TAHNIAH : Hazzirah Izzati pelajar paling muda dianugerahkan PhD UTM

Hazzirah Izzati Mat Hassim
Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.  Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.
Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali, objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.
Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.

INFO SIHAT : TIPS MINUM AIR 3LITER SEHARI




TIPS MINUM AIR 3LITER SEHARI

Antara soalan yang selalu diajukan setiap kali saya nasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari :

1) "tak buncit perut ke kalau minum air banyak2?"
2) "kena minum air sampai 3 liter ke? x ke nanti asyik ulang alik ke tandas?"
3) "mcmana nak abiskan 3 liter air sehari? susahnya.."

Jangan takut minum air yang banyak kerana air tidak menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air dapat meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu untuk mengurangkan berat badan. Perut buncit? Jangan takutlah.. kan Rasulullah mengajar kita untuk minum dengan cara yang betul;

Minum seteguk demi seteguk dan bukannya sekaligus
Jangan bernafas di dalam bekas air, dengan menjauhkan bekas air dari mulut semasa bernafas
Tidak meniup ke dalam air samada untuk mengurangkan haba (air panas) atau menghembus sesuatu yang jatuh ke dalamnya

Sangat penting untuk tidak bernafas ke dalam air kerana gas karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan dari hidung atau mulut semasa bernafas/menghembus akan bercampur dengan air (H2O) dan seterusnya membentuk karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu janganlah makan bersulamkan minum kerana itu juga merupakan salah satu penyebab perut buncit. Seelok-eloknya minum air 20-30min sebelum makan. Bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman tetapi juga boleh mengawal kita untuk tidak makan terlalu banyak.

Soalan ke2, ye memang kena minum air yang banyak. Tapi bukan banyak sekaligus. Kita ambil contoh kalau kita siram pokok di dalam pasu dengan sebaldi air sekaligus, sudah tentu pasu boleh pecah. Begitu juga dengan badan kita. Boleh memudaratkan sekiranya kita minum sekaligus dalam sesuatu masa. Anda boleh lihat perubahan yang ketara hasil dari pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan suplemen.

Soalan ke3, macamana nak abiskan 3 liter sehari? Mari saya kongsikan tips yang mungkin boleh membantu:

Minum segelas air (250ml) sebaik sahaja bangun daripada tidur, (dikatakan salah satu petua awet muda juga)
Ambil suplemen bersama-sama 2 gelas air
Minum segelas air sekurang-kurangnya 20minit sebelum makan
Minum segelas air selepas ke tandas atau selepas menyusukan bayi/mengepam
Letakkan botol air masak di atas meja kerja, di dalam bilik seaktu tidur, di dalam kereta supaya kita boleh terus minum sewaktu dahaga
Minum air sewaktu haus atau sewaktu lapar tetapi bukan waktu makan
Minum air suam supaya kita dapat menghirup sedikit demi sedikit
Semak pengambilan air secara teliti.

Senang bukan? Boleh tak kalau ikut tips ni? Kalau dah minum cukup air, kuranglah sikit rasa nak makan. Maka kita pun akan lebih sihat dan bertenaga

Jom kita kongsikan tips ini dengan kawan2x kita


SUMBER ASAL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...