Buat Sendiri : Menguji Alternator Kereta Anda


Alternator ialah generator elektrik yang membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektronik dan juga berfungsi sebagai pengecas bateri kereta anda. Anda PATUT menguji sendiri alternator anda dengan MULTIMETER (biasanya serendah RM25 sehingga RM50 - ikut jenis dan jenama) jika kereta anda mengalami masalah berikut :


1. Bateri cepat KONG.
2. Lampu kurang terang.
3. Air-cond kurang sejuk.
4. Enjin menjadi berat (disebabkan pembakaran petrol tidak sempurna akibat percikan api dari spark plug & pancitan petrol tidak sempurna).
5. Untuk kereta auto, pertukaran gear tidak lancar sekaligus kereta anda lembap untuk memotong.
6. Enjin sukar dihidupkan.

Ok. Kita terus kepada langkah-langkah pengujian.





Langkah 1 : Hidupkan kereta anda.
Langkah 2 : Buka bonet hadapan di mana bateri kereta diletakkan.
Langkah 3 : Setkan multimeter anda kepada 20 V.
Langkah 4 : Sentuhkan prob merah (positif) kepada terminal positif bateri dan prob hitam (negatif) kepada terminal negatif bateri.
Langkah 5 : Cek bacaan ada multimeter anda.

Jika bacaan pada multimeter anda di antara 13.5 V sehingga 14.4 V (biasanya 13.8 - 14.2 V), bermakna alternator kereta anda berfungsi dengan baik. 

Jika melebihi 15 V, bermakna voltage regulator pada alternator kereta anda bermasalah. Keadaan ini BOLEH menyebabkan peralatan elektronik rosak (akan ambil masa juga untuk rosak). 

Jika bacaan kurang 13 V, bermakna alternator anda menghadapi masalah. Keadaan ini yang menyebabkan masalah-masalah seperti yang dinyatakan pada permulaan artikel. 

Sekiranya rasa takut/was-was untuk menguji sendiri, boleh minta rakan (dalam ramai2 rakan, mesti ada yang boleh tolong cek). Jika tiada, hantarlah ke bengkel.

Bendera USA Sendiri Berasal Dari Warisan Majapahit



Oleh kerana British East India Company telah terlibat membiaya kumpulan British di dalam Revolutionary War di Amerika Utara hingga pihaknya menang dan berjaya menubuhkan Amerika Syarikat, bendera British East India Company telah dipakai sebagai bendera tidak rasmi Amerika Syarikat, sebuah negara baru merdeka dengan 13 buah negeri tercantum dengannya dengan jelas sekali walaupun dinafikan oleh mereka yang berkepentingan dalam hal mengelak untuk mengiyakan pembabitan syarikat tersebut dalam tersebut. Dari mana pula datangnya bendera British East India Company atau SHTI - Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti dalam buka sejarah sekolah kita itu?

Bendera British India Company adalah ubahsuai dari bendera kapal (umbul-umbul) Empayar Majapahit yang berkibaran di merata pelusuk Kepulauan Rempah yakni Nusantara pada saat awal kedatangan mereka. Oleh kerana British East India Company yang berpengkalan di India mahu menguasai perdagangan hingga ke China, mereka perlu menempuh laluan kibaran bendera Majapahit.

Pengubahsuaian umbul-umbul Majapahit ini yang digunapakai oleh konglomerat British East India Co. ini membolehkan British berurusan dengan mudah di Nusantara kerana dilihat sangat bersahabat dengan penduduk kepulauan ini pada awal kedatangan mereka. Namun mereka mengubahnya dengan 13 jalur. Kita mungkin pernah tahu 13 itu melambangkan apa dan British East India Company itu di naungi oleh siapa.


Hakikat ini cuba ditutup oleh sesetengah ahli akademik Amerika Syarikat bagi mengelakkan tersingkapnya peranan British East India Company dalam pembikinan negara tersebut namun ia disingkap seluasnya oleh banyak forum-forum diinternet. Dalam bendera USA sendiri, maksud warna putih dan merah itu sama seperti maksud warna putih dan merah dalam bendera Indonesia yang dikatakan sebagai warisan Majapahit.

Kesimpulannya, maka benarlah Jalur Gemilang yang digunakan hari ini juga adalah warisan Nusantara kerana penambahan warna biru dan bulan bintang kuning pada sudut kiri sebelah atas itu sangat lebih cenderung memberi bermaksud penjajahan British ke atas warisan Majapahit itu telah berakhir dan digantikan dengan pemerintahan bangsa Nusantara yang Islam.

Mujur sahaja Malaysia mengelak gubahan umbul-umbul Majapahitnya dari memiliki 13 jalur seperti Amerika Syarikat dengan menambahkan satu jalur lagi sebagai makna keseluruhan 13 negeri membentuk satu persekutuan, walaupun hakikatnya pada ketika penubuhan Malaysia, terdapat 13 buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia.

Keterangan ini mungkin tidak dijumpai dalam mana-mana buku sejarah dalam negara ini kerana ia melibatkan isu antarabangsa hari ini yakni hubungan Malaysia - Indonesia. Tetapi, untuk mengatakan Jalur Gemilang adalah warisan ciptaan penjajah, fikirkan sendiri.

Hakikat yang tidak diketahui oleh ramai orang ialah, tanah Majapahit di mana bendera merah putih yang dipakai Indonesia hari ini berkibar, hanyalah tanah Jawa. Di luar tanah Jawa, naungan Majapahit disebut Nusantara. Ini boleh dirujuk dari Sumpah Palapa yang dibuat oleh Perdana Menteri Majapahit, Patih Gajah Mada. Majapahit, seperti juga Melaka hanya menaungi, dan bukanlah menjajah.

Ini juga memperlihatkan penggunaan bendera Majapahit sebagai asas kepada bendera Singapura adalah tidak langsung relevan kerana Singapura terletak diluar tanah Jawa dan termasuk di dalam kawasan Nusantara. Ini kerana menurut ahli sejarah, yang berkibar di serata Nusantara pada zaman Majapahit hanyalah umbul-umbul Majapahit, yakni bendera bala maritimnya iaitu jaluran merah putih berjumlah 9 baris.

Tetapi justifikasi penggunaan tersebut kita ketahui sebabnya kerana keluarnya Singapura dari Malaysia (1965) adalah pada ketika berlakunya konfrontasi Malaysia dan Indonesia (1962 - 1966) dan sudah tentulah Singapura memilih untuk cenderung bersemangat Indonesia.

Hanya mereka yang malas mengkaji dan orang luar yang terlalu disogok oleh pemuka-pemuka kebangsaan melulu sahaja yang menyebut bendera Malaysia itu merupakan ciplakan bendera Amerika Syarikat. Padahal Amerika Syarikat menciplak dari British East India Co. yang menciplak dari Majapahit di mana Majapahit meyambung warisan merah putih dari Srivijaya.

Tidak mengetahui bukanlah satu kesalahan. Kesalahan cuma timbul apabila sudahlah tidak berpengetahuan, dicuba pula untuk memporak-perandakan fikiran orang lain. Contohnya si guni padi di bawah ini :



Apabila keboddohan berleluasa, si boddoh tidak akan malu untuk menunjukkan keboddohannya kepada umum. Lagu Negeri Perak mula dipakai 1888 manakala Terang Bulan hanya muncul pada tahun 1930an.

Sumber : SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...