Info Sihat : Pemakanan mengikut jenis darah



Patutkah anda mengikuti diet tertentu dan senaman berdasarkan jenis darah anda? Itulah apa yang telah dicadangkan oleh Dr. D'Adamo di dalam bukunya yang bertajuk 'Eat Right for Your Blood Type'. Dr. D'Adamo adalah seorang doktor 'naturopathic' yang merasakan bahawa jenis darah boleh menentukan penyakit dan penyakit-penyakit yang mungkin akan dihidapi oleh badan anda. Ia adalah satu pendekatan yang menarik, namun belum ada kajian lagi dijalankan, dan tidak ada kajian yang menunjukkan jenis darah boleh menjadi peramal untuk perkembangan sesuatu penyakit. 

Walaubagaimanapun, jika anda tertarik dengan idea berdiet mengikut jenis darah, anda boleh teruskan membaca. 

Apa yang menentukan kuantiti? 
Wanita akan makan dalam kuantiti jumlah yang rendah setiap hari. Menurut Dr. D'Adamo, pengiraan ini adalah berdasarkan etnik. Dalam jenis darah, anda perlu mengubah pengambilan kumpulan makanan tertentu mengikut kumpulan etnik anda seperti Asia, Caucasian atau Afrika-Amerika. 

Kumpulan makanan dan jenis darah
Jenis O dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan daging tanpa lemak, ayam , ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan tenusu serta senaman dengan bersungguh-sungguh. 

Jenis A perlu mengamalkan makan makanan soya, bijirin, sayur-sayuran organik dan melakukan senaman yang lebih lembut. 

Jenis B perlu makan makanan tenusu, daging, hasil keluaran , jagung atau gandum dan melakukan senaman yang sederhana serta dinasihatkan tidak mengambil terlalu banyak kekacang. 

Jenis AB harus makan makanan laut, tauhu, susu, ayam, daging lembu dan melakukan senaman yang menenangkan. 


SUMBER : SINI

Info Sihat : Kubis mampu elak barah



15 Feb – Tahukah anda bahawa kubis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi mengelakkan penyakit kanser.

Pelbagai khasiat antikanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C. kandungan sulfur di dalam kubis juga membantu membuang sisa alkohol dalam darah. 

Kubis juga bauk digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kubis kemudian dilumur ke kulit bermasalah. Bagi perubatan dalaman, kubis bolhe mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam. 

Antara manfaat kubis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan angina ahmar, mengurangkan risiko kanser usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan. Kubis juga berguna untuk menurunkan kadar kolesterol.


SUMBER : SINI

Berita : Kereta Proton Exora tiba-tiba terbakar



SHAH ALAM-  Sebuah kereta jenis Proton Exora dikatakan terbakar secara tiba-tiba di kawasan letak kereta Hospital Selayang, semalam.

Menurut sumber, kebakaran kereta tersebut turut menyebabkan sebuah motosikal Kriss yang berada berhampiran turut terbakar.

Sinar Harian difahamkan, tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun kereta Exora tersebut terbakar keseluruhan manakala motosikal Kriss tersebut hanya terbakar kira-kira 30 peratus.

Difahamkan ketika insiden berlaku, dua kanak-kanak berada di dalam kenderaan tersebut  namun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Bantuan daripada Jabatan Bomba dan penyelamat Selayang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.00 petang selepas menerima laporan kejadian beberapa minit sebelum itu.


SUMBER : SINAR HARIAN 15/2/2014

ARTIKEL : Bolehkah guru terus menjadi lilin?





TANGGUNGJAWAB guru dalam membangunkan generasi besar sekali.

Di sekolah, guru mengajar, menjadi kerani, mengisi data dan maklumat murid, menjadi jurulatih, dan pelakon di pentas. Pun begitu, guru tetap seronok dengan tugas mereka.

Namun, dengan terlaksananya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun 2011, keseronokan guru berubah.

Guru tidak senang dengan PBS bukannya kerana beban tugas yang bertambah, tetapi tidak tahan dengan karenah merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem
komputer berpusat.

Ini kerana sistemnya lembab dan selalu tergantung.

Keadaan inilah yang menyebabkan terdapat guru yang bangun sebelum Subuh sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke dalam sistem PBS kementerian.

Kementerian menyedari rungutan guru ini dan berjanji untuk mengatasinya pada April 2014 nanti.

Maka, guru diminta bersabar. Pun begitu, terdapat guru yang hilang sabar.

Pada 22 Februari ini, sekumpulan guru yang menamakan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) merancang untuk mengadakan bantahan di Putrajaya.

Persoalannya, mengapa mereka mahu mengadakan bantahan ini?

Apa masalahnya dengan sistem PBS ini? Perlukah sistem ini diteruskan atau
dihapuskan?

Bagi saya, sistem ini mempunyai banyak kelemahan yang mewajarkan Kementerian melihat semula pelaksanaannya?

Apa kelemahannya? Saya perturunkan hujahnya di bawah.

Masalah dengan sistem PBS?

1. Sistem ini tiada peperiksaan akhir tahun dan tiada peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR. Jika tanpa peperiksaan, bagaimana menilai pencapaian murid? Bagaimana ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka?

2. Sistem ini tidak sesuai dilaksanakan selagi nisbah guru-murid dan kemudahan sekolah bandar-luar bandar tidak seimbang. Di sekolah pedalaman misalnya, bagaimana mereka mahu mendapatkan kemudahan internet untuk merekodkan maklumat pelajar?

3. Sistem ini memerlukan kemudahan sekolah yang mencukupi. Bagaimana melaksanakannya dengan baik jika mendapatkan kertas dari pejabat
sekolah pun sukar? Tinjauan saya mendapati guru membeli sendiri
kertas, pencetak dan toner yang diperlukan mereka.

4. Cara pembahagian band tidak konsisten. Guru-guru sendiri mengakui
hal ini dengan mengatakan sistem ini sebenarnya tidak jujur; adakalanya mereka terpaksa meluluskan band setiap pelajar atas dasar simpati dan hendak mengejar band.

5. Sistem ini menyebabkan tugas utama guru mengajar menjadi semakin kurang kerana masa banyak ditumpukan kepada merekodkan maklumat pelajar dan membuat kerja-kerja perkeranian. Jika macam ini, bagaimanakah kita boleh menghasilkan insan yang cemerlang?

6. Sistem ini mewujudkan murid dan pelajar yang malas membaca, malas berusaha, malas berfikir dan hilangnya sifat ingin berlumba menjadi yang terbaik. Ini kerana murid-murid tidak lagi mempunyai tekanan untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan.

Ibu bapapun tidak ghairah lagi untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Bila malas berfikir, malas mengulangkaji, maka apa hasil cemerlangnya dengan sistem ini?


Mengatasi kelemahan PBS?

Hujah di atas menunjukkan kelemahan sistem PBS. Bagi mengatasinya saya
mencadangkan dua perkara.

Pertama, sistem peperiksaan berpusat UPSR dan PMR perlu diadakan semula. Bagi saya buatlah sistem PBS atau apapun, tetapi jangan hapus bentuk peperiksaan yang sedia ada sekarang.

Pelajar perlu dinilai, bukan sahaja untuk mengetahui tahap pencapaian mereka, tetapi untuk mereka mempunyai semangat berlumba, dan juga untuk membolehkan ibubapa menilai prestasi anak mereka.

Saya menekankan keperluan peperiksaan ini kerana saya tidak mahu melihat pelajar menjadi semakin malas dan tidak suka berfikir.


Bagi saya, UPSR dan PMR sudah elok, cumanya jika hendak menilai kedua-dua aspek akademik dan kokurikulum, buatlah 50 peratus peperiksaan dan 50 peratus kokurikulum dan kerja kursus, selesai masalah.

Kedua, jika sistem ini mahu diteruskan juga, maka guru-guru perlu diberikan pembantu untuk merekodkan data kerana tanggungjawab utama guru adalah mengajar.

Guru perlu diberikan kembali keseronokan mereka mengajar tanpa dibebankan dengan kesibukan mengisi maklumat dalam komputer.

Semoganya dengan mengembalikan keseronokan mengajar guru, maka guru kekal menjadi lilin yang menerangi perjalanan generasi akan datang. Amin.


SUMBER : SINI

Teknologi : Bantal 'Power Pillow' boleh cas telefon



5 Feb : Power Bank merupakan peranti yang berfungsi sebagai 'portable charger' dengan reka bentuk yang kecil dan boleh dibawa kemana-mana sahaja bagi memudahkan anda yang memakai telefon pintar yang kerap kehabisan bateri.

Namun kini, muncul produk baru juga berfungsi sebagai 'portable charger' iaitu 'Power Pillow'. Pelik bukan? Bantal biasanya dikaitkan dengan keselesaan kini mempunyai fungsi yang lebih meluas apabila ia boleh dijadikan peranti pengecas. 

Selain menawarkan keselesaan, kerana peranti ini membolehkan pengguna mengecas telefon pintar yang mempunyai sambungan USB. 

'Power Pillow' mempunyai kuasa bateri jenis litium polimer yang menjangkau sehingga 12000mAh dengan dua port USB. 

Bantal dengan reka bentuk empat segi itu mempunyai empat jenis rekaan iaitu Dottie, Skylar, Westbury, Puff, Knotty dan Maxim. 

Bantal canggih ini dianggarkan berharga RM240.

Sumber : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...