Hati-hati : Taktik Terkini Perompak Menggunakan GPS



Taktik Terkini Perompak Menggunakan GPS

Ni admin ada terbaca satu kisah tentang kes rompakan yang berlaku dengan menggunakan taktik yang mungkin tidak terfikir oleh kita semua, hanya dengan menggunakan GPS yang ada dalam kereta kita.. memang agak kreatif la perompak-perompak sekarang ni kan.. nak tahu lebih lanjut baca kisah ni

Satu petang saya mahu untuk meletakkan laptop saya di kerusi depan (sebelah pemandu) kereta saya. Semasa saya hendak membuka pintu kereta, saya mendapati ada lubang kecil di bawah handle pintu.

Ada orang yang telah menembak kereta aku!!

Kerana panik, saya menelefon seorang kawan yang punya bengkel kereta dan bertanya adakah dia pernah menemui kereta yang berlubang seperti di bawah handle pintunya.

“Ya, sudah beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Itu bukan lubang bekas peluru, tetapi pencuri yang merosakkan dengan maksud untuk masuk ke dalam kereta awak. Tidak ada alarm, dan tidak ada pecahan kaca”.

Apa yang menghairankan,tiada barang saya yang hilang. Malah mereka mengunci semula pintu kereta saya.

Empat hari kemudian, rumah saya kena rompak. Banyak barang berharga telah hilang.

Dan sekarang baru saya menyedari, semasa perompak itu memecah masuk kereta saya, mereka tidak mengambil apapun semasa itu, mereka cuma membuka GPS saya, dan mencari “HOME”…..

kan? bagaimana perompak dengan mudahnya mengenal pasti kediaman kita hanya dengan GPS yang terdapat dalam kereta kita.. sila kongsikan kepada teman-teman kita untuk keselamatan bersama.

Sumber : http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=352416

KLIK JA BUTANG@IKON KECIK FACEBOOK / TWITTER / BLOG KAT BAWAH UNTUK KONGSI BERSAMA RAKAN KORANG

Infografik : Evolusi Nokia

Klik Untuk Besarkan Gambar

KLIK JA BUTANG@IKON KECIK FACEBOOK / TWITTER / BLOG KAT BAWAH UNTUK KONGSI BERSAMA RAKAN KORANG

SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS : Planet-planet dan isi langit bergerak ikut orbit


Klik Untuk Besarkan Paparan


SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS


Planet-planet dan isi langit bergerak ikut orbit


Teori sains berkaitan perkara ini bermula pada 1621 oleh Johannes Kepler. (989 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M))

Dari hasil karangannya Mysterium Cosmographicum (The Sacred Mystery of the Cosmos) Edisi Kedua (1621)

Bukti Al-Quran mendahului sains:

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan (yang berbagai bentuk keadaannya) 

(Surah Az-Dzariyat: ayat 7)

Sumber : 
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=387542821294669&set=a.387542264628058.78968.100001168626461&type=1&theater

KLIK JA BUTANG@IKON KECIK FACEBOOK / TWITTER / BLOG KAT BAWAH UNTUK KONGSI BERSAMA RAKAN KORANG

SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS : Kewujudan DNA sebagai pembawa infomasi genetik

Klik Untuk Besarkan Paparan

SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS

Kewujudan DNA sebagai pembawa infomasi genetik

Tahukah anda bahawa DNA diturunkan dari  generasi ke generasi, dan dengan DNA lah boleh memberi jawapan kepada kita tentang siapa ibu bapa genetik kita, siapa nenek moyang kita, keturunan apakah kita, dan sebagainya? DNA atau nama saintifiknya Deoxyribonucleic acid membawa informasi genetik yang dipanggil genes, didapati dari keturunan kita (ibu-bapa-nenek-datuk-moyang). 

DNA mengandungi hidrogen, oksigen, nitrogen, karbon, dan fosforus. DNA mula dijumpai Friedrich Miescher pada 1869. kemudian dikaji lagi oleh William Astbury (1937) serta James D Watson & Francis Crick (1953). (1237 tahun selepas Rasulullah saw wafat (632M))

Watson J.D. and Crick F.H.C. (1953). "A Structure for Deoxyribose Nucleic Acid". Nature Journal

Bukti Al-Quran mendahului sains:

Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).
(Surah Al-Furqan: ayat 54)

Sumber : SINI

KLIK JA BUTANG@IKON KECIK FACEBOOK / TWITTER / BLOG KAT BAWAH UNTUK KONGSI BERSAMA RAKAN KORANG

Kesihatan : Digalak berbuka sebiji tamar




BERPUASA kepada pesakit diabetes jenis 2 mungkin memberi cabaran tersendiri kepada mereka yang mengalaminya, tetapi dengan pengetahuan tepat dan amalan sihat mengikut saranan doktor, semua penghidap kencing manis mampu menjalani ibadat wajib itu tanpa komplikasi memudaratkan.
Bagi penghidap diabetes atau kencing manis, mereka perlu mengadakan perbincangan terlebih dulu dengan doktor mengenai sebarang perubahan gaya hidup termasuk amalan berpuasa supaya maklumat tepat dan nasihat sewajarnya dapat diberikan.
Ketua Unit Diabetes dan Endokrin Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin berkata, demi keselamatan mereka, penghidap diabetes yang tinggal sendirian perlu memaklumkan kepada rakan atau keluarga terdekat mengenai niat berpuasa supaya boleh dibantu sekiranya berlaku sebarang komplikasi.

Beliau berkata, dalam kalangan penghidap diabetes warga emas, paras gula yang rendah dalam tubuh ketika berpuasa boleh mengakibatkan mereka pengsan, cepat lupa dalam jangka masa panjang boleh menjurus kepada masalah nyanyuk serta boleh terkena serangan sakit jantung bagi pesakit yang turut mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah dan kolesterol tinggi.

“Namun jangan terkejut kerana diabetes bukan lagi penyakit orang tua, sebaliknya dua daripada 100 orang didapati sudah mendapat diabetes seawal usia 17 tahun dan dalam kalangan yang berusia 30 tahun, didapati satu daripada 20 orang atau lima peratus daripada populasi dewasa dikesan menghidap penyakit ini.

“Jadi bagi mereka yang memasuki usia 30 tahun, disaran menjalani pemeriksaan gula dalam darah kerana 44 peratus penduduk di negara ini mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Hiploglisemia Ramadan 2012 anjuran MSD.

Ini adalah diabetes paling lazim berlaku dan pada skala global, ia dihidapi lebih 220 juta orang atau kira-kira 90 peratus pesakit diabetes di seluruh dunia. Penyakit diabetes jenis 1 biasanya dihidapi kanak-kanak akibat masalah kelenjar pankreas yang berlaku sejak lahir di mana ia tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya atau tiada penghasilan insulin langsung bagi mengangkut gula dalam darah.

Fakta menarik adalah 80 peratus daripada penghidap diabetes jenis 2 (diabetes orang dewasa) tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana tinggi dan berusia pada peringkat usia pertengahan, iaitu antara 45 hingga 64 tahun.

Keadaan yang serius ini menyaksikan bilangan penghidap diabetes dianggarkan meningkat daripada 171 juta orang pada 2000 kepada 366 juta menjelang 2030.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dalam tempoh 18 tahun dari sekarang, pesakit diabetes di Malaysia dianggarkan mencecah 2.48 juta orang.

Diabetes pada orang dewasa ini berbeza dengan diabetes kanak-kanak (jenis 1).
Diabetes pada orang dewasa berlaku apabila wujud rintangan terhadap insulin di mana badan tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan sedangkan pankreas terus menghasilkan hormon ini. Insulin berperanan seperti kenderaan yang mengangkut gula dalam darah masuk ke dalam sel untuk ditukarkan ke bentuk tenaga.

Oleh kerana berlaku rintangan insulin, maka gula tidak dapat diangkut masuk ke dalam sel dengan cekap. Lama kelamaan gula akan berkumpul dan parasnya meningkat dalam darah. Inilah yang menyebabkan seseorang itu mengalami diabetes.

Dr Nor Azmi yang juga Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia berkata, penghidap diabetes perlu bijak menjaga dan memilih makanan sihat kerana pemakanan ketika berbuka puasa dengan pelbagai kuih-muih manis boleh membuatkan penyakit mereka semakin sukar dikawal.

Katanya, sebaiknya bagi menjaga paras gula dalam darah supaya sentiasa normal, digalakkan berbuka puasa hanya dengan sebiji kurma, satu atau dua jenis kuih tanpa minuman manis, kemudian menunaikan solat terlebih dulu sebelum makan malam.

“Ini kerana dalam tubuh ada sejenis hormon yang naik mendadak kerana rasa lapar akibat berpuasa sepanjang hari dan mengakibatkan kita makan terlalu banyak ketika berbuka, tetapi sekiranya kita makan sedikit dulu dan beri masa pada tubuh sebelum makan malam, maka paras hormon ini akan menurun. Ia secara tidak langsung akan membuatkan kita makan dengan lebih berhemah.

“Cara makan sebegini bukan saja sesuai untuk mereka yang mahu menjaga kesihatan, tetapi juga bagus bagi individu yang mencuba menurunkan berat badan sepanjang Ramadan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat salah tanggapan mengenai Ramadan dalam kalangan penghidap diabetes bahawa paras gula dalam tubuh mereka akan turun kerana tidak menjamah makanan sedangkan ia tidak benar.

Ini kerana tubuh tetap menghasilkan gula walaupun individu tidak mengambil sebarang makanan dalam tempoh berminggu. Ramai tidak tahu bahawa tiada pengeluaran insulin, paras gula dalam darah akan naik.

“Disebabkan itu, penghidap diabetes mesti bersahur bagi mengelak gula mereka daripada naik kerana tidak makan sepanjang hari,” katanya.

Penterjemah sambilan, Muhammad Kamal Muda, 46, berkata beliau disahkan menghidap diabetes 2005 selepas didesak isterinya supaya membuat pemeriksaan apabila menunjukkan simptom seperti mudah penat dan berat badan turun mendadak hampir 20 kilogram dalam tempoh empat bulan.

Sebaik mengetahui keputusan doktor itu, pada mulanya beliau mencari rawatan alternatif termasuk ubatan tradisional, tetapi kemudian beralih ke hospital kerajaan selepas keadaan gulanya tidak terkawal.

“Saya seorang yang suka makan, itulah masalahnya, tetapi sejak disahkan menghidap diabetes, saya kini lebih menjaga diet dengan makan sedikit dalam satu masa termasuk mengambil ubat bagi mengawal paras gula.

“Sebelum ini saya sangka jika kita berpuasa dan tidak makan apa-apa, paras gula akan turun, tetapi sebenarnya kita perlu menjaga pemakanan demi mengawal paras gula.

“Pengetahuan mengenai penjagaan paras gula supaya sentiasa normal perlu dicari daripada yang pakar dan melalui pembacaan bahan ilmiah perubatan, bukan sekadar mendengarnya daripada rakan-rakan,” katanya.

Selain mengambil ubat dua kali sehari, bapa kepada empat anak itu kini mengamalkan berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer setiap pagi dan hasil penjagaan makanan, beratnya kini di paras ideal.

Sementara itu, Pengarah Urusan MSD, Ewe Kheng Huat berkata, pihaknya memperkenalkan aplikasi mudah alih MSD yang membantu pesakit merekod bacaan gula mereka dan berkongsi dengan doktor masing-masing supaya paras gula dalam darah dapat dipastikan sentiasa berada dalam keadaan normal sekali gus kesihatan terpelihara.

Beliau berkata, aplikasi itu yang serasi dengan peralatan Apple seperti iPhone, iPod Touch dan iPad, boleh dimuat turun secara percuma melalui Kedai Aplikasi iTunes, dan boleh didapati di empat negara iaitu Malaysia, Arab Saudi, United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Arab.

“Ciri aplikasi ini menyediakan sokongan tambahan kepada mereka yang berpuasa dengan membolehkan paras gula direkod dengan mudah dan boleh disimpan dalam bentuk fail PDF atau dihantar ke akaun e-mel doktor.

“Aplikasi juga menyediakan petua dan maklumat untuk pengguna mengenai amalan berpuasa, selain waktu solat dan waktu berbuka,” katanya.

Ewe berkata, selain aplikasi berkenaan, pihaknya ada mengedarkan risalah maklumat, ‘Fakta-Fakta Mengenai Amalan Berpuasa Pada Bulan Ramadan’ bagi dijadikan panduan oleh pesakit diabetes beragama Islam.

Risalah itu turut memuatkan petua sebelum berpuasa, penjejak paras gula dalam darah setiap hari serta takwim untuk mencatat waktu solat dan berbuka. Ia boleh didapati di semua pejabat Persatuan Diabetes Malaysia seluruh negara dan kebanyakan klinik, hospital dan farmasi.


Faktor penyumbang diabetes:

  • Pertambahan berat badan, kegemukan
  • Kurang bersenam
  • Usia meningkat
  • Kerintangan terhadap insulin
  • Sejarah diabetes dalam keluarga
  • Keadaan intrauterus tidak optimum
  • Kumpulan etnik, kadar penyakit kencing manis juga dilaporkan lebih tinggi dalam kalangan masyarakat berketurunan Asia, Afrika, penduduk asli Amerika serta Australasia.
  • Wanita yang pernah dikesan mendapat diabetes ketika hamil juga mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kencing manis di kemudian hari.


    Fakta mengenai diabetes jenis 2:
  • Jenis penyakit kencing manis paling lazim berlaku.
  • Dihidapi lebih 220 juta orang atau kira-kira 90 peratus pesakit diabetes di seluruh dunia.
  • 80 peratus daripada penghidapnya tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana tinggi.
  • Majoriti penghidap berusia pada peringkat usia pertengahan iaitu antara 45 hingga 64 tahun.
  • Bilangan penghidap diabetes dianggar meningkat daripada 171 juta orang pada 2000 kepada 366 juta menjelang 2030.
  • Menurut WHO, dalam tempoh 18 tahun dari sekarang, pesakit diabetes di Malaysia dianggarkan mencecah seramai 2.48 juta.

  • Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/22

    Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Digalakberbukasebijitamar/Article/index_html

    KLIK JA BUTANG@IKON KECIK FACEBOOK / TWITTER / BLOG KAT BAWAH UNTUK KONGSI BERSAMA RAKAN KORANG
  • Dalam Negeri : Nahas heli: 2 mayat ditemui, seorang masih hilang

    helikopter jenis Eurocopter EC 120 inilah yang terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman pagi semalam. – Foto Bernama

    21 Julai 2012

    KUCHING - Nelayan pagi tadi menemui mayat juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, salah seorang daripada tiga penumpang yang hilang selepas pesawat Eurocopter EC 120 yang mereka naiki jatuh terhempas dekat muara Lingga, Sri Aman, semalam.
       
    Mengesahkan demikian, timbalan pesuruhjaya polis Sarawak, SAC Datuk Law Hong Soon berkata mayat Siti Khuzaimah, yang dihanyutkan arus deras Batang Lupar, dijumpai kira-kira pukul 11.10 pagi.
       
    "Mayat sudah dibawa ke Sebuyau untuk dihantar ke hospital terdekat di Simunjan bagi tujuan bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
       
    Law berkata gerakan tiga pihak mencari dan menyelemat yang diselaraskan dari udara, darat dan laut ditingkatkan dalam usaha mencari dua lagi penumpang helikopter itu, jurutera Peter Ato Mayau, 53, dari Sebiro Holdings dan arkitek Henry Lau Tee Yong, 42, yang masih belum ditemui.
       
    Jabatan Penerbangan Awam mengerahkan kakitangannya ke kawasan kemalangan, kira-kira 150km dari sini bagi menyiasat punca nahas, manakala siasatan awal mendapati helikopter milik Sebiro itu tenggelam sebaik sahaja terhempas, katanya.
       
    Nelayan menyelamatkan juruterbang pesawat malang tersebut, Rico Steger, 35, berasal dari negara Jerman, yang berenang selama empat jam di arus deras selepas nahas berlaku.
       
    Juruterbang itu sedang mengangkut ketiga-tiga mangsa dari Kuching untuk membuat tinjauan satu projek di Nanga Merit, Kapit, kira-kira pukul 2 petang semalam ketika kemalangan terjadi. Mayat seorang lagi penumpang yang hilang, jurutera Sebiro Holdings Peter Ato Mayau, antara empat orang yang menaiki Eurocopter EC 120 yang terhempas dekat muara Lingga, Sri Aman semalam ditemui tengah hari ini.
       
    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon berkata mayat Ato dijumpai dihanyutkan di pantai Kampung Tebelu, Sebuyau oleh orang-orang kampung yang membantu operasi mencari dan menyelamat pada kira-kira 2 petang.
       
    Mayatnya dihantar ke hospital terdekat di Simunjan untuk bedah siasat, kata Law kepada Bernama di sini.
       
    Ato, 53, yang berkhidmat sebagai naib-presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, disebut-sebut akan bertanding di kawasan parlimen Mambong dalam pilihan raya umum akan datang.
       
    Terdahulu, Law mengesahkan mayat seorang lagi penumpang juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, yang ditemui nelayan tempatan pagi ini juga dihantar ke Simunjan untuk bedah siasat.
     
    Law berkata gerakan tiga pihak mencari dan menyelamat yang diselaraskan dari udara, darat dan laut ditingkatkan bagi mencari baki seorang lagi penumpang helikopter itu, arkitek Henry Lau Tee Yong, 42.  
       
    Jabatan Penerbangan Awam mengerahkan kakitangannya ke kawasan kemalangan, kira-kira 150km dari sini bagi menyiasat punca nahas, manakala siasatan awal mendapati helikopter milik Sebiro itu tenggelam sebaik sahaja terhempas di perairan, katanya.
       
    Nelayan menyelamatkan juruterbang pesawat malang tersebut, Rico Steger, 35, berasal dari Jerman, yang berenang selama empat jam dalam arus deras selepas nahas berlaku. – Bernama


    p/s : AL-FATIHAH kepada mangsa yang beragama ISLAM ...

    Renungan : “Kakak, boleh berikan saya segelas air?”



    Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

    “Kakak, boleh berikan saya segelas air?”

    Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

    “Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

    “Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

    “Tak perlu bayar.”

    “Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

    “Kalau begitu bayarlah dengan ucapan
    "ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”

    “Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak”

    Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.

    Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

    Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.

    Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.

    Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

    “Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

    Pengajaran ::
    Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.

    Renungkanlah Firman ALLAH yang bermaksud, “Berbuat baiklah (kepada hamba ALLAH ) seperti mana ALLAH berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” - Surah al-Qasas, ayat 77

    Rasulullah SAW bersabda," Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - Hadis Riwayat Muslim

    Disalin dan diadapatasikan semula oleh RP dari Majalah Solusi.

    Sumber : http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=349675

    KISAH BENAR 15/7/2012 Berlaku Tak Sampai 24 Jam Di Hiway LEKAS




    Nak SHARE story dgn rakan2 kat dlm CG. Semlm sy g KL sebab ade keje2 yg perlu diuruskan. Sy ditemani oleh isteri sy. Dlm perjalanan blk ke rmh (seremban) sy ikut highway LEKAS. Disebabkan terlalu penat (sy tgh demam) mse drive sy stop kt R&R Beranang dlm pkl 3pg. Sy dan isteri park kereta (myvi), off engine & buka sedikit tingkap utk pengudaraan lps tu tido. Dlm pkl 3.10 pg isteri sy kejutkan sy bila sy bgn ade 4 org lelaki berbangsa india (Penyamun) mengepung kereta sy dan cube umpil pintu kereta. Sy terkejut terus hidupkan kereta & cube beredar dr situ. Salah seorng dr mereka cube cederakan sy dgn menjolok pembuka tayar kereta kat tingkap yg terbuka sedikit tp sy sempat pegang dan terlps dr tangan dia. Sy terus drive tp laluan R&R keluar ke highway diaorg block dgn kereta diaorg (Waja Kelabu/Coklat) sy terpaksa lawan arus keluar ikut jln msk ke R&R. Sy terus pecut kereta sambil call 999 utk bantuan dlm mase sama diaorg kejar sy dan cube langgar kereta sy dr belakang. Plg best mase ckp dgn operator kecemasan sy bgtau dia situasi sy dia ckp “Encik sila pergi ke balai berdekatan” padahal time tu mmg tgh pecut & penyamun tu tgh kejar (mcm dlm movie pun ade) siap sy bgtau operator tu “diaorg tgh kejar sy & cube langgar kereta sy” dgn nada selambe dia ulang ayat sama. Sy letak hp trus pecut dlm 140-160kmj penyamun tu kejar sy dari R&R Beranang smp Exit Tol Setul (Seremban) antara R&R Beranang dan  Tol Setul ade 2 exit lg (Nilai/Pajam & Mantin) nk bgtau yg diaorg ni nekad nk samun sy sanggup kejar smp ke Tol Setul (dlm 20km). Smp kat Tol sy perlahankan keta sebab kat situ dh ade org (mase kene kejar ade selisih dgn sebuah kereta je punye sunyi Highway ni)diaorg trus potong dan kluar dr tol sy msk laluan sama tanya budak jaga tol td “dik kereta dpn tu india 4 org kan” utk dptkan kepastian. Dia ckp ye lps tu sy ckp la sy hamper kene samun kebetulan kt situ ade peronda LEKAS sy btau diaorg psl kejadian td trus escort ke Balai Mantin buat Repot Polis. Polis ckp sy bernasib baik sebab bertindak cepat kalau x xtau la ape akan jd kt sy & isteri.
    Sy nk nasihatkan pemandu2 yg gune highway LEKAS lps pkl 12 mlm jgn la berhenti kat kwsn R&R sebab bahaya walaupun diaorg ckp ade guard tp sy x nampak pun batang hidung mse berhenti.

    Sumber : http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=349178

    Dalam Negeri : Keluarga Dakwa Wanita Bersama Lelaki Mengamuk Mungkin Dipukau


    Ibu Muhdalina, Siti Marliah Marjunit mendukung anak suspek, Mia Ratisha, sambil mengawasi Mohd Faiz Khorizmi di hospital Putrajaya.
    PUTRAJAYA: Keluarga Muhdalina Ahmad yang bersama lelaki mengamuk dengan pedang pedang samurai, Khalil Afandi Abd Hamid mendakwa wanita itu mungkin dipukau.
    Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Yusof, berkata dia telah berkelakuan ganjil baru-baru ini.
    "Saya perasan dia sangat obses tentang lelaki itu walaupun hanya mendapat tahu tentang dirinya melalui blog," katanya, sambil menambah bahawa dia mengetahui tentang hubungan dalam talian antara isterinya dengan lelaki terbabit.
    "Saya rasa dia hanya mengenalinya minggu lepas. Saya tidak fikir dia dengan mudah akan mengikut lelaki itu untuk melakukan perkara-perkara seperti itu. Mungkin dia telah dipukau," kata Yusof, yang berasal dari Klang yang datang melawat Muhdalina yang sedang dirawat kerana cedera terkena tembakan di hospital dekat sini.
    Pekerja di Pelabuhan Klang itu berkata dia dan isterinya tinggal bersama dua anak mereka, Mohd Fariz Khorizmi, 2, dan Ratisha Mia, 1, di Rantau Panjang, Klang.
    Pemeriksaan di wad pengasingan hospital mendapati seorang wanita berselendang hitam berbaring di atas katil yang dijaga oleh dua anggota polis wanita. Dia telah diletakkan di bawah reman oleh pihak polis.
    Bapanya, Ahmad Adam, penjual nasi lemak berkata keluarganya tidak percaya apa yang Muhdalina lakukan, sambil menambah Muhdalina adalah seorang anak yang baik.
    "Walaupun dia merupakan graduan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), pengetahuannya tentang Islam adalah seperti orang biasa. Kami juga tidak tahu apa-apa tentang lelaki itu sehingga dia menjadi tajuk utama dalam akhbar.
    "Saya rasa anak perempuan saya telah terpengaruh dengan lelaki yang mendakwa dirinya Imam Mahadi itu," kata bapa berusia 55 tahun, sambil menambah Muhdalina, anak kedua daripada empat adik-beradik, telah berhenti bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat swasta tanpa memberitahu mereka.
    "Saya tidak sangka ini boleh berlaku. Anak perempuan saya menjalani kehidupan yang biasa. Mungkin ini berlaku kerana dia suka melayari internet," katanya.
    "Saya minta maaf di atas apa yang dia lakukan," katanya, sambil menambah bahawa beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas diminta untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

    Seram : Pontianak Di Balai Polis



    BETONG: Gangguan kemunculan lembaga berambut panjang di bangunan baru Ibu Pejabat Polis (IPD) Betong di sini, selepas sebulan berpindah ke lokasi itu kini memasuki episod baru apabila makhluk jelmaan menyerupai wanita itu dikatakan beralih angin dan sering merayau di kediaman pegawai pula.
    Jelmaan wanita terbabit dikatakan sering dilihat sekitar kediaman beberapa pegawai IPD berkenaan, malah kelibat menyeramkan itu didakwa turut dilihat penduduk kawasan berdekatan ketika melalui bangunan itu, kira-kira jam 2 pagi.

    Lembaga itu dikatakan berpakaian lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang dan dilihat sering merayau sekitar kediaman pegawai setiap awal pagi sebelum menghilangkan diri.
    Beberapa pegawai di IPD itu mendakwa pernah melihat kelibat wanita berjalan sendirian, malah lebih mengerikan apabila lembaga itu pernah menjenguk kepalanya menerusi tingkap di sebuah kediaman didiami pegawai.

    “Kami pernah melihat kelibat seorang wanita berdiri berdekatan tingkap sebelum menghilangkan diri. Kejadian ini sering berlaku terutama pada awal pagi dan wanita terbabit dikatakan berlegar-legar sekitar kediaman pegawai.

    “Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah dalam lokap pun turut berlaku gangguan tetapi dipercayai oleh makhluk lain,” kata pegawai terbabit yang yang enggan dikenali.
    Menguatkan lagi dakwaan itu apabila ada beberapa penduduk berhampiran terserempak dengan lembaga menyerupai pegawai di atas bumbung rumah terbabit.

    Kejadian berlaku beberapa bulan lalu apabila individu berkenaan melihat kelibat ‘pegawai’ berkenaan di atas bumbung pada jam 2 pagi.
    “Namun, tidak lama selepas itu, ‘pegawai’ berkenaan dikatakan menghilangkan diri dan apabila ditanya pada keesokan hari, pegawai terbabit menafikan dia berada di atas bumbung rumahnya pada waktu itu,” katanya.

    Katanya, beberapa anggota bertugas juga pernah melihat kelibat individu tidak dikenali sedang tidur dalam lokap pada waktu malam dan keadaan itu bukan saja membuatkan mereka ketakutan, malah tahanan sendiri merayu supaya dipindahkan ke lokap lain.

    Sebelum ini, IPD Betong menjadi tumpuan apabila kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam selepas sebulan berpindah.

    Kejadian berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu.

    Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD berkenaan. Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga yang ‘menyamar’ rakan setugas mereka.

    Turut didakwa berlaku gangguan menyebabkan seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap bangunan berkenaan selepas melihat lembaga menyeramkan itu berdiri di depannya. Berikutan itu, pengurusan IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang pengamal perubatan Islam bagi ‘menangkap’ lembaga berkenaan.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai enggan mengulas lanjut sambil menjelaskan kes itu bukan berkaitan jenayah.


    Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lembagapindahrumah/Article/index_html

    Dalam Negeri : Amukan Di Putrajaya , SUSPEK Maut






    PUTRAJAYA 9 Julai - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.
    Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
    Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
    Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
    Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
    Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
    Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN

    Perbezaan Didikan Anak Lelaki & Perempuan

    Klik Untuk Besarkan


    Video : Iklan Anti Merokok Terbaik Yang Pernah Dihasilkan



    Sebuah video iklan anti-merokok di Thailand menerima banyak pujian setelah dimuat ke laman web Youtube. Dalam video itu diperlihatkan dua anak kecil berpura-pura meminjam mancis buat menyalakan rokok tapi ditolak mentah-mentah oleh para perokok dewasa.
    Sejak dimuat pada 21 Jun lalu oleh pemilik akaun EyadAlasibi, video itu sudah disemak lebih dari dua juta orang. Tercatat 18 ribu orang lebih menyukai isi tayangan itu dan yang menuliskan pendapat dalam kolom komentar hampir dua ribu orang.
    Tayangan video berjudul Smoking Kid dibuat oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thailand. Di awal terlihat beberapa perokok dewasa sedang asyik merokok. Mereka tidak sedar sedang diambil gambar lantaran dilakukan dengan kamera tersembunyi.
    Tiba-tiba saat sedang asyik mengepulkan asap kenikmatan, masing-masing perokok di tempat berbeza itu didatangi kanak-kanak, satu lelaki dan perempuan. Perokok dewasa, lelaki dan perempuan, terkejut ketika si budak hendak meminjam maancus sambil mengeluarkan sebatang rokok.
    Lucunya para perokok dewasa itu tidak mahu meminjamkan mancis kepada para budak itu. Bahkan dalam salah satu adegan, seorang perokok wanita mengatakan hal itu tidak baik untuk kesihatan dan menyuruh kanak-kanak itu berhenti merokok. Ada salah satu perokok lelaki sempat menceramahi budak itu jika kegiatan merokok itu boleh menyebabkan kanser, emfisema, stroke, dan lain-lain.
    Saat asyik menceramahi, tiba-tiba para budak itu balik bertanya, “Jadi kenapa anda merokok?” Langsung saja para perokok dewasa itu tidak terkata menghadapi soalan itu. Sejurus kemudian, anak lelaki dan perempuan itu menyodorkan sebuah kertas mengandungi kalimat berbunyi, ‘anda peduli dengan saya. Lalu kenapa anda tidak peduli dengan diri anda? Ingatkan diri anda adalah langkah yang paling berkesan buat berhenti merokok. ‘
    Setelah kedua-dua anak kecil itu meninggalkan masing-masing perokok, mereka pun terdiam. Ekspresi wajah mereka berbeza-beza. Ada yang terkejut, terdiam, menggaru kepala, dan langsung memasukkan kertas itu terus ke saku seluar.

    Video : Khairul Fahmi Che Mat Jadi Orang Nepal


    bila pemain bola jadi pelakon ... hehe ... layan gak la ...

    Euro 2012 : Final Sepanyol - Itali (Highlight)

    pagi2 buta tadi , sempat layan separuh masa ja ... masa tuh 2-0 ... bangun tido , terus bukak livescore.com terus full result ... 4-0
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...