Buat Sendiri : Menguji Alternator Kereta Anda


Alternator ialah generator elektrik yang membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektronik dan juga berfungsi sebagai pengecas bateri kereta anda. Anda PATUT menguji sendiri alternator anda dengan MULTIMETER (biasanya serendah RM25 sehingga RM50 - ikut jenis dan jenama) jika kereta anda mengalami masalah berikut :


1. Bateri cepat KONG.
2. Lampu kurang terang.
3. Air-cond kurang sejuk.
4. Enjin menjadi berat (disebabkan pembakaran petrol tidak sempurna akibat percikan api dari spark plug & pancitan petrol tidak sempurna).
5. Untuk kereta auto, pertukaran gear tidak lancar sekaligus kereta anda lembap untuk memotong.
6. Enjin sukar dihidupkan.

Ok. Kita terus kepada langkah-langkah pengujian.





Langkah 1 : Hidupkan kereta anda.
Langkah 2 : Buka bonet hadapan di mana bateri kereta diletakkan.
Langkah 3 : Setkan multimeter anda kepada 20 V.
Langkah 4 : Sentuhkan prob merah (positif) kepada terminal positif bateri dan prob hitam (negatif) kepada terminal negatif bateri.
Langkah 5 : Cek bacaan ada multimeter anda.

Jika bacaan pada multimeter anda di antara 13.5 V sehingga 14.4 V (biasanya 13.8 - 14.2 V), bermakna alternator kereta anda berfungsi dengan baik. 

Jika melebihi 15 V, bermakna voltage regulator pada alternator kereta anda bermasalah. Keadaan ini BOLEH menyebabkan peralatan elektronik rosak (akan ambil masa juga untuk rosak). 

Jika bacaan kurang 13 V, bermakna alternator anda menghadapi masalah. Keadaan ini yang menyebabkan masalah-masalah seperti yang dinyatakan pada permulaan artikel. 

Sekiranya rasa takut/was-was untuk menguji sendiri, boleh minta rakan (dalam ramai2 rakan, mesti ada yang boleh tolong cek). Jika tiada, hantarlah ke bengkel.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...