Saintis Cipta Darah Palsu Daripada Cacing Laut



Bucharest: Sekumpulan saintis di Romania mendakwa berjaya mencipta darah tiruan untuk digunakan manusia sedikit masa lagi, tanpa sebarang kesan sampingan.

Darah itu mengandungi air, garam dan protein yang dikenali hemerythrin yang diperoleh daripada cacing laut. 



Penyelidik dari Universiti Babes-Bolyai di Cluj-Napoca berharap ia dapat membantu mengatasi kekurangan bekalan darah dan menghalang jangkitan menerusi pendermaan darah. 

Dr Radu Silaghi-Dumitrescu berkata, ia juga mungkin boleh membawa kepada pembikinan ‘darah segera’ yang boleh diangkut dan diubah menjadi darah tiruan apabila dicampur dengan air.


Sehingga ini, usaha mencipta darah tiruan gagal apabila ia tidak berupaya menahan tekanan kimia dan mekanikal yang dilakukan ke atasnya.


Menurut Dumitrescu, tidak seperti hemoglobin, hemerythrin kekal stabil apabila terdedah kepada tekanan fizikal dan kimia. 

Setakat ini, darah tiruan itu sudah diuji ke atas tikus yang terbukti tidak menunjukkan kesan sampingan. - Agensi


SUMBER : SINI

Sukan : Beberapa Tonggak Kelantan Akan Berhijrah



KELANTAN akan memanggil beberapa pemain muda daripada skuad Piala Presiden dan pemain import baharu bagi menggalas cabaran Liga Super musim depan, kata pengurus pasukan Azman Ibrahim.
   
Beliau berkata, beberapa perubahan akan dilakukan dalam skuad 'The Red Warriors' berikutan beberapa tonggak utama akan meninggalkan pasukan itu.
   
"Memang ada penghijrahan beberapa pemain...itu kena tanya pemain sendiri untuk kepastian. Bagaimanapun, kita mahu membentuk sebuah pasukan yang lebih baik pada musim hadapan," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tiba bersama pasukan dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu hari ini, selepas
gagal mempertahankan Piala Malaysia semalam.
   
Pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Kelantan kalah 1-0 kepada Pahang, hasil tandukan pemain import dari Argentina, Matias Ruben Conti pada minit ke-58.
   
Antara pemain Kelantan yang disebut-sebut akan berhijrah ialah penyerang Norfarhan Mohamad, pemain pertahanan Daudsu Jamaluddin dan S. Subramaniam.

Selain pemain, Kelantan juga kehilangan ketua jurulatih Bojan Hodak yang diganti dengan bekas jurulatih Perak, Steve Darby.
   
Azman berkata, Kelantan akan cuba mengekalkan khidmat dua pemain import, Obinna Nwaneri dan Dickson Nwakaeme untuk saingan musim depan.
   
Dalam pada itu, Norfarhan berkata beliau masih berbincang dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengenai nasibnya bersama pasukan itu.
   
Mengulas khabar angin akan menyertai kelab Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim hadapan, Norfarhan berkata ia belum diputuskannya.
   
"Saya tidak nafikan ada ditawarkan tempat dalam Johor DT pada musim hadapan.  Tunggulah satu dua minggu ini untuk tukar atau tidak," katanya.
   
Kepulangan pasukan Kelantan itu disambut oleh kira-kira 200 penyokong daripada Kelab Komuniti Kami Memang Sporting.  - Bernama


SUMBER : SINI

Tazkirah Maal Hijrah: Ramai Berazam Tapi...


SALAM Maal Hijrah. Setiap permulaan tahun baru hijrah, dunia Islam biasanya menyambut perayaan maal hijrah dengan mengambil sempena hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Hijrah nabi bukan semata-mata proses perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, atau satu keadaan ke satu keadaan yang lain. 
Sebagaimana difahami kebanyakan orang, bahkan ia adalah satu manifestasi perubahan sesebuah masyarakat untuk mencapai dan menggapai kemuliaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Sempena Maal Hijrah ini ramai yang berazam untuk berubah. Tetapi perubahan masih tidak kunjung tiba kerana perangai masih berada di tahap lama.

Yang tinggal hanya azam dan keinginan. Lebih pelik lagi, kita minta orang lain berubah, minta anak-anak berubah, marah pada pasangan kenapa tidak berubah.

Memang tanggungjawab kita perlu nasihat-menasihati, cuma janganlah asyik kita menyuruh orang lain saja berubah. Bagaimana dengan diri sendiri? 

Kita semua hendak berubah tetapi tidak tahu bagaimana dan dari mana hendak mula kerana bimbang jika salah ikut kaedah pasti perubahan itu tidak kekal lama kerana kembali semula kepada perangai dulu. 

Hangat-hangat tahi ayam saja. Maka di sini mari kita berkongsi cara-cara memulakan perubahan dan berhijrah. 


1) Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. Ini kerana tidak mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedang­kan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama orang akan cakap anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. 


2) Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja. 

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah s.w.t anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri anda. 


3) Lakukan perubahan pada masa sekarang juga dan jangan bertangguh untuk tempoh lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama bertangguh ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. 

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang. 


4) Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. 

Jika diri anda tidak dipaksa anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan ia mengawal diri anda. 


5) Apabila berjaya melakukan perubahan diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja. 

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang dilakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya. Kesimpulannya, kita perlu berubah menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. 

Jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain. Setiap yang diamalkan perlu dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t demi kebaikan diri sendiri. 

Selepas itu, barulah bolehlah kita mengajak orang lain berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, Insya-Allah orang lain juga akan berubah seperti yang diharapkan. 

Pastinya, kita mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah ke arah kebaikan.
Artikel Asal : SINI

Kesihatan : Tips Penjagaan Bibir



Bibir kering dan mengelupas adalah sesuatu yang kita akan alami pada masa satu yang sama atau kadang-kala. Bibir sangat sensitif dan perlu dilindungi lebih-lebih lagi pada cuaca panas atau sejuk kerana ia boleh menjejaskan kelembapan bibir. Jadi, sekarang adalah masa untuk menjaga bibir anda dan ucapkan selamat tinggal kepada bibir mengelupas!

Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada bibir mengelupas?

Perlindungan adalah kunci utama
Lazimnya, bibir kita mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan ia mengandungi sedikit melanin, yang mana perlu bagi perlindungan terhadap sinar matahari. Oleh itu, anda haruslah sentiasa melindungi bibir anda daripada matahari dengan menggunakan produk bibir dengan perlindungan SPF UVA /UVB. Anda disyorkan menyimpan satu dalam beg atau ditempat yang senang dicapai. Ingatlah bahawa bibir hendaklah sentiasa dilindungi.

Kekal terhidrat
Salah satu tip yang berkesan ialah minum banyak teh hijau dan air sepanjang hari kerana bibir kering dan mengelupas adalah satu petunjuk bahawa badan anda kurang air. Jadi isi penuh gelas anda dengan air dan minum!





Jangan menjilat bibir anda
Bibir anda kurang berpeluh dan kelenjar minyak menjadikan ia mudah terdedah kepada dehidrasi. Oleh sebab itu, anda cenderung untuk menjilat bibir apabila ia mula kering. Namun ini hanya akan memberikan kelegaan sementara, kerana realitinya adalah ia boleh memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula air liur cepat tersejat, jadi bibir akan menjadi lebih kering daripada sebelumnya. Cuba untuk tahan diri dan gunakan produk yang boleh melembapkan bibir anda, bukannya menjilat bibir sepanjang hari.





Ambil vitamin 
Percaya atau tidak, kekurangan vitamin boleh menjejaskan keseluruhan badan kita tidak kira fizikal atau jasmani. Seterusnya kekurangan ini akan membawa kepada bibir mengelupas atau kering. Sehubungan dengan itu, pastikan anda amalkan pemakanan yang sihat dan pertimbangkan untuk mengambil multivitamin harian termasuk vitamin B, C dan E untuk memelihara bibir anda dari luar dan dalam.





Makan secara sihat 
Diet yang sihat juga penting untuk bibir kelihatan cantik. Jika kita kekurangan asid lemak, berkemungkinan bibir juga akan terjejas. Bahkan juga, manfaat Omega 3 sangat menakjubkan untuk kulit dan bibir kita.



SUMBER : SINI

Kambing Yang Hebat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...