Pelik : Seluar Daripada Kulit Manusia


Pada abad ke-17 di Iceland, ada dukun yang membuat seluar dari kulit kawannya sendiri yang telah meninggal dunia, seluar ini dikatakan membawa kekayaan.

Menurut legenda, kesepakatan mengerikan di antara dua kawan baik untuk mengatur yang akan menjadi seluar atau ‘necropants,’ yang digunakan untuk tujuan sihir tradisional pada masa itu.

Seluar ini di letakkan di The Museum of Icelandic Sihir & Sihir di Holmavik, Iceland,

Untuk membuat necropants atau seluar kulit manusia ini didapatkan dari orang yang sudah meninggal dan sudah mendapatkan izin dimasa hidupnya. dari perjanjian mereka harus menggali tubuh sahabatnya yang sudah meninggal dan melepaskan kulit mayat dari pinggang ke bawah dalam satu potong tanpa lubang atau calar, untuk membuat seluar mengerikan ini.


Sumber : SINI

Wanita pertama PDRM kendali anjing k9.



Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kali seorang anggota polis wanita dipilih sebagai pengendali anjing wanita pertama.

Koperal Hilda ak Wilson, 29, berkata minat membela anjing sejak kecil antara faktor anak bongsu dari empat beradik itu menyertai unit K9 PDRM.

“Saya menjalani kursus selama empat bulan di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk mengendali anjing K9 jenis Labrador bernama Da Hei, sebelum menjalankan tugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL),” katanya.

Wanita berasal dari Saratok, Sarawak itu dijangka memberi dorongan dan perangsang kepada lebih ramai anggota polis wanita untuk menceburkan diri bertugas dalam Unit K9 PDRM.

“Cabaran dihadapi untuk mengendali anjing K9 adalah memastikan haiwan itu patuh pada arahan.

“Anjing berkenaan perlu menjalani latihan kemahiran seperti duduk, baring dan mengesan dadah,” katanya ketika ditemui selepas Persembahan Khas unit K9 di PULAPOL Kuala Lumpur, semalam.

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri



SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah, semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”


Sumber : SINI

Iman Sang Semut !!



Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. 

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”. 

Semut pun menjawab: “Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”. 

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya," berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?” 

Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. 

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. 

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. 

Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,

lantas Nabi Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”. 

Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan,

kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup,

rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa
”. 

Itulah Iman Sang Semut!!


Sumber : SINI

Rasailah Kelazatan Membaca Al-Quran



Dan, tahukah anda – keistimewaan Ramadhan yang meneduhkan ini ialah ia merupakan bulan Al-Quran. Sesiapa yang jiwanya akrab dengan Al-Quran nescaya jiwa-jiwa dan hati-hatinya sangat tenang dan damai. Inilah keistimewaan Al-Quran.

Al-Quran.

Sumber ketenangan jiwa.

Pancaran kebahagiaan buat nurani.

Sinaran cahaya yang menyinari sanubari.

Itulah Al-Quran.

Ia merupakan kalamullah yang akan memberikan ketenangan kepada jiwa. Ia membawa hati-hati manusia dekat dan hampir dengan Sang Kekasih agung iaitu Allah SWT.

Hubungan kita akan menjadi hidup dan segar apabila kita benar-benar akrab dan mesra dengan Al-Quran. Inilah kitab yang mempunyai pelbagai keajaiban dan kenikmatan yang memikat hati.

Bahkan, membaca Al-Quran akan diganjari dengan kebaikan dan pahala daripada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan setiap satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda.” ( Riwayat al-Tirmizi)

Saidina Uthman bin Affan berkata : “ Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada Al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf Al-Quran padanya.” ( Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman)

Namun, banyak persoalan-persoalan yang timbul difikiran  kebanyakan kita. Kenapa kita tempuhi Ramadhan dengan jiwa yang tumpul perasaanya tanpa semangat dan keghairahan. Kita lalui dengan bermalas-malasan terutama malas untuk membaca Al-Quran.

Selalunya, Al-Quranlah yang begitu sukar untuk kita tatapnya saban waktu dan detik.Terasa berat dan kemalasan mulai berbenih di dalam diri sendiri. Timbul pelbagai rekaan-rekaan alasan berkiblatkan hawa nafsu.

“ Buat apa baca Al-Quran, tak faham langsung!”

“ Susahlah hendak sebut huruf-huruf Al-Quran ini,”

“ Buang masa sahaja baca, tak dapat apa-apa pun”

Banyak helah dan omong-omongan yang muncul dari kalangan kita. Agar Al-Quran tidak menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

Jika inilah yang sedang menghinggapi kita saat ini, amat rugilah kita. Seharusnya, di bulan yang mulia inilah –  kita semakin aktif dan cergas membaca dan mentadarus Al-Quran bersama rakan-rakan kita.

Jika kita malas dan menunda-nunda untuk menbaca Al-Quran itu satu alamat dan tanda. Apakah maksudnya?

Itu tanda kekerasan hati dan kesannya ialah kita akan ditimpa kesusahan di dunia, terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan dan diancam dengan azab di akhirat. Sebaliknya jika sentiasa akrab dengan Al-Quran, hati akan menjadi lembut dan jernih, fikiran menjadi cerdas, perasaan kian tenteram dan anggota badan menjadi cergas.

Hilanglah segala seri kenikmatan dalam menjalani amalan soleh di bulan Ramadhan ini jika hati kita sebegini. Marilah kita singkirkan dengan segera segala perasaan, tabiat dan sifat-sifat malas untuk membaca Al-Quran kepada suka, gemar dan cintakan Al-Quran. - 

Sumber : SINI

Teladan : Mewah Jual Darah



ALOR STAR: “Hanya disebabkan terpengaruh dengan rakan kerana mahu hidup mewah, saya sanggup melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab hingga menggadai masa depan dan kerjaya yang dibina selama ini,” kata penghuni Penjara Pokok Sena, Nor (bukan nama sebenar), 27, yang dijatuhi hukuman penjara 19 bulan sejak April lalu selepas didapati bersalah bersubahat dengan rakan sekerja menjual pelbagai darah disumbangkan orang ramai kepada hospital swasta.

Nor yang pernah bertugas di sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang berkata, dia menjadi rambang mata apabila mampu memperoleh antara RM2,000 hingga RM3,000 menerusi akaun banknya setiap kali menjual darah bersama rakannya kepada sebuah hospital swasta di negeri sama.
“Pada mulanya saya tidak berminat bersubahat dengan rakan sekerja kerana menyedari perbuatan itu salah, namun desakan dan pengaruh rakan sekerja membuatkan saya mengambil jalan pintas untuk hidup senang hasil jualan bekalan darah.

“Setiap kali ada program menderma darah atau sebagainya di hospital, kami akan mengasingkan beberapa pek darah sama ada jenis A, AB dan O ke kotak lain untuk dijual kepada pihak lain.

“Biasanya kami dapat menjual satu pek bersamaan 450 pain pada harga RM600. Sejak itu, saya mula terjebak dengan kegiatan ini kerana mahu hidup senang dengan cara mudah,” katanya ketika ditemui dalam Program Jalinan Kasih Sempena Aidiladha, di sini, semalam.

Menurutnya, ada kalanya baki wang dalam akaun banknya mencecah RM13,000 hasil daripada jualan darah.

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Satu hari Jabatan Audit membuat pemeriksaan di Unit Bekalan Darah dan mendapati dalam rekod tidak sama dengan jumlah sebenar.

“Pihak pengurusan kemudian menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan saya dan rakan yang melakukan perbuatan keji ini. Saya didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara.

“Kini saya menyesal terhadap perbuatan itu kerana kerjaya saya musnah sekelip mata gara-gara ingin hidup mewah,” katanya yang gembira dapat bertemu dan memeluk ibunya yang datang melawatnya.


Sumber : METRO

Petua Sakit Gigi

Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

Sumber Asal : SINI

Pesawat China Langgar Superman.


Begitulah tajuk sebuah akhbar di China yang melaporkan pesawat ini telah melanggar sesuatu yg dipercayai superman pada ketinggian 8 ribu meter (26 ribu kaki) yang mengakibatkan pesawat ini terpaksa berpatah balik ke Cengdu.

Sumber : SINI

Gambar : Yang Pertama Di Dunia

Penampakan Sinar-X Pertama (1895): Röntgen's wife hand








Pada 1895, Wilhelm Conrad Röntgen, profesor fizik dari Universiti Wurburg di Jerman telah menerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1901 kerana penemuan sinar-x beliau.



Pencakar Langit Pertama (1885): Bangunan Insurans Nyawa Di Chicago


Ketinggiannya 42 meter di rekodkan pada 1885 di Chicago, Illinois dan dan kemudian diubahsuai semula pada 1931. Gedung ini ialah bangunan untuk Home Insurance Building yang mempunyai 10 tingkat. 


Web Server Dan Web Site Pertama (1990): a NeXT computer at CERN


Info.cern.ch adalah alamat website dan web server pertama di dunia. Berjalan menggunakan NeXT computer at CERN. Alamat web lengkap yang pertama kali adalahhttp://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html yang diperkenalkan dan dibuat oleh Tim Berners-Lee.



Photografi Pertama (1826): "View from the Window at Le Gras"


Berabad-abad kemajuan dalam kimia dan optik, termasuk penemuan kamera obscura, menjadikannya pelopor untuk foto pertama di dunia. Pada tahun 1826, ilmuwan Perancis Joseph Nicéphore Niépce, mengambil foto itu, berjudul "View from the Window at Le Gras" di rumah keluarganya.



Karya Novel Pertama (1007): Tale of Genji


Lebih dari beribu2 tahun-tahun yang lalu lebih kurang 1007M novel yang berjudul Tale of Genji mengisahkan cerita seorang lelaki yang sedang mencari cinta dan banyak kali dia bertemu wanita di sepanjang jalan. Ditulis oleh orang Jepun yang bernama Murasaki Shikibu.


MP3 Player Pertama (1998): MPMan 32MB


DI lancarkan pada tahun 1998, MP3 Player Pertama Di Dunia, terdiri dari 32MB dan 64MB. Harganya pula ialah $69.


Komputer 'Mouse' Pertama (1964): by Douglas Engelbart


Mouse pertama didunia di cipta oleh Douglas Engelbart pada 1964, terdiri darpada dua sliding wheel dan dibuat daripada kayu.


Motor Pertama Di Dunia (1885): Daimler's "riding car"


Kenderaan bermotor pertama dicipta dan dibangunkan oleh orang Jerman iaitu Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Bad Cannstatt (Stuttgart) pada 1885. Walaupun ada yang mengatakan sudah wujud Reitwagen (kereta kuda bermotor). Kendaraan pertama ini digerakkan dengan minyak tanah.


Bangunan Motel Pertama Di Dunia (1925): Motel Inn


Motel Inn di San Luis Obispo, California, motel pertama di dunia. Dibangunkan pada 1925 oleh arkitek LA, Arthur Heineman. Motel Inn diberi nama Milestone Mo-Tel. Kos untuk satu malam adalah $1.25 dan masih beroperasi sehingga saat ini.


Majalah Pertama Di Dunia (1731): The Gentleman's Magazine


The Gentleman's Magazine diterbitkan pada 1731, di London, dan dianggap sudah menjadi majalah pertama. Edward Cave yang bertanggungjawab dalam suntingan The Gentleman's Magazine.


Kereta Berkonsep Pertama Di Dunia (1938): Buick Y-Job


Dirancang pada tahun 1938 oleh perancang terkenal General Motors Harley Earl, Buick Y-Job dan dianggap oleh sebagian besar menjadi kereta berkonsep pertama. Kereta itu mempunyai lampu tersembunyi yang dapat dioperasikan, "gunsight" ornamen kap, bumper pelindung, digunakan oleh Buick sampai tahun 1950-an.



Cover Album Pertama Di Dunia (1938): Smash Song Hits by Rodgers and Hart


Direka oleh Alex Steinweiss, seorang pereka yang berumur 23 tahun telah mencipta album cover ini pada 1938 untuk Piring Hitam Columbia. Album ini berjuful Smash Song Hits by Rodgers and Hart.


Microprosesor Pertama Di Dunia (1971): Intel 4004


Pada November 1971, Syarikat Intel menghasilkan micro prosessor pertama, Intel 4004 (U.S. Patent #3,821,715), diciptakan oleh Federico Faggin, Ted Hoff, dan Stan Mazor. 



Kamera Digital Pertama Di Dunia (1975): Created by Kodak's engineer Steve Sasson


December 1975, Engineer Kodak, Steve Sasson mencipta kamera digital ini. Berukuran pembakar roti dan resolusi 100×100 - atau 0.01 megapixels.



Teka-Teki Silang Pertama di Dunia


Pada tahun 1913, Arthur Wynne memiliki pekerjaan menyusun halaman teka-teki mingguan untuk Fun, sebahagian dari komik halaman dari New York World, sebuah akhbar utama waktu itu.



Laptop Pertama Di dunia 


Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985. Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ (tidak seperti keybord sekarang QWERTY) , processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg (cukup berat juga). Untuk harga laptop itu sendiri adalah $1899. Mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive.



Kasut Roda Pertama Di Dunia


Kasut roda yang dikatakan dicipta pada 1897 ini adalah contoh aneh 'Road Rollers', yang sangat popular dengan pengusaha London pada zaman Victoria yang meluncur ke tempat kerja memakainya. Setiap pemakai kasut dengan dua roda yang tinggi, ditempatkan satu di depan dan satu di belakang dan pengguna mahir boleh mencapai kelajuan sehingga 16mph di sepanjang permukaan yang halus. Mereka diikatkan ke kaki si pemakai dengan tali dipasang ke kaki dengan potongan kayu kuning, dan beratnya lebih dari £ 40 masing-masing. Kasut ini dijual di London oleh the Road Skate Co of Oxford Street selepas penemuan mereka pada tahun 1897, dan diiklankan sebagai 'ankle-friendly'. Para ahli percaya bahawa kasut ini direka selepas ramai penggemarnya dari pertengahan tahun 1890-an.



Telefon Mudah Alih Pertama DI Dunia


Motorola DynaTAC (Dynamic Adaptive Jumlah Skop kawasan) 8000x adalah telefon pertama di dunia dikeluarkan secara komersial dan kemunculan pertama pada tahun 1983 dengan harga $3995. Syarikat ini menghabiskan lebih dari $100 juta dan 15 tahun mengembangkan teknologi. Pada 13 x 1.75 x 3.5 inci, yang DynaTAC 8000x memaparkan sebuah skrin LED dan sampai 30 minit waktu bicara ketika dicas penuh. Ia terdapat dalam tiga kombinasi warna yang berbeza, yang meliputi putih kelabu, coklat, dan kelabu gelap.



Karikatur Peta Perang Pertama Di Dunia Kemudiannya Perang Eropah Pada 1870


Peta Kartun satira dari Perancis ini (‘Carte drôlatique d’Europe pour 1870‘) berusaha untuk mendapatkan beberapa tertawa keluar dari ketegangan dengan menunjukkan peta antropomorfik di Eropah, di mana masing-masing negara diwakili oleh sebuah karikatur kebangsaan 'persona' nya. Karikatur peta perang ini menunjukkan keadaan yang berapa tidak baik di Eropah pada tahun 1870, tahun perang Franco-Prussia akan menyebabkan Empayar Jerman bersatu dan Perancis akan dimalukan. Ada yang menyebut ianya dari tiga Perang Saudara Eropah, dua yang lain adalah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.



Mesin Fotokopi (Photostat) Pertama Di Dunia


Seorang peguam bernama Chester Carlson menemukan proses yang disebut 'fotografi elektrik' pada bulan Oktober 1937 yang kemudian berganti nama menjadi 'xerografi' pada tahun 1938. The "10-22-38 Astoria" adalah mesin fotokopi pertama yang diketahui. Xerografi dari penyalinan proses itu menjadi salah satu penemuan paling terkenal dari abad ke-20. Carlson menjadi kaya raya dari penemuan tersebut dan mencipta sebuah industri berjumlah bilion dollar dan mendapat pengiktirafan dunia. Dianggarkan bahawa Carlson menyerahkan hampir $100 juta pendapatan untuk amal dan yayasan sebelum kematiannya pada tahun 1968.



Televisyen Pertama Di Dunia


Orang yang bertanggungjawab membuat televisyen ialah John Logie Baird (13 Ogos 1888 – 14 Jun 1946) ialah merupakan seorang (engineer) jurutera berbangsa Scotland yang terkenal kerana mencipta sistem televisyen berfungsi yang pertama, dan juga siaran televisyen warna pertama elektronik sepenuhnya di dunia.



Lampu Isyarat Pertama Di Dunia


Isyarat lalu lintas pertama kali dicipta pada tahun 1912 oleh anggota polis Detroit bernama Wire Lester yg menampilkan dua warna, lampu merah dan hijau dengan 'buzzer' untuk memberi amaran kepada pejalan kaki di hadapan peralihan yang akan berlaku.


Mesin Senapang Pertama Di Dunia


Richard Jordan Galling, Pencipta mesin senapang pertama di dunia (Galling Gun). Dalam dunia militer, senapan mesin Galling Gun dianggap sebagai pelopor senapang mesin pertama di dunia. Keganasan senjata pembunuh ini telah teruji pada saat perang saudara Amerika pada abad ke-18.



Hard Disk Pertama Di Dunia


Hard disk pertama yang dilancarkan IBM pada September 1956 dengan nama '305 RAMAC'. Kapasiti penyimpanan hard disk ini adalah sebesar 5 Mb dan merupakan komputer pertama dengan menggunakan hard disk drive. Berat hard disk tersebut lebih dari 1 ton.



Pembuat Komputer Pertama Di Dunia


Sir Harold Thomas Flower. Beliau adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Pemecah Sandi Tentera Rahsia Inggeris untuk memecahkan kod pemancar radio NAZI.



Pesawat Terbang Pertama Di Dunia


Pencipta pesawat terbang yang pertama di dunia adalah Orville dan Wilbur Wright
Pada 17 Disember 1903, Wright bersaudara membuat percubaan pertama yang berjaya di mana mesin (pesawat terbang) yang membawa seorang lelaki telah meningkat 
oleh kuasanya sendiri telah terbang secara semula jadi dalam kelajuan tersebut serta mendarat tanpa kerosakan.



Pistol Air Pertama Di Dunia


Pistol jenis ini mula muncul pada akhir tahun 1800-an. Dengan bentuk yang tidak terlalu besar, ia seringkali disebut sebagai squeeze bulb kerana menggunakan beg dari getah untuk menampung dan memancutkan air.


Permainan Video Games Pertama Di Dunia - Brown Box


Dikenali sebagai kotak berwarna coklat (kotak perang) yang dicipta oleh Ralph Baer yang berasal dari Jerman tetapi menetap di America Syarikat pada tahun 1966. 
Pada 1967, Ralph Baer dan rakan-rakan sekerjanya di syarikat Sanders Associates, Inc. membangunkan sebuah prototaip berkonsepkan permainan menggunakan televisyen, 
integrasi dengan multiprogram sistem permainan video.


Pesawat Pengangkut Supersonik Pertama Di Dunia - TU-144


Jurutera dari Ukraine, Igor Sikorsky (1889-1972) dikreditkan sebagai pencipta helikopter pertama di dunia pada tahun 1909, tetapi ia lebih daripada 25 tahun sebelum mesin praktikal awal seperti VS-300diterbangkan di dalam perbicaraan pra-perang.


Keyboard Pertama Di Dunia


Diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1868 oleh Christopher Latham Sholes dan dipasarkan pada tahun 1877 oleh Perusahaan Remington.


Mesin Basuh Elektrik Pertama Di Dunia


Mesin basuh elektrik yang pertama muncul pada tahun 1901 apabila Alva John Fisher (1862-1947), seorang jurutera dari Amerika Syarikat yang menggunakan tong (drum) sebagai kuasa motor putaran yg meliputi air dan sabun didalamnya. Penggunaan mesin menjadi popular apabila elektrik menjadi perkhidmatan yang biasa digunakan dan dipatenkan pertama kali pada 1910.


Basikal Pertama Di Dunia


Kirkpatrick Macmillan (1813-1878) adalah seorang tukang besi dari Courthill Smithy, Keir dalam kawasan 'Drumlanrig' di ladang milik 'Duke of Buccleuch' di barat daya Scotland. Pada sekitar 1839 basikal ini dilengkapi pedal sehingga mencipta basikal pertama di dunia.

SUMBER : SINI

Sejarah Anak-anak Sidek (Lagenda Badminton Negara)




DATO' MOHD SIDEK ABDULLAH KAMAR (ALLAHYARHAM)

Allahyarham Dato' Sidek lahir pada 9 Januari 1936 di Banting, Selangor. Beliau bersekolah di Sekolah Agama Al-Mansor, Pulau Pinang. Antara kejayaan beliau ialah Juara Beregu Lelaki dan Beregu Campuran Daerah Kuala Langat (1958); Juara Perseorangan Lelaki Daerah Kuala Langat (1959-1962); dan Juara Perseorangan Lelaki Piala Novis Melayu Selangor (1964).

Pada 1970, beliau bersara dan seterusnya bermula detik beliau melatih anak-anaknya menceburi sukan badminton. Allahyarham juga merupakan pengasas Kelab Nusa Mahsuri -- kelab badminton pertama di Malaysia, ditubuhkan pada 10 April 1997. Beliau merupakan bapa kepada 5 orang jaguh badminton adik beradik iaitu Misbun Sidek, Jalani Sidek, Razif Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Allahyarham Dato' Sidek, seorang yang tegas mendidik anak. Jasanya kepada dunia sukan negara memang tak terbalas.

Al-Fatihah.



DATUK MOHMED MISBUN BIN HAJI MOHD SIDEK 

Misbun Sidek (lahir 17 Februari 1960 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada adik-beradiknya.

ZAMAN KANAK - KANAK

Visi Datuk Sidek Abdullah Kamar untuk melihat anak-anaknya menjadi jagoan badminton bermula dengan anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai eksperimen.

Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton di hadapan rumah mereka di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Dua tahun kemudian, rutin sama turut dilalui adiknya, Razif dan Jalani setahun kemudian.

Namun di peringkat awal, bakat Misbun dalam badminton ditenggelami adiknya, Razif. Razif atau dikenali Mok di kalangan adik-beradik, lebih berdisiplin dan jarang ponteng latihan, berbanding Misbun dan Jalani yang lebih nakal. Tetapi sejak kategori bawah umur 15 tahun, Misbun sudah mula menewaskan Razif yang dua tahun lebih muda darinya.

KARIER AWAL

PADA usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak kedua daripada lapan beradik itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.

Di peringkat kebangsaan, Misbun terus mengekalkan dominasinya dan melakar gelaran hatrik bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah 21, setahun kemudian.

Pada 11 November 1976, Stadium Negara bergema menandakan dominasi keluarga Sidek bermula. Selepas Misbun muncul juara bawah 18 tahun beberapa bulan sebelumnya, adiknya, Razif dan Jalani muncul juara bawah 15 tahun MSSM selepas menewaskan pasangan Negeri Sembilan, Michael Chua dan Lim Jit Eng 15-10, 15-1.

Razif juga unggul dalam acara perseorangan dengan menewaskan pemain Pulau Pinang, Chung Peng Hoong 15-9, 15-3. Misbun menemani bapanya, Datuk Sidek Abdullah Kamar menyaksikan detik bersejarah itu. Misbun bertembung buat pertama kali dengan Razif dalam kategori 18 tahun merebut gelaran Novices Selangor di Dewan SBA, Kampung Attap pada 30 Januari 1977. Pertembungan itu amat dinantikan kerana Misbun adalah juara bawah 18 tahun MSSM manakala Razif unggul dalam kategori bawah 15.

Sesuai dengan statusnya sebagai abang, Misbun menewaskan Razif dalam saingan sengit rubber game 10-15, 15-5, 15-2. Setahun kemudian, pada usia 18 tahun, Misbun sudah terpilih untuk menjalani latihan skuad Piala Thomas negara. Dia boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain senior ketika itu seperti Suffian Abu Bakar, James Selvaraj, Saw Swee Leong, Phua Ah Hua Moo Foot Lian, Ong Teong Boon, Ho Khim Soon dan Kwek Chiew Peng.

KARIER SETERUSNYA

Setelah mengalahkan Liem Swie King di Sukan SEA Manila 1991, beliau memenuhi nazarnya dengan mencukur rambut ala 'Mohican' (botak di kiri kanan dengan rambut tebal menjurai di tengah). Ketika bertanding di Hong Kong beberapa waktu kemudian, beliau tetap muncul dengan potongan rambut yang aneh itu.

Kejayaan itu melayakkan Misbun bergelar Olahragawan Kebangsaan 1981.

Ketika final Piala Dunia 1982 di Stadium Negara, Misbun Sidek tewas kepada bintang Indonesia, Lim Siew King. Walhal dia ada peluang memenangi perlawanan. Selepas kalah set pertama 12-15, Misbun bangkit untuk menang set kedua 15-3 dan mendahului 10-1 pada set penentuan. Sepanjang kejohanan itu, Misbun beraksi cemerlang. Dalam laluannya hingga ke final, dia menundukkan pemain terkemuka seperti Luis Pongoh dari Indonesia, Morten Frost Hansen (Denmark) dan Prakash Padukone (India).

Pada awal September 1982, ketika persiapan menghadapi Sukan Komanwel dan Asia, Misbun tiba-tiba mengejutkan pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peminat apabila meninggalkan kem latihan skuad negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) bersama rakan sepelatihnya, Ajib Mohiddin. Selain muncul naib juara dunia, Misbun juga memenangi Terbuka Sweden dan mengekalkan kejuaraan kebangsaan pada 1982.

Setahun kemudian, dia muncul juara Terbuka Jerman, Sweden, Kanada, separuh akhir Piala Dunia dan tempat ketiga Kejohanan Grand Prix Dunia. Dalam kejohanan Piala Dunia, Misbun tewas kepada pemain Indonesia, Hastomo tetapi penampilan uniknya nyata menarik perhatian peminat membanjiri Stadium Negara. Malah penampilan warna warni Misbun sedikit sebanyak membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memenuhkan kantung dengan hasil jualan tiket luar dugaan.

Pada 19 Ogos 1983, ketika Misbun bertemu Jens Peter Nierhoff dari Denmark, dilaporkan BAM mengutip tiket berjumlah RM70,000, keesokannya bertemu pemain China, Chen Changjie (RM117,000) manakala ketika tewas kepada Hastomo, jualan tiket adalah RM128,840.

Bakat, penampilan dan karisma Misbun turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Pada 7 Oktober 1983, Misbun menempa sejarah sebagai pemain pertama Asia Tengara dan kedua Asia selepas jaguh India, Prakash Pradukone menjadi pemain profesional di bawah International Management Group (IMG).

Pengiktirafan itu suatu yang menakjubkan kerana Misbun kini setaraf dengan bintang antarabangsa lain di bawah IMG seperti Bjorn Borg, Jimmy Connors, Jack Nicklaus, Arnold Palmer, Sebastian Coe dan Alberto Salazar.
TAHUN 1984 menyaksikan Misbun Sidek membuat kejutan apabila mengambil keputusan menunaikan haji di Mekah pada usia 24 tahun. Namun pada 30 September 1984, Misbun tiba-tiba sakit akibat kekeringan air dalam badan di Mekah dan ia menggemparkan keluarga serta peminat badminton negara.

Misbun pulang ke tanahair pada 4 Oktober 1984. Pada bulan sama, Misbun kembali memegang raket dan mewakili Malaysia ke Terbuka Kanada.

Pada 8 Januari 1985, sejarah tercipta lagi dalam keluarga Sidek. Kali ini, mereka menjadi keluarga terbesar mewakili negara dalam kejohanan luar negara. Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid terpilih kali pertama beraksi bersama di pentas antarabangsa di Terbuka Hong Kong. Maka lengkaplah Sidek Brothers - lima anak lelaki keluarga Sidek.

Apapun, di sebaliknya penampilan peliknya, Misbun masih mampu menyinar di pentas antarabangsa dengan gelaran terakhir dicapai pada 1988 selaku naib juara Piala Thomas, selepas tewas kepada China 4-1. Setahun kemudian, Misbun mengambil keputusan nekad untuk bersara. Hatinya masih kuat untuk bermain namun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.

Misbun pernah merangkul pingat emas bagi acara perseorangan lelaki badminton pada Sukan SEA 1981 di Manila, Juara Badminton Kebangsaan Malaysia (1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987); Naib juara Piala Dunia 1982; Naib juara Seluruh England 1986; Naib juara Grand Prix Badminton Dunia 1988 dan Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki).

Misbun Sidek akan senantiasa dikenang sebagai jurulatih yang telah melahirkan ramai jaguh seperti Roslin Hashim, Hafiz Hashim dan Dato' Lee Chong Wei. Respek.












MOHAMED RAZIF MOHD SIDEK

Razif Sidek (lahir 29 Mei 1962 di Banting, Selangor) merupakan anak kedua selepas Misbun antara kelima-lima anak-anak Sidek yang bermain badminton. Beliau sering bermain secara beregu dengan adik lelakinya, Jalani. Razif dan Jalani memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers.

Beliau juga merupakan anggota skuad Malaysia yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama dalam 25 tahun, dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Negara pada 1992. Beliau melakar sejarah menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat Sukan Olimpik pada temasya Barcelona 1992.

Mereka merangkul pingat gangsa buat Malaysia setelah mencapai separuh akhir kategori beregu lelaki yang mana mereka tewas kepada pasangan Korea, Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo.

Semasa perjalanan kariernya dengan Jalani, mereka merupakan antara empat beregu terbaik di dunia (Park Joo-bong/Kim Moon-soo, Rudy Gunawan/Eddy Hartono dan Tian Bingyi/Li Yongbo) dari era 1980-an hingga awal 1990-an. Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia dari 1994 hingga 1996.








HAJI MOHAMED JALANI MOHD SIDEK

Mohamed Jalani Mohamad Sidek (lahir 10 November 1963 di Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton yang merangkul pingat gangsa bersama abangnya, Razif dalam perlawanan beregu pada Sukan Olimpik 1992. Anak-anak Sidek menjadi pemenang pingat Olimpik yang pertama untuk negara mereka sejak penyertaan pada temasya 1956 di Melbourne.

Semasa perjalanan karier dengan abangnya Razif, mereka memenangi beberapa gelaran kejohanan tempatan dan antarabangsa. Detik paling bersejarah semasa beliau menjadi pemain termuda yang memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982.

Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau mengasaskan sebuah kelab badminton bagi mencari bakat pemain baru, yang dipanggil Kelab Nusa Mahsuri, yang mana beliau menjadi penasihat sejak 1996. Beliau bertanggungjawab dalam perkembangan adik beradik Hashim, Roslin dan Hafiz yang menjadi pemain badminton kebangsaan Malaysia.





Razif dan Jalani Sidek: Beregu yang digeruni. 

Kesefahaman antara dua beradik ini digelar sebagai 'telepathic'. Kekuatan mereka ialah pertahanan dalam rally yang panjang, di mana pihak lawan yang kurang sabar pasti akan melakukan kesilapan.

Piala Thomas 1992 







RAHMAN SIDEK

Rahman Sidek (lahir pada 20 September 1965 di Banting, Selangor) merupakan Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Ketua Jurulatih Program Pembangunan Badminton Junior Usahasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya/Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Beliau pernah menjadi Juara Beregu Lelaki Terbuka Kanada; Juara Beregu Lelaki Terbuka Jerman; Naib Juara Berpasukan Piala Thomas; Juara Beregu Lelaki Terbuka Perak dan Juara Berpasukan Piala Thomas (1992).






RASHID SIDEK

Abdul Rashid Mohamed Sidek (lahir 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton lelaki dari Malaysia serta pemain perseorangan bertaraf dunia sewaktu era 1990-an.

Beliau merupakan anak bongsu adalah yang bongsu dalam kalangan lima Adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton kebangsaan. Abang beliau, Razif Sidek dan Jalani Sidek merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik bagi beregu lelaki pada 1992. Beliau menjadi pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun.

Rashid Sidek memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi. Beliau menjadi pemain nombor satu dunia buat julung kalinya pada tahun 1997. Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pelapis dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia.

Beliau dikatakan yang paling handal di kalangan Sidek bersaudara, kerana ketangkasannya sewaktu permainan jaring dan 'smash' yang padu dan kencang (uhmm...ada warga CG yg tak setuju keh?).

Beliau diiktiraf sebagai antara perseorangan lelaki terbaik pernah dilahirkan negara kita.









Servis-S : Servis yang tak terlupakan.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan).

Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan.

Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Antara pemain yang mula-mula mempopularkan serangan pada masa menerima servis ialah Heryanto Arbi dan Lim Swie King.

Ia sememangnya menjadi masalah kepada pemain lawan untuk mengambil servis ini dan membuat serangan pada gerakan awal. Hal ini demikian kerana, pemain lawan yang menerima servis ini akan menerima bulu, bukan kepala. Alasan diharamkan adalah kerana ia merosakkan bulu tangkis. Servis-S ini dikatakan sangat berkesan dalam permainan beregu. Razif dan Jalani dikatakan dapat memenangi Kejohanan Seluruh England 1982, hasil dari keberkesanan 'Servis-S'.

Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980.



BUKU BUKU SIDEK






JASA KAMU SEMUA AKAN DIKENANG SELAMANYA



sumber chedinsphere.blogspot, wiki & arkib negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...