Video : 3 soalan dari Melayu murtad bertudung kepada ustaz Cina






IPOH: Kepetahan dan kebijaksanaan seorang ustaz mualaf menyelamatkan akidah seorang gadis Melayu daripada menjadi murtad selepas gadis berkenaan dikatakan mahu keluar dari Islam kerana sangsi kewujudan Tuhan.

Gadis 20-an itu dikatakan kembali ke jalan Allah SWT selepas tiga soalan cepu emas yang diberikan dijawab dengan jelas Pegawai Mualaf Islam, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Ustaz Hafiz Ng Abdullah. 

Perdebatan antara gadis terbabit dengan Ustaz Hafiz berhubung kebenaran Tuhan dan Islam mula diketahui umum selepas ia boleh dilayari menerusi laman Youtube bertajuk ‘3 soalan dari Melayu murtad bertudung kepada ustaz Cina’ yang kini ditonton 5,000 pelayar Internet.

Ustaz Hafiz yang ditemui wartawan Harian Metro berkata, apa yang dialaminya itu cabaran terbesar sejak dia memeluk Islam 20 tahun lalu.

Sumber : SINI

JEMPUT KLIK BUTANG@IKON KECIK FACEBOOK / TWITTER / BLOG KAT BAWAH UNTUK KONGSI BERSAMA RAKAN KORANG ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...