Info Sihat : Adakah Sayur Baik Dimasak Atau Dimakan Mentah



Adakah Sayur Baik Dimasak Atau Dimakan Mentah | Menurut pakar pemakanan Dr Oz, khasiat sayur musnah bergantung kepada cara masakan dan juga proses penyimpanannya. Tak semestinya sayur yang mentah lebih baik daripada di masak. Dan juga yang masak lebih baik daripada mentah. Berikut merupakan fakta mengenai sayur yang elok dimakan mentah ataupun dimasak.

Brokoli – mentah

Sememangnya brokoli dan kobis bunga adalah sayur yang selalunya dimasak namun di dalamnya terdapat enzim myrosinase. Myrosinase membantu melawan kanser perut dan juga ulser. Masak boleh memusnahkan enzim tersebut.

Cili Merah – mentah

Kaya dengan vitamin C. Masak boleh mengakibatkan vitamin C terurai dan musnah dalam masakan.

Tomato – masak

Mengandungi lycopene yang merupakan antioksida. Kajian menunjukkan molekulnya berubah bentuk menjadi lebih berguna apabila dikenakan haba dan ia seeloknya dimasak untuk memudahkan lycopene diserap ke dalam badan.

Bawang – masak

Mengandungi quercetin yang membantu mencegah radang. Ia sangat kaya dalam bawang merah dan kuning berbanding putih. Masak selama 5 minit ke atas boleh mengakibatkan khasiatnya hilang.

Lobak – masak dan mentah

Untuk mengelakkan polyphenol – antioksida melawan kanser dan vitamin C terurai atau musnah ia elok dimakan mentah atau ; Untuk menambahkan pengeluaran Beta Carotena – antioksida yang membantu penyerapan vitamin A (vitamin yang elok untuk mata dan juga penting dalam tumbesaran) seeloknya dimasak.

Teknik masakan terbaik untuk sayur


Sumber : SINI

Berita Dunia : Kecoh gambar bangkai sotong gergasi



SANTA MONICA, California – Sekeping gambar dan berita tentang penemuan bangkai seekor sotong gergasi sepanjang 48.76 meter di tepi pantai Santa Monica, California yang disiarkan di laman web The Lightly Braised Turnip telah didapati palsu, lapor akhbar The Epoch Times semalam.

Artikel di The Lightly Braised Turnip pada Jumaat lalu menyatakan, sotong tersebut menjadi besar disebabkan oleh kebocoran radioaktif ke laut di daerah Futaba, Fukushima, Jepun.

Kebocoran itu berlaku disebabkan sebuah loji nuklear di Fukushima mengalami kerosakan disebabkan tsunami yang tercetus akibat gempa bumi kuat berskala 9.0 pada skala Richter pada 11 Mac 2011.

Artikel di laman web tersebut yang ditulis oleh Butch Witt menyatakan, sotong tersebut kemudian hanyut ke pantai Amerika Syarikat.

Lebih 500,000 orang menghantar mesej dan melihat gambar tersebut di laman rangkaian sosial Twitter selepas ia disiarkan di laman The Lightly Braised Turnip.

Bagaimanapun, wartawan akhbar The Epoch Times, Zachary Stieber mendapati berita dan gambar tersebut palsu selepas dia melakukan penyiasatan.

Menurut Stieber, dalam artikel sotong di laman web itu, Pengarah Taman Santa Monica, Cynthia Beard berkata, dia berhasrat untuk memotong badan haiwan tersebut untuk dihantar ke Institut Penyelidikan Scripps untuk tujuan penyelidikan.

Namun, wartawan yang melakukan penyiasatan itu kemudian mendapati tiada pengarah di taman tersebut yang bernama Cynthia Beard.

Berita palsu itu turut mendapat perhatian portal kajian saintifik yang terkenal iaitu National Geographic.

Menurut portal itu, seorang kakitangan laman web gosip, snopes.com memandu kenderaan ke pantai tersebut dan melaporkan tiada tanda-tanda kehadiran sotong gergasi itu.

Seorang penulis artikel di laman About.com yang memberikan pelbagai maklumat tentang topik-topik menarik, David Emery berkata, gambar sotong gergasi di akhbar The Lightly Braised Turnip itu sebenarnya sotong gergasi sepanjang sembilan meter yang mati di sebuah pantai Sepanyol pada Oktober 2013. – Agensi


SUMBER : SINI

Info : Kenapa Lampu Isyarat Berwarna Merah,Kuning & Hijau?



Selama ini ketika kita berhenti di lampu isyarat, pernahkah anda terfikir kenapa warna lampu isyarat di seluruh negara ialah merah, kuning dan hijau?

Pada permulaannya, lampu isyarat digunakan untuk keretapi dengan warna merah sebagai berhenti, hijau sebagai berhati-hati dan putih ialah bergerak. Namun, ia memberikan masalah apabila bekas warna lampu isyarat tertanggal yang menyebabkan pemandu keretapi mengangap isyarat sebagai putih iaitu bergerak. Keadaan di waktu malam juga berbahaya kerana ada yang tersilap melihat bulan penuh sebagai lampu putih dan sukar dilihat pada siang hari.



Lampu Isyarat Pertama Di Dunia

Akhirnya lampu isyarat di jalan raya diperkenalkan dengan warna merah dan hijau sahaja di London  pada1868 dengan menggunakan lampu gas. Ia diperkenalkan oleh J.P. Knight dan dibina oleh syarikat jurutera keretapi Saxby & Farmer. Namun, lampu ini mudah meletup dan mengakibatkan polis yang mengawal lampu isyarat cedera. Oleh itu, lampu isyarat tidak digunakan sehinggalah lampu isyarat beroperasi menggunakan mentol elektrik.


Antara Lampu Isyarat Terawal Di Amerika Syarikat

Lampu isyarat elektrik dibina pada 1912 oleh Lester Wire, seorang anggota polis di Amerika Syarikat dengan menggunakan warna merah dan hijau. Akhirnya warna kuning ditambah bagi memberi maksud berhati-hati serta mengatasi masalah lampu putih yang mudah mengelirukan pemandu. Pada 1923Garrett Morganmempatenkan versi lampu isyaratnya yang akhirnya dibeli oleh syarikat General Electric dengan harga USD 40 000.

Pada masa ini, lampu isyarat telah dipertingkatkan dengan menggunakan lampu LED yang lebih jelas dilihat dan lebih tahan berbanding lampu mentol dengan skrin berwarna yang akan luntur warnanya. Lampu isyarat berwarna merah juga ditambah sedikit warna oren dan hijau ditambah sedikit warna biru bagi membantu pemandu yang buta warna.

SUMBER ; SINI

[INFO] Bagaimana nak kenalpasti mesin atm yang ada alat pengimbas data

Apa itu ATM Skimming Device?

-ATM skimming device adalah satu alat yang digunakan oleh penjenayah untuk menyalin data dari jalur magnetic kad ATM pengguna.


-Alat ini selalunya bersaiz kecil dan diletakkan di mesin2 ATM tanpa disedari oleh pengguna.

Di mana hendak mengenalpasti alat ini di mesin ATM?


















Beza mesin ATM yang normal dan ada ATM skimming device



Mesin ATM normal
-penunjuk masuk kad yang berkelip dapat dilihat dengan mudah.
-kebanyakan alat pengimbas data akan menutup penunjuk masuk kad yang berkelip ini.

Mesin ATM yang ada alat pengimbas
-Alat ini direka untuk kelihatan seperti sebahagian dari mesin ATM itu sendiri.
-penunjuk masuk kad yang berkelip tidak dapat dilihat dan tempat untuk memasukkan kad juga berbeza.


Contoh-contoh alat pengimbas data kad ATM yang dipasang di mesin ATM







Contoh-contoh alat perakam no pin kad atm yang dipasang di mesin ATM






Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan mesin atm


-Jika ada mesin ATM yang selalu anda gunakan, contohnya seperti mesin ATM di kawasan rumah atau tempat kerja anda, pastikan tiada kelaina
n pada mesin ATM itu seperti mana yang pernah anda gunakan sebelum ini.

-Periksa tempat memasukkan kad samada ianya longgar atau tidak dengan memegang tempat tersebut. Selalunya alat pengimbas ini dipasang dengan hanya menggunakan pita perekat sahaja.

-Selalu pastikan anda menggunakan tangan untuk menutup semasa anda menekan nombor pin.


Sumber : SINI

Jom Cuba : Buang bulu dengan rawatan lilin



Bulu roma yang lebat, berlebihan dan tidak diingini bukanlah satu masalah luar biasa buat para lelaki dan wanita.

Wanita biasanya berhadapan dengan masalah ini di bahagian muka iaitu kening dan bibir, ketiak, kaki dan juga garisan bikini. Manakala bagi lelaki pula adalah pada bahagian belakang badan, dada dan adakalanya kening. 

Terdapat beberapa cara untuk membuang bulu roma antaranya seperti mencukur, mencabut, krim serta penggunaan lilin (wax). Walaubagaimanapun semua cara tersebut mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan, kerengsaan kulit dan agak bersepah jika anda melakukannya sendiri. 

Di STRIP: Ministry Of Waxing, mereka mengamalkan HSQ iaituHygiene (Kebersihan), Speed (Kelajuan) dan Quality (Kualiti) dan oleh itu, anda tidak perlu lagi berhadapan dengan masalah-masalah seperti di atas semata-mata bagi mendapatkan kulit yang lembut. 

Memang tidak dinafikan membuang bulu menggunakan lilin akan menyebabkan anda terasa sakit sedikit di beberapa bahagian tertentu lebih-lebih lagi jika anda baru pertama kali melakukannya. 

Namun pakar terapi yang berpengalaman akan memastikan anda berasa selesa dan tenang sepanjang proses tersebut. 

Ikuti beberapa info berguna tentang membuang bulu roma menggunakan lilin yang dikongsikan bersama oleh Janet Lim yang merupakan Pengurus Perhubungan Awam STRIP. 

Mengapa rawatan menggunakan lilin popular terutama sekali Brazilian? 

Selebriti dan ikon fesyen sememangnya telah membantu ramai menyedari tentang pembuangan bulu roma tetapi kini wanita moden juga tahu keperluan untuk menjaga penampilan diri mereka secara dalaman dan luaran. Mereka juga akan meluangkan masa bagi memastikan mereka kelihatan menarik. Selalunya wanita memilih untuk membuang bulu roma di bahagian kaki, ketiak serta bahagian garisan bikini (Brazilian). Wanita zaman kini banyak melakukan di bahagian Brazilian supaya ianya kemas dan bersih serta memberi keyakinan kepada diri mereka. 

Tempoh sesuai untuk rawatan menggunakan lilin

Selalunya pelanggan akan mendapatkan rawatan antara 3-6 minggu selepas rawatan terakhir mereka atau panjang bulu dalam anggaran 4-6 milimeter. Itu adalah panjang yang ideal untuk rawatan penggunaan lilin. Apabila bulu dibuang dari akar, kulit anda mampu kekal tanpa bulu sekitar 2-3 minggu dan ianya akan tumbuh dengan lebih halus. Di STRIP, pakar terapi kami akan melakukan rawatan tersebut dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan tetapi masih tetap memastikan kebersihan. 

Jenis lilin yang digunakan di STRIP

Kami menggunakan Berry Chocolate Hard Wax dan Lavender Soft WaxBerry Chocolate Hard Waxmengandungi bau coklat yang enak dimana ia akan mengeras dan mengecut di keliling bulu roma dengan cepat. Manakala Lavender Soft Wax pula tidak mengeras dan ia sesuai digunakan di bahagian seperti kaki dan ketiak, bukannya kawasan sensitif. 

Tips sebelum melakukan rawatan lilin

Jika anda melakukan rawatan untuk menghadiri sesuatu acara, pastikan anda melakukannya 2-3 hari lebih awal terutama sekali jika anda masih baru dengan proses tersebut. Ini kerana buat mereka yang mempunyai kulit sensitif, anda mungin mengalami kemerahan atau tompok di bahagian tersebut. Oleh kerana panjang bulu yang ideal adalah sekitar 4-6 milimeter, pastikan anda tidak merapi, mencukur atau mencabut serta kulit anda lembab sebelum rawatan. Yang penting, jangan rasa takut atau gementar. Tidak perlu berasa malu dan tanya soalan kepada pakar terapi anda jika tidak pasti. 

Kebaikan mengamalkan rawatan lilin

Selain daripada bebas tanpa bulu untuk tempoh yang lama serta pertumbuhan yang halus, rawatan ini akan membuatkan kulit anda lembut serta membuang sel mati. Ia juga turut membenarkan pelembab menyerap dengan lebih baik dalam kulit. Malahan bau badan juga akan berkurangan kerana peluh tidak terperangkap antara bulu roma anda. Ia memberi keyakinan diri lebih-lebih lagi kepada wanita. Selain daripada itu, kepentingan mendapatkan rawatan di bahagian Brazilian adalah kebersihan dan juga keselesaan. Wanita akan berasa kekal selesa terutama sekali ketika cuaca panas atau ketika datang bulan. 


SUMBER : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...