat kejadian.

“Namun, setibanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, anggota polis membuka laman sosial Facebook dan terkejut apabila terdapat status yang dipercayai ditulis lelaki berkenaan.

“Entri  itu tertera perkataan maki hamun kepada anggota trafik berkenaan kerana menyamannya, sekali gus menimbulkan rasa malu terhadap anggota trafik tersebut. Bertindak daripada kejadian itu, anggota trafik terbabit membuat laporan polis pada hari sama,” katanya.

Azmi berkata, kini lelaki berkenaan ditangkap untuk siasatan lanjut.

“Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 353 kanun keseksaan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Jika sabit kesalahan, membawa hukuman dua tahun penjara atau denda kedua-duanya sekali,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, lelaki berkenaan mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM3,000 di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah, semalam.


SUMBER : SINI

Berita : Terserempak buaya dalam laut



GEORGETOWN - Seorang kakitangan Pelabuhan Pulau Pinang di sini terserempak dengan seekor buaya berhampiran dengan pelabuhan berkenaan.

Mohd Asyraf berkata, kejadian terbabit disedari dua pemandu bot kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut.

"Saya dan rakan-rakan mengambil gambar buaya berkenaan, memang pada kami ini kejadian yang aneh kerana buaya di Pulau Pinang sukar untuk ditemui.

“Kalau di kawasan sungai pun sukar hendak jumpa buaya, apatah lagi di kawasan pantai, mungkin ia buaya sesat,” katanya.
 
Mohd Asyraf turut berkongsi gambar berkenaan di laman facebook Kelab Melayu Pulau Pinang dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Beliau turut menyangkal ia biawak besar kerana kejadian berkenaan disaksikan beberapa individu yang lain.

Sumber : SINI

Dunia : Howard jadi tumpuan kerana miliki wajah mirip ketua komunis



BEBERAPA orang melihat Howard yang memiliki gaya dan wajah seperti Jong-un di sebuah lokasi perniagaan di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Seorang pemuda di pulau ini yang dikenali hanya dengan nama Howard berjabat tangan dan bergambar dengan beberapa orang di Tsim Sha Tsui, lapor portal berita South China Morning Post semalam.
Howard menjadi tumpuan orang ramai kerana dia memiliki gaya rambut dan berpakaian seperti pemimpin komunis Korea Utara, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an.
Pemuda yang berusia 34 tahun itu sebenarnya seorang pemain dram dan dia tidak boleh bercakap dalam bahasa Korea seperti Jong-un.
Howard turut mendedahkan punca dia mengubah imejnya menjadi mirip Jong-un.
Menurutnya, pada April lalu, rambutnya dipotong oleh seorang pendandan rambutnya, Daniel Lo di tingkat tujuh sebuah salun rambut di Tsim Sha Tsui
"Saya berpendapat gaya itu sesuatu yang menggelikan hati. Saya telah menjadi terkenal," katanya.
Howard turut menjadi bahan bergurau rakan-rakannya selepas Jong-un menjadi pemimpin Korea Utara selepas bapanya Kim Jong-il meninggal dunia pada tahun 2011.
Menurut rakan-rakannya itu, wajah Howard mirip Jong-un.
"Justeru, saya berpendapat, saya perlu mengambil kesempatan itu (mempunyai wajah seperti Jong-un)," kata Howard. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2luGAE5BT 
Hakcipta terpelihara 

Berita : Wanita maut kemalangan ngeri


SEPANG - Seorang wanita menemui ajal manakala enam lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 51.5 Jalan Dengkil-Kota Warisan di sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 petang itu mengorbankan pemandu kereta jenis Proton Wira, Nathrah Zulkifli (gambar kecil), 38. Seorang rakan dan dua anaknya yang turut menaiki kereta itu pula parah.
Difahamkan, sebelum kejadian, Nathrah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Persada Murni Alam Milenia, Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan.
Jurucakap polis memberitahu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh kereta dinaiki mangsa.
"Siasatan awal mendapati, pemandu MPV Avanza itu hilang kawalan sebelum merempuh kereta mangsa. MPV itu kemudian dilanggar pula oleh sebuah teksi yang berada di belakangnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2lu1s3dxj 
Hakcipta terpelihara 

Berita : Isteri umur 13 tahun dicerai dengan talak satu


PADANG SERAI – Dua remaja yang pernah menggemparkan negara kerana berkahwin muda mengumumkan mereka telah pun bercerai dengan talak satu kerana tiada persefahaman lagi antara mereka.
Mohd. Fahmi Alias, 19, dari Kampung Naga Lilit di sini mengakui usia rumah tangganya tidak sampai setahun apabila mengesahkan dia telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Nor Fazira Saad, 13.
Lelaki yang bekerja kebun bersama bapanya itu berusia 18 tahun ketika dia berkahwin dengan Fazira yang ketika itu berusia 12 tahun.
“Jodoh kami tidak panjang, tidak sampai setahun. Saya ambil dia cara elok jadi saya lepas cara elok," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, kes rumah tangganya menjadi runcing kerana ada pihak lain cuba memporak-perandakan rumah tangganya mereka setelah isterinya mula bekerja di pekan Padang Serai.
“Dulu saya pernah berjanji untuk bertanggungjawab malah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik tetapi keadaan menjadi sebaliknya,” katanya.
Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November tahun lepas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ltzqAFW6 
Hakcipta terpelihara 

Islam : 6 Rahsia Sujud Dalam Solat



Sujud adalah salah satu gerakan dalam solat yang paling memberi kesan kepada kesihatan kita. Sujud adalah satu keadaan yang mana kita sangat hampir dengan Allah s.w.t. Berikut adalah 6 rahsia sujudyang telah dikaji secara saintifik:

1. Meningkatkan Kecerdasan Otak

Apabila kita berdiri tegak, biasanya pengaliran darah ke otak tidak mencukupi untuk keperluan otak. Apabila kita sujud, darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian otak yang sangat penting untuk kesihatan otak. Dengan sujud juga darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian kulit muka dan ia boleh menyegarkan kulit muka dan mengurangkan risiko terkena penyakit resdung.

Kalau diperhatikan dari sisi, rupabentuk otak kita seakan-akan orang yang sedang bersujud. Kebetulan? Allah Maha Mengetahui.

2. Mengurangkan Risiko Migrain atau Sakit Kepala

Aliran darah yang meningkat ke bahagian otak semasa sujud mampu mengurangkan risiko serangan sakit kepala dan juga migrain.

3. Baik untuk Sistem Pernafasan

Apabila manusia bernafas secara normal, hanya 2/3 udara di dalam paru-paru dihembus keluar. Selebihnya berada di dalam paru-paru sebagai udara lebihan. Udara yang tidak terusik ini boleh menakung bakteria dan juga habuk-habuk yang disedut dari udara dan mendatangkan pelbagai masalah kepada paru-paru kita. Apabila kita sujud, organ-organ dalaman akan menekan diaphragma kita dan sekaligus menolak paru-paru bahagian bawah ke atas dan boleh mengeluarkan udara berlebihan tersebut. Mekanisma ini sangat penting untuk menjaga kesihatan paru-paru kita.

4. Menggerakkan Sendi-Sendi dan Otot-Otot

Sujud melibatkan pergerakan kesemua anggota badan kita seperti kepala, kaki, tangan, bahu, tulang belakang, tulang pinggul, dada dan sebagainya. Pergerakan sendi-sendi dan otot-otot anggota badan ini boleh melatih otot-otot tersebut untuk menjadi lebih kuat dan membantu melancarkan peredaran darah. Otot-otot yang bergerak boleh menghilangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh sendi.

5. Mengelakkan Penyakit Buasir

Kedudukan sujud yang mana pinggul lebih tinggi berbanding badan boleh mengurangkan risiko untuk terkena penyakit buasir. Semakin banyak sujud, semakin kurang risiko untuk penyakit ini kerana graviti akan menarik pembuluh darah buasir ke arah bertentangan arah.

6. Mengubat Penyakit Rohani

Lebih penting lagi, sujud boleh mengubat penyakit rohani jika kita betul-betul menghayatinya. Sujud boleh menyebabkan seseorang itu merasa rendah diri di hadapan Allah s.a.w.t dan merasai bahawa Allah s.w.t. sangat dekat dengannya, sekaligus boleh mengikis penyakit-penyakit hati seperti sombong, riak dan takabbur.

Hendak diingatkan untuk diri saya sendiri dan juga semua bahawa gerakan solat dan sujud yang kita lakukan bukanlah untuk mengejar manfaat-manfaat kesihatan yang disebut tadi. Ia hanyalah anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t. yang Maha Pemurah


SUMBER : SINI

Lagi Artikel 

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. 


Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.


SUMBER : SINI

Berita : Salji luar biasa di Bosnia


SARAJEVO, Bosnia-Herzegovina - Penduduk Bosnia sekali lagi berdepan salji pada bulan ini walaupun musim sejuk sudah berakhir di negara berkenaan. Suhu di Bosnia turun kepada lima darjah Celsius beberapa hari lepas dengan lalu lintas sesak ekoran orang ramai mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja.
Salji turut menyebabkan sekitar 50 buah kampung di kawasan pergunungan dekat ibu kota Bosnia, terputus bekalan elektrik. Cuaca luar biasa itu berlaku selepas seminggu suhu panas mencecah 27 darjah Celsius dicatat. di sini pada Sabtu lepas.
Suhu sejuk itu diramalkan berterusan hingga pertengahan minggu ini apabila salji akan digantikan dengan hujan lebat. - Agensi
SUMBER : SINI

Berita : Ini cerita sebenarnya



London: Wanita Malaysia, dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab yang dilaporkan menjadi ‘hamba’ selama tiga dekad di bawah kawalan pemimpin aliran politik kiri dikatakan tiba di London bersama tunangnya ketika dunia dibayangi isu perang Vietnam.

Pasangan terbabit kemudian dilaporkan tertarik kepada pertubuhan dikenali sebagai Forum Mahasiswa Malaysia Dan Singapura (MASS) yang dicap sebagai antara kumpulan Maoist tegar yang bergerak di kota raya London.


Di bawah kendalian pasangan dikenali sebagai Balakrishnan dan Chanda Pattni, kumpulan berkenaan berada di barisan depan dalam kebanyakan protes mahasiswa walaupun jumlah keanggotaannya kecil.

Walaupun bentuk badannya kecil dan gempal, Balakrishnan yang dipanggil pengikutnya sebagai Chairman Ara seorang tokoh berkarisma dan dihormati dalam kalangan aktivis berhaluan kiri.

Foto
SITI Aishah (gambar kecil) cuba dijejaki oleh kakaknya yang berlepas ke London malam tadi.

Menurut seorang daripada anggota kumpulan berkenaan Siti Aishah berpindah menyertai sel kecil pengikut Marxist yang sering berpindah-randah dari satu rumah ke rumah lain di Brixton, Haringey dan Woodford Green- 


SUMBER : SINI

Betul Ke??? Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.
DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR 
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT 
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.
Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.
Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
SUMBER : SINI

PELIK dan GILA!! Budaya Implan Badan Yang Gila!! [10 GAMBAR]

Mutakhir ini daya kekreativiti manusia sudah menjadi semakin pelik dan tidak masuk akal.. Mereka sanggup melakukan pembedahan untuk menampakkan keunikkan pada tubuh badan mereka.. Jom lihat perbuatan yang tidak boleh diterima dek akal pada tubuh badan manusia iaitu implan pada tubuh dibawah ini.. 













SUMBER :SINI

Gila : Orang Utan Berjaya Diselamatkan Setelah Dijadikan PELACUR Di Kalimantan Tengah!!!



Seekor Orang Utan betina berusia enam tahun berjaya diselamatkan setelah dijadikan PELACUR di wilayah Kerengpangi, Kabupaten Katingan, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Menurut Koordinator The Borneo Orangutan Survival Foundation (BOS), Monterado Fridman, tidak ada yang tahu sudah berapa lama Orang Utan bernama Pony itu berada di sana.

Katanya, pemilik rumah pelacuran tersebut pada mulanya berkeras tidak mahu menyerahkan Pony. Baginya Pony adalah sumber kewangan rumah pelacurannya

"Tidak mudah mengeluarkan Pony dari tempat mengerikan itu, ini kerana siapa saja yang cuba hendak menyelamatkan Pony akan berhadapan dengan orang-orang desa itu yang sanggup mengayunkan parang demi membela pemilik rumah pelacuran berkenaan," kata Monterado dalam laman web Yayasan BOS.  

Akhirnya selepas mencuba selama kira-kira satu tahun, Yayasan BOS dengan kerja sama dengan pasukan polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) berhasil memaksa pemilik rumah pelacuran itu untuk menyerahkan Pony.

Difahamkan ketika operasi menyelamatkan Pony dilancarkan, anggota tentera dan polis seramai 35 orang lengkap dengan senjata automatik AK-47 terlibat bagi memastikan ia berjalan lancar. Menurut Fridman, penjaga rumah pelacuran itu telah mencukur hampir seluruh tubuh Pony dan menyerahkan tubuh Pony untuk 'diratah' para pemuda yang kemaruk seks di kampung itu dengan sedikit bayaran.

Paling mengejutkan, jumlah mereka yang melanggan Pony cukup ramai hingga mencecah bilangan beratus orang, menjadikan rumah pelacuran itu terkenal di kawasan sekitarnya.

Ketika ditemui, Pony diikat dengan rantai besi dan dibiarkan meniarap di atas tilam nipis menunggu untuk disetubuhi oleh pelanggan!

Apapun kini nasib Pony terbela dan binatang itu sedang dilatih di sebuah pust pemuliharaan Orang Utan di sana sebelum dijangka dilepaskan kembali ke habitat asalnya tidak lama lagi.

Ternyata manusia semakin gila!


SUMBER: SINI

Puisi : Aku Bukan Guru



Aku bukan guru...
Selagi anak-anak murid ku baca merapu,
Selagi belum mampu mengira satu persatu,
Selagi soalan ditanya kepala tergaru-garu,
Selagi itu amanahku belum bersatu...

Aku bukan guru...
Selagi ajaran ku tidak terlihat hasilnya,
Selagi amalanku tidak dapat mereka terima,
Selagi nasihatku tidak mereka laksana,
Selagi itu jasaku tidak dapat balasannya...

Aku bukan guru...
Selagi kerja-kerja ku tidak diredai,
Selagi perjalanan ku ke sekolah seperti mimpi ngeri,
Selagi pemberian ku mereka tidak hargai,
Selagi itu darjat habuanku belum ku nikmati...

Aku bukan guru...
Andai cita-citaku tidak selari dengan harapan,
Andai pengajaran tidak di serap untuk mara ke hadapan,
Andai peribadiku tidak menggambarkan keikhlasan,
Andai niat terputus di tengah perjalanan,
Andai itu yang bukan ku harapkan...

Aku bukan guru...
Doakan yang terbaik untuk ku,
Depakan tangan terima ajaran ku,
Dapatkan ilmu semampu yang di amanahkan dariku,
Dari Nya jua kita disini bantu membantu...

Agar dapat ku kecapi gelaran itu dengan rahmat dari Mu.


SUMBER ASAL : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelbagai Lagi Artikel Menarik