Masjid Kobe Masih Utuh Selepas Serangan Bom Atom



Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun.

Masjid ini dibina pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku.

Kobe bererti 'gate of God' atau gerbang Tuhan.

Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua.

Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sebuah peperangan.




Dan Jepun tewas. Dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika.

Ketika itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya.

Boleh dikatakan Kobe menjadi rata dengan tanah.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Kobe tetap berdiri tegak.

Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah.

Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom.
 



Tentera Jepun yang berlindung di bawah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya.

Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.

Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana pengubahsuaian dalam jumlah yang besar.

Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan secara langsung dari Jerman.

Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama.

Sistem pengatur suhu bilik lalu dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina.

Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.




Krisis kewangan sering menghampiri kes jawatankuasa masjid.

Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya.

Ramai penderma yang bersedia memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan pengubahsuaian masjid ini.

Sumbangan tetap boleh membuat Masjid Kobe menjadi semakin berkembang.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tepat pada pukul 05.46 Selasa,17 Januari 1995.

Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbudan lainnya.




Para ilmuan menyatakan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah plat yang saling bertembung, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan plat Eurasia.

Meskipun hanya berlaku 20 saat, namun gempa ini memakan nyawa sebanyak 6433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar Kobe.

Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan mangsa 140,000 orang.

Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak tergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana.






Kenapa Nabi Muhammad Sangat Menyayangi Kucing


Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumah, nabi selalu mengendong mueeza (nama kucingnya) dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka ialah Mueeza selalu mengiaw ketika mendengar azan, seolah-olah ngiaw nya mengikut lantunan suara azan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan sepertimana beliau menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah juga nabi mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza.

Selepas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

[Image: 1069380_569604273091199_1950979496_n.jpg]
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun cecair yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. (tu kita selalu lihat kucing menjilat2 badannya, ti sebenarnya ia membersihkan bulu)

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, perbezaan kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Keputusan yang diperolehi adalah:

1. Keputusan yang diambil dari kulit luar adalah negatif mempunyai kesan banteria, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbandingan yang ditanamkan bakteria memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cecair yang diambil dari dinding mulut.

3. Cecair yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif bakteria.

4. Sekalinya pun ada bakteria yang ditemui ketika proses kajian, bakteria itu masuk kelompok bakteria yang dianggap sebagai bakteria biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak dijumpai kumpulan bakteria yang pelbagai.

Berbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil kajian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Air liurnya bersih dan membersihkan.

Komen Para Doktor dalam bidang berkaitan:


Bangkai Kereta Tempur Firaun Yang Tenggelam Di Lautan




Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tersebut ketika digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya,selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.

Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.


Selain itu, keadaan bentuk roda juga dapat dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita dongeng belaka.


Diantara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Diandaikan itulah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh raja mereka, Firaun.

Pada bahagian peta yang didalam bulatan merah itulah ,menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan mereka dikatakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Anggaran jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter.


Dapatkah kita membayangkan berapa kekuatan yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata-rata mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, apatahlagi menurut sejarah, pengikut Nabi Musa pada ketika itu adalah berjumlah ribuan orang? (menurut tulisan lain anggaran jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).


Menurut pengiraan secara sains, anggaran keperluan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa pengiraan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! Sungguh luar biasa dan mengagumkan, Allah Maha Besar.

Secara ilmiah seharusnya roda tersebut telahpun hancur kerana usianya yang telah terlalu tua. Namun jika Allah menghendaki, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dan ianya akan dilindungi sebagaimana mayat firaun yang terawet dan masih elok ketika ditemukan untuk menjadi pengajaran bagi manusia tentang kewujudan dan kebesaran Allah SWT. WaAllahhu ‘alam.

Apa dosa Dr Mohammad Morsi terhadap rakyat Mesir?



MESTI BACA...!

Apa dosa Dr Mohammad Morsi terhadap rakyat Mesir?

Dosa-dosa Dr. Muhammad Mursi selama memerintah negara Mesir.(baca keseluruhan)

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi?Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang.

Berikut tulisan lengkapnya:

Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.

Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.

PENJELASAN HUKUM FIZIK MENGAPA LELAKI DIHARAMKAN MEMAKAI EMAS.


Di sini saya sediakan sebab- sebab mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.
1. Dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga +ve. Maka ianya berlawan dari segi magnet dan gelombangnya. Tekanan ini menyebabkan tulang akan mudah membengkok dan rapuh.
2. Emas adalah berwarna kuning oren dalam sistem gelombang adalah berelektrik untuk fungsi adrenalin buah pinggang. Maka ianya memberi kesan buruk ketahanan sistem buah pinggang dan perkumuhan. Penyakit gout, sendi dan batu karang mudah berlaku.
3. Emas juga beresonans tinggi dan tarikannya kewangan mampu membiaskan sifat riak dan takabur bagi lelaki yang memakainya.
MORALNYA JIKA ISLAM MENGHARAMKAN MEMAKAI EMAS BAGI LELAKI ADALAH TEPAT DARI SUDUT SAINS DAN MEMBERI KEBAIKAN UMAT MANUSIA. - Wallahualam.Di sini saya sediakan sebab- sebab mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.

JUTAWAN RUSIA CUBA LAWAN KUASA TUHAN...


Bukan satu rahsia lagi bahawa Rusia adalah salah satu negara yang maju membangunkan manusia mesin atau cyborg. Kali ini salah satu jutawan di negara tersebut ingin ciptakan manusia abadi.

Mashable (02/04) melaporkan bahawa ada seorang jutawan asal Rusia ingin menggabungkan tubuh manusia dengan mesin agar tercipta tubuh manusia abadi.

Sebenarnya, jutawan yang bernama Dimitry Itskov ini sudah mula melakukan pembiayaan kepada beberapa saintis untuk merealisasikan ideanya tersebut sejak 2011, namun hingga sekarang pola yang diinginkan masih belum tercapai dan terus dibangunkan.

Prinsip kerja yang dikehendaki oleh Itskov adalah dengan menggunakan otak manusia yang masih aktif ke dalam tubuh sebuah manusia mesin atau cyborg. Dengan menggunakan otak aktif tersebut, maka manusia si pemilik otak akan tetap hidup hanya dalam balutan tubuh mesin bukan daging dan tulang seperti manusia pada umumnya.

Tidak hanya itu saja, apabila organ manusia tersebut sudah dapat terintegrasi sempurna dengan tubuh mesinnya, maka ingatan, keperibadian dan segala hal yang dimilikinya masih akan tetap ada atau tidak dipadam serta dia akan mendapatkan tambahan keupayaan lain seperti dapat berhubung dengan internet, bergerak dengan kelajuan cahaya sampai mampu untuk hidup di luar angkasa.

Boleh saja orang awam melihat idea yang cuba direalisasikan Itskov ini adalah suatu perkara yang tak masuk akal, namun sekarang ini sudah ada teknologi yang tercipta sedikit mirip seperti idea dia tersebut.

Teknologi yang dimaksudkan adalah teknologi yang membolehkan manusia untuk menggerakkan, mengendalikan dan mengawal sebuah mesin hanya dengan pemaksimalan kerja otak atau yang disebut dengan Brain-Machine Interface (BMI).

Memang apabila melihat dari pola ketukangan dan ideanya sangat bercita-cita tinggi dan menentang undang-undang alam terutama hukum Tuhan, namun Itskov yakin bahawa apa yang telah dia dan para saintis lakukan dapat tercapai.

Itskov menyebut projek pertamanya ini dengan nama Avatar A atau projek pembuatan tubuh mesinnya saja. Dijangka akan selesai sekitar tahun 2020 mendatang. Projek seterusnya yang bernama Avatar B atau projek untuk menginplan otak manusia aktif ke dalam tubuh mesin tersebut dijangka disiapkan sekitar tahun 2025.

Itskov menjadualkan pada tahun 2035, projek Avatar-nya itu dapat diuji dan diharapkan sekitar tahun 2045, projeknya itu sudah boleh beroperasi sempurna.

Mungkin bagi orang-orang yang masih memegang teguh agama dan kepercayaan, apa yang dilakukan Itskov ini adalah bentuk dari perlawanan terhadap Tuhan sebagai pencipta perseorangan makhluk hidup khususnya manusia.

Akan tetapi, mungkin bagi para saintis, idea dari Itskov ini menjanjikan sesuatu perkara baru yang sangat hebat. Bergantung dari sudut mana anda melihatnya

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA



" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Petua Tradisional Merawat Bayi Kembung Perut



1. Kebiasaannya bayi berusia 6 bulan ke atas mengalami kembung perut. Layurkan 2 helai daun sirih dan barutkan pada perut bayi.

2. Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

3. Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

4. Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

5. Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.

6. Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda

CARI MAMAT INDIA NI DAN REPORT KEPADA POLIS !!!!!!


CARI MAMAT INDIA NI DAN REPORT KEPADA POLIS!!!!!!

kronologi cerita begini ( PERISTIWA BERLAKU DI HIGHWAY KESAS ) :

1- saya memandu pulang dari KL ke Shah Alam melalui KESAS
2- seorang pamandu motor lalu di sebelah dan tunjuk isyarat tayar saya ada problem ( memandangkan sy teringat sebelum drive, tayar tersebut nmpk kempis, saya pun memberhentikan kereta )
3- india tersebut tunjuk tayar kereta berasap ( memang berasap, berkepul2 . saya pun cemas dibuatnya )

4- dia menyapa dan memperkenalkan dirinya Shamugan dari Honda Centre dan katanya brake tayar sy problem ( tanpa fikir panjang, dia minta sy ikut, dan cari kawasan selamat untuk diperiksa )
5- dia periksa sedikit, dan kata, dia kena panggil member dr honda juga untuk periksa dan lakukan pembaikan di situ juga ( lalu dia call kwnnya )

beberapa minit kemudian..

1- rakannya tiba ( imej dalam gmbr )
2- katanya calliper brake kena tukar
3- dia pergi ambil barang dan call tanya saya total harga RM 1580
4- dlm keadaan cemas, sy konfirmkan saja
5- call bapa saya, dan diminta supaya call produa
6- sy call perodua, perodua kata jangan buat apa2 pembaikan atau tiada guarantee lg nt.
7- sy minta si india td cancel dan pulang balik barang yang diambil
8- india tersbut marah dan minta juga sy bayar harga barang
9- sy minta mereka pasang semula , then baru sy perasan yang brake sy da tiada
10- mereka kata barang ada di kedai ( yang dorg amek spare part td )
11- sy minta mereka pulang balik, then baru sy bayar harga barang yg diambil
12- mereka berlalu dan minta sy tunggu , tetapi hampir sejam tidak muncul
13- tow truck dari perodua sampai membantu
14- setelah diperiksa, katanya tayar sy disimbah asid.

kereta di bawa ke Perodua Balakong , tetapi malang lagi kena tinggal kereta memandangkan stock calliper brake perodua tiada stock di seluruh malaysia kerana barang tersebut mmg susah rosak.

taktik yang digunakan :

- dia panggil kawan satu lg dtg, tp sy perlu menyamar kata sebagai jiran rumah memandangkan waktu bekerja, kononnya honda tak bagi keluar dan juga xbg tlg org tepi jalan

- bila peronda KESAS dtg, sy kena kata sy call pomen dan dia adalah pomen saya

- katanya tukar disitu juga dan kemudian amek resit dan klaim pada perodua tetapi pihak perodua pesan ( APA2 PEMBAIKPULIHAN DILUAR DARI PRODUA CENTER ADALAH DIBAWAH TANGGUNGAN PELANGGAN DAN WARRANTY TIDAK DAPAT DIGUNAKAN )


mereka ada 2 orang,

1- yang tegur tayar sy problem nama yang diberitahu Shamugan
2- kwnnya yg dtg ttbe nama yang diberitahu, Ramesh

laporan polis telah di buat di balai polis balakong, cuma minta bantuan kepada anda semua untuk sebarkan imej ini supaya beliau dapat ditahan oleh pihak berkuasa supaya tidak terjadi kepada orang lain juga..

sebarkan........ * berlaku pada diri saya - ainuddin hata - harap jadi pengajaran pada saya dan tidak terkena pada yang lain....


aku kopi pes saja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...