Video : Fizi & Ahmad Bernas Muncul Di AmKrew Hot.FM



Anda dah tonton iklan Hari Raya Aidilfitri terbitan Bernas?
Video yang disiarkan di kaca televisyen sejak minggu lalu ternyata menarik perhatian ramai pihak.
Ramai yang berasa sedih dan tidak kurang juga ada yang menitiskan air mata kerana terkesan tatkala menonton kisah dua orang anak yatim yang ingin pulang beraya di kampung.
Kita pastinya tidak mengenali diri dua orang kanak-kanak pelakon iklan tersebut.
Ramai yang beranggapan Fizi dan Ahmad hanya berlakon sahaja sebagai seorang yang buta dan tuli dalam iklan komersial itu.
Hakikatnya, mereka tidak berlakon dan sememangnya mempunyai kecacatan.
Dan sebenarnya, mereka masih lagi mempunyai ibu.
Di konti radio terkenal Hot.FM, Fizi dan Ahmad telah dijemput hadir ke radio berkenaan sebagai tetamu jemputan AmKrew pagi tadi.
Gelagat kedua-dua pelakon cilik ini begitu lincah dan sangat mesra ketika dilayan oleh penyampai radio itu, Farah Fauzana, Faizal Ismail dan AG.
Fizi seorang yang sangat mesra dan lucu, manakala Ahmad pula sedikit pendiam.
Ahmad hadir ke Hot.FM dengan ditemani ibunya sebagai penterjemahnya ketika dia bercakap.
Mereka berdua ini sememangnya mempunyai bakat untuk menjadi pelakon apatah lagi mampu untuk meninggalkan kesan yang mendalam dalam pembawakan watak mereka.
Semoga, kehidupan mereka sentiasa dilimpahi cahaya kebahagian dan bergembira di Hari Raya Aidilfitri nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...