Info Sihat : Makanan Yang Mampu Beri Stamina



Kadang-kala anda akan berasa cepat penat atau letih ketika melakukan kerja atau pun ketika bersenam. Ini kerana badan anda mungkin tidak mempunyai stamina untuk anda kekal bertenaga untuk seharian. 

Untuk kekal bertenaga, anda harus makan dan makanan memang tidak boleh dipisahkan dengan manusia, ia merupakan sumber tenaga manusia untuk terus hidup dan berkerja di atas muka bumi tuhan ini, pun begitu pemilihan makanan yang salah boleh menyebabkan anda ditimpa sakit dan sekaligus boleh menjejaskan aktiviti seharian. 

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda panduan untuk mengekalkan dan menambahkan stamina kepada badan anda. 

Pisang
Pisang sangat popular dikalangan ahli sukan sebagai makanan yang memberi tenaga segera, ia juga bagus untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Secara saintifiknya pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak- kanak. 

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang mengandungi magnesium, fosforus,iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang telah dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga dan mengekalkan stamina ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan. 

Soya
Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh badan kita, kandungan protein yang tinggi dapat menyokong tahap tenaga, mengekalkan stamina dan dapat meningkatkan pretasi sukan seseorang. Selain itu, kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang kita, lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita untuk melakukan aktiviti seharian. 

Goji
Nama Goji mungkin sedikit asing bagi kita rakyat Malaysia, pun begitu ia sangat popular di kalangan pengamal kesihatan. Goji merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya. Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif. Selain antioksida, buah goji juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis bahan mineral seperti zink, germanium dan protein serta vitamin B1, B2, B6 malah vitamin E dalam sebiji buah goji adalah bersamaan dengan 500 biji buah oren. Kesemua khasiat tersebut dipercayai mampu meningkatkan stamina badan dan membuatkan badan boleh bekerja dengan lebih aktif. 

Daging
Daging terbahagi kepada banyak jenis, ada daging merah yakni dari sumber lembu, kerbau, kambing dan sebagainya, Daging putih pula daripada keluarga burung dan ikan, kesemua daging ini mempunyai kebaikanya tersendiri,pun begitu persamaan yang paling besar adalah kesemua jenis daging ini membekalkan keperluan protein yang baik untuk badan kita, protein ini bagus untuk tumbesaran otot dan mengekalkan tenaga seseorang, Daging merah juga mengandungi protein, zat besi dan zink yang penting untuk kesihatan badan. Jadi, bila mengambil daging, pilihlah daging tanpa lemak kerana ia baik untuk kesihatan badan kita. 

Bagi yang tidak berkempuan untuk membeli protein tambahan dari kedai, makanlah daging secukupnya, ia lebih menjimatkan. 

Telur 
Telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi diantaranya protein, vitamin A,vitamin B,vitamin B12, riboflavin, folic acid, calcium,iron, phosporus, dan potassium. Segala nutrisi ini bagus untuk kesihatan badan,terutamanya protein yang mampu untuk membekalkan tenaga untuk badan. 

Di dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal America College Of Nurition orang yang mengambil telur ketika bersarapan akan berasa kenyang lebih lama dan pada akhirnya memilih makanan dengan jumlah kalori yang sedikit ketika makan tenghari tiba. Terbukti, Telur merupakan makanan yang baik untuk kita mengekalkan tenaga dalam badan dan hidup akan sentiasa ceria, tetapi tidak boleh diambil secara berlebihan takut akan mendatangkan kesan sampingan pula.


SUMBER 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...