Dunia : Budak lima tahun jadi Batkid



BATKID (tengah) gembira selepas dia berjaya membebaskan maskot anjing laut (kiri).


SAN FRANCISCO - Seorang budak yang sedang menjalani pemulihan akibat penyakit kanser menjadi adi wira cilik selama sehari di sini kelmarin.
Budak tersebut, Miles Scott memakai kostum Batkid menangkap pencuri terkenal dalam filem Batman, Riddler dan menumpaskan Penguin.
Scott yang memakai kostum Batkid dibantu seorang lelaki yang memakai kostum Batman bagi menumpaskan dua penjenayah tersebut.
Ribuan penduduk memberi penghormatan dengan berdiri di tepi jalan bagi menunggu ketibaan Batkid itu yang menaiki sebuah kereta Lamborghini dekat sebuah bangunan yang pernah menempatkan sebuah bank.
Dalam lakonan itu, Batkid dan Batman kemudian berjaya menangkap Riddler di bangunan tersebut kerana dia cuba untuk merompak.
Batkid juga berjaya menumpaskan Penguin yang dilakonkan oleh seorang lelaki ketika dia menjadikan maskot anjing laut sebagai tebusan.
Lakonan itu dianjurkan oleh Yayasan Make-a-Wish yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan.
Pertubuhan itu menunaikan hasrat dan impian golongan yang tidak bernasib baik.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut menghantar mesej pendek kepada Batkid itu dengan meminta dia terus melakukan kerja yang membawa kebaikan kepada orang ramai. - Agensi
SUMBER : SINI

Filem Highland Tower : Gambaran karut



Kuala Lumpur – Filem Melayu berunsur seram Highland Tower yang sedang ditayangkan di pawagam didakwa menimbulkan masalah kepada penduduk sekitarnya.

Penduduk berdekatan pangsapuri itu, Datuk Siti Hendon Chik, berkata filem berkenaan yang menggunakan pangsapuri yang ditinggalkan itu sebagai lokasi penggambaran memberi kesan negatif kepada mereka.

Katanya, filem itu menggambarkan seolah-olah kawasan berkenaan benar-benar berhantu.


Gambaran karut


“Itu semua karut, kami yang tinggal di sini sejak 1982 hingga sekarang masih belum mengalami kejadian aneh seperti digambarkan dalam filem itu.

“Sebaliknya, kehadiran orang ramai yang cuba memasuki kawasan ini juga mengganggu ketenteraman penduduk di sini,” katanya yang tinggal kira-kira 20 meter dari pangsapuri berkenaan.

Beberapa blok pangsapuri itu dikosongkan selepas satu bloknya tumbang pada 1993.

Pengawal keselamatan kawasan itu, R Uguneswaran, 25, pula berkata ramai orang cuba menceroboh kawasan itu sejak 31 Oktober lalu.

Dia yang bertugas mengawal jalan masuk Taman Hillview dan Taman Sri Ukay, mendakwa diancam dipukul kerana tidak membenarkan pengunjung masuk.

“Malam semalam (kelmarin), hampir 100 remaja bermotosikal cuba memasuki dan apabila dihalang mereka memaki kami,” katanya.


SUMBER : SINI

Info : Cara Menukar Password Asal WiFi STREAMYX Dengan 4 Langkah Mudah

Untuk makluman, PASSWORD asal STREAMYX yang diset dengan "WEP Encryption" sangat mudah dipecahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bukan setakat hacker, budak darjah 1 pun boleh pecahkan password asalkan ada SOFTWARE. Biasanya SOFTWARE diberikan sebagai hadiah apabila membeli gajet yang dikenali sebagai WIFI BOOSTER. Penjual yang bagus hanya akan jual WIFI BOOSTER sahaja. Tidak akan bagi hadiah SOFTWARE.

Sebenarnya, WIFI BOOSTER ini tujuannya untuk menguatkan signal WIFI. Contohnya, korang 5 beradik tinggal dalam satu taman. Tapi jarak rumah antara rumah sangat jauh. Modem terletak di rumah si abang. Untuk jimat kos, si abang cadangkan setiap adiknya membeli WIFI BOOSTER supaya dapat menerima signal wifi dari rumahnya. Jadi, dah jimat kos bulanan internet. Kongsi-kongsi la kan.

Bagi saya, WIFI BOOSTER Tanpa SOFTWARE tak salah.
Tapi WIFI BOOSTER Dengan SOFTWARE salah.

Ok. Berbalik kepada tajuk. Ikut ja 4 langkah bergambar. Sebarang masalah yang timbul adalah tanggungjawab sendiri. Selamat berjaya.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas





Jom ramai-ramai kongsikan artikel ini. Kalau ada FB, copy ja URL/LINK, paste di WALL korang. Mudah kan? Kalau nak Copy & Paste ke blog ke, letakkan sumber/kredit yer. 

Nanti saya kongsi bagaimana nak MENGETAHUI sama ada WIFI korang sedang digunakan oleh orang lain @ tak.

Torkono : Video Wanita Belasah Peragut Hanya Lakonan Semula



PETALING JAYA: Pasti ramai yang akan kecewa apabila mereka mengetahui bahawa rakaman video yang tersebar memaparkan seorang wanita dengan berani membelasah peragut di depan rumahnya bukanlah fakta sebaliknya ia adalah lakonan semula.

Video berkenaan dikongsi di laman Facebook, Kempen Mencegah Jenayah di Malaysia, jelas menyatakan video berkenaan adalah satu babak lakonan semula untuk tujuan pendidikan.

Video berkenaan telah dikongsi di Facebook, lebih daripada 4,200 kali, mendapat perhatian pelbagai pihak yang memuji tindakan berani wanita berkenaan mempertahankan dirinya.

Rakaman video berdurasi satu minit itu memaparkan babak seorang wanita berada di tempat letak kereta dihadapan rumahnya, sementara dua lelaki menaiki motosikal dilihat berlegar di luar kawasan rumah ketika mangsa baru sahaja tiba di rumahnya.

Sebaik sahaja wanita berkenaan keluar daripada keretanya, seorang pembonceng motosikal berlari ke arah rumah mangsa sebelum cuba meragut beg tangan mangsa.

Wanita berkenaan dengan berani merampas kembali beg tangannya daripada peragut berkenaan.

Tidak berjaya dengan cara itu, dia dengan beraninya menggunakan menyiku perut peragut dengan menggunakan lututnya dan menendang suspek hingga tersungkur ke lantai.

Mangsa kemudiannya menyepak suspek hingga cedera hingga seorang rakan suspek datang dengan mengacukan sebilah pisau lipat untuk menakutkan mangsa supaya berhenti membelasah rakannya itu.

Rakannya itu kemudian menarik suspek keluar daripada rumah dan mereka gagal merompak wanita berkenaan.

Beberapa pengguna turut memberikan ulasan mereka terhadap rakaman video yang turut dimuat naik di YouTube.

Suraya menulis: "Saya tabik wanita ini dan saya harap dapat bertindak seperti beliau sekiranya saya berada dalam situasi yang serupa!."

Brigadier Jeneral Datuk Azlan Mohd Nor berkata: "Tahniah. Kepada wanita ini: "Saya tahu ia pasti satu mimpi ngeri kepada anda namun tahniah atas aksi berani anda itu. Saya rasa gembira melihat anda selamat. Satu nasihat saya, mereka yang menaiki motosikal mungkin mengekori kita, anda perlu lebih berhati-hati. Tunggu sehingga pintu pagar benar-benar terkunci sebelum anda keluar daripada kereta. Saya doakan anda semua selamat."

Daniel Ludwik pula sangat teruja dengan aksi wanita berkenaan sambil menulis mesej yang ringkas: "Kahwin dengan saya....hahahaha."


SUMBER : SINI

Kejam : 80 Rakyat Korea Utara Dihukum Mati Kerana Menonton Rancangan Korea Selatan



Seoul: Korea Utara secara terbuka menghukum mati 80 penduduknya awal bulan ini, kebanyakannya kerana menonton rancangan televisyen Korea Selatan yang diseludup, lapor akhbar Korea Selatan semalam. 

Akhbar JoongAng Ilbo merujuk sumber tunggal yang tidak dikenali, tetapi sekurang-kurangnya satu kumpulan Korea Utara yang berpaling tadah berkata ia mendengar khabar angin yang boleh dipercayai. 

Sumber, yang dikatakan biasa dengan unit hal ehwal dalaman Korea Utara dan baru-baru ini kembali daripada negara itu, berkata hukuman dijalankan di tujuh bandar raya pada 3 November lalu. 


“Di Wonsan, yang terletak di timur, pihak berkuasa mengumpulkan 10,000 orang di sebuah stadium untuk menyaksikan hukuman tembak sampai mati ke atas lapan orang,” kata sumber memetik saksi sebagai berkata. 

Zon ekonomi khas 

Kebanyakannya dituduh menonton drama televisyen Korea Selatan yang diseludup, dan sebahagiannya terbabit dengan pelacuran. 

Beberapa bandar raya, termasuk Wonsan dan Pyongsong di barat, dianggap sebagai zon ekonomi khas yang bertujuan menarik pelaburan asing untuk menaikkan ekonomi republik itu. 
Laman web berita beribu pejabat di Seoul, Daily NK, dikendalikan penduduk Korea Utara yang berpaling tadah dan mempunyai rangkaian sumber luas, berkata ia tidak mempunyai maklumat mengenai hukuman itu. 

Namun satu lagi laman web yang juga dikendalikan penduduk yang berpaling tadah, North Korea Intellectual Solidarity, berkata sumber melaporkan beberapa bulan lalu mengenai rancangan melaksanakan hukuman secara terbuka. 

“Rejim memang takut dengan kemungkinan perubahan pemikiran penduduk dan cuba menakutkan mereka,” menurut laman web rasmi. 

Menonton filem atau televisyen luar - terutama dari Korea Selatan - adalah kesalahan serius di Korea Utara. 

Bagaimanapun, usaha untuk mengawal pengedaran dihalang teknologi, dengan peningkatan bilangan diseludup menerusi cakera digital dan pemain mp3. 


Selain drama bersiri Korea Selatan, rancangan Amerika Syarikat seperti Desperate Housewives juga dipercayai mempunyai peminat tersendiri. 
AFP 


SUMBER : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...