Berita : Kereta Proton Exora tiba-tiba terbakar



SHAH ALAM-  Sebuah kereta jenis Proton Exora dikatakan terbakar secara tiba-tiba di kawasan letak kereta Hospital Selayang, semalam.

Menurut sumber, kebakaran kereta tersebut turut menyebabkan sebuah motosikal Kriss yang berada berhampiran turut terbakar.

Sinar Harian difahamkan, tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun kereta Exora tersebut terbakar keseluruhan manakala motosikal Kriss tersebut hanya terbakar kira-kira 30 peratus.

Difahamkan ketika insiden berlaku, dua kanak-kanak berada di dalam kenderaan tersebut  namun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Bantuan daripada Jabatan Bomba dan penyelamat Selayang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.00 petang selepas menerima laporan kejadian beberapa minit sebelum itu.


SUMBER : SINAR HARIAN 15/2/2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...