Gempar : Mengapa MH370 Boleh ‘HILANG’ Tiba-Tiba? - Pakar




PETALING JAYA - Walau apa pun yang berlaku terhadap pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines yang hilang, yang pastinya sesuatu perkara telah berlaku secara tiba-tiba kerana juruterbang mempunyai beberapa cara untuk mendapatkan bantuan, kata juruterbang bersara Kapten Lim Khoy Hing.

Beliau berkata juruterbang biasanya menggunakan komunikasi radio VHF, yang mempunyai jarak liputan terhad sehingga 402km.

Untuk komunikasi jarak jauh, beliau berkata mereka menggunakan komunikasi radio HF yang mempunyai jarak liputan yang lebih luas, melebihi 1,609 km.

Pilihan lain adalah menggunakan ‘Controller-pilot data link communication’ (CPDLC) untuk mengisytiharkan kecemasan.

“Dalam kes ini, B777 -200 dilengkapi dengan CPDLC. Para juruterbang akan dapat berkomunikasi dan mengatasi pelbagai masalah, jadi ini memberitahu anda sesuatu mesti telah mengganggu mereka daripada membuat panggilan ini,” katanya kepada The Star Online.

Kapten Lim berkata pada ketinggian 35,000 kaki penerbangan MH370 yang dilapor telah terputus hubungan, juruterbang akan memerlukan sekitar lima minit untuk turun ke tahap yang selamat, 10,000 kaki.

Katanya, pada ketinggian ini penumpang tidak perlu menggunakan topeng oksigen, sambil menambah ini juga memberikan masa kepada juruterbang untuk membuat panggilan kecemasan.

“Juruterbang dilatih untuk membuat panggilan kecemasan sebaik sahaja mereka menghadapi berada dalam keadaan cemas. Semua orang di ruang udara yang sama pada frekuensi yang sama akan mendengarnya dan keutamaan akan diberikan kepada kapal terbang supaya ia dapat mendarat dengan selamat,” katanya.

Kapten Lim, yang mempunyai sembilan tahun pengalaman terbang dengan model B777- 200 MAS bersetuju dengan pakar-pakar penerbangan Amerika yang ditemuramah di CNN bahawa kehilangan pesawat berlaku di titik penerbangan yang paling selamat di.

Beliau berkata ini disebabkan beberapa faktor, termasuk fakta bahawa ia berada di mod ‘pelayaran’ pada kuasa dan kelajuan tetap.

“Hal yang paling berbahaya dalam penerbangan adalah pelepasan dan pendaratan kerana terdapat banyak pemboleh ubah. Di samping itu, B777 -200 adalah salah satu pesawat yang paling selamat kerana teknologi yang moden,” kata Kapten Lim, yang memulakan kerjayanya pada tahun 1967 sebelum bersara pada tahun 2011.


SUMBER : SINI

Pelik Tapi Benar : Ular Makan Buaya


Queensland: Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra.
Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter.
“Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. “Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya
Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat.
“Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular,” katanya.
Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya.
“Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. “Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya,” katanya. - AFP
SUMBER : SINI

Info Sihat : Tips hindari selsema!


1 Mac - Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Kajian mendapati terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. 

Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Gejala selsema sering membuat anda berasa tidak selesa. 

Bagi kanak-kanak, gejala ini kebiasaannya dirawat dengan menyapu kunyit yang telah dicampurkan dengan kapur sirih pada hidung bayi. Malah lendir dari batang sireh yang telah dihancurkan ataupun lendir dari daun sireh yang diramas juga dikatakan berkesan disapu sepanjang hidung bayi. 

Berbeza dengan orang dewasa, terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan bagi mengatasi gejala selsema. 

Mulakan langkah pertama iaitu mengatasi gejala selsema dengan membasahkan ubun-ubun tidak kira sama ada pada waktu hujan mahupun panas. 

Manakala sekiranya mahu mandi, pastikan anda tidak mandi lewat terutamanya pada waktu malam. rasa sejuk dingin malam hanya akan membuatkan gejala selsema yang anda alami menjadi lebih teruk. Selewat-lewatnya mandi pada waktu petang dengan menggunakan air suam. 

Langkah terbaik untuk mengatasi penyakit selsema adalah dengan mengamalkan petua mencampurkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau dan diperahkan airnya lalu diminum. Sekiranya anda konsisten mengamalkan petua ini sekali dalam sehari, masalah selsema tiada lagi. 

Meminum susu panas dicampurkan dengan sedikit serbuk kulit kayu manis turut membantu anda mengatasi selsema. Ini kerana khasiat yang terdapat di dalam susu panas dan kulit kayu manis mampu menghangatkan badan anda dengan segera. 

Sekiranya ia masih belum berkesan, kunyah sedikit kulit kayu manis juga boleh membantu mengurangkan dan mengeringkan lelehan hingus, melancarkan peraliran darah dan sekaligus dapat membantu proses penyembuhan. Namun pastikan ia di basuh terlebih dahulu sebelum dikunyah. Selamat mencuba!

Sumber : SINI

Info Sihat : Orang ramai kena waspada strok haba


Kuala Lumpur: Rakyat diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ‘heat stroke’ atau ‘strok haba’ berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah Celcius. 


“Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh, walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. 


“Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam,” katanya.

Beliau berkata, suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa maut.

Jabatan Meteorologi sebelum ini menyatakan, keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Kurang minum air 
Dr Noor Hisham berkata, pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas, di samping kurang minum air dan kekurangan air dalam badan antara punca strok haba.

Beliau menyarankan beberapa langkah segera diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

“Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

“Pesakit boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan dan menyejukkan badan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter satu hari. - BERNAMA


Sumber : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...