Perkongsian Artikel & Berita Menarik Sahaja. TIADA ARTIKEL ARTIS, POLITIK & LUCAH DI SINI.
Semasa : CEUPACS minta kaji gaji pembantu tadbir
KUALA
LUMPUR: CUEPACS mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula
selain membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26
kepada gred bersepadu N42.
Cadangan
itu bagi membolehkan kenaikan kerjaya dan pangkat lebih luas kepada 80,000
pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan.
CUEPACS
juga mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau
pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan
sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran.
Presidennya,
Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan melalui
suruhanjaya khas penambahbaikan sistem saraan baru perjawatan awam yang akan
ditubuhkan tidak lama lagi.
Katanya,
kajian gred kelompok kakitangan kerajaan itu perlu dilakukan sejajar perubahan
tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat.
“Cadangan
sebenar (gred minimum) dibincang pada 12 hingga 14 Jun ini dalam bengkel
semakan skim gred gaji penjawat awam anjuran CUEPACS di Muar, Johor.
“Cadangan
dibawa kepada suruhanjaya yang akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua
Setiausaha Negara (KSN),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-16
Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan (KEPTAN) Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Mengulas
lanjut, Omar berkata, kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan
menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan.
“Gred
(minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir
kerajaan juga perlu dikaji semula,” katanya.
Katanya,
kenaikan gred bersepadu memberi mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu
yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa
perlu merujuk kepada kelulusan akademik.
“Maknanya
(bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira
pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua boleh dapat gred ini,
hanya mereka yang layak,” katanya.
Kesihatan : Waktu Terbaik Minum Air Masak
SUDAH
menjadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tidak kiralah air
itu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat
membasahi tekak masing-masing. Tapi, sebaik-baiknya biarlah air masak yang
menjadi pilihan utama.
Kenapa
air masak???
Air
masak ini akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh
serta membantu mengurangkan berat badan kita. Sebabnya, bila air dalam badan
kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh.
Sekarang
jom kita lihat pula bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika
haus.
1.
Sebelum tidur
Minum
segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena
serangan jantung dan juga strok.
Di
mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang
dicatatkan di Malaysia.
2.
Bangun tidur
Minumlah
2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.
3.
Sebelum mandi
Ada
baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah
serta mengurangkan tekanan darah kita.
4.
Sebelum makan
30
minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini
didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk
menerima makanan.
Alhamdulillah…
sekarang kita dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata,
jangan lupa amalkannya ya!
Semasa : Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok – 1 Jun 2012
Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog,
Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih
bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun
ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan
bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta
Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui
rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang
pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack
akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan
dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya
seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara
menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan
dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan
didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan
komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang
pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan
dianggap sebagai menerbitkannya.
Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk
menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang
menerbitkannya.
Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk
menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar
pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda
akan bertanggungjawab ke atasnya.
…dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh
dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan.
Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh
menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.
Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk
seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun
untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar
perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara
kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab
terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya
diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.
Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian
internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang
dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian
hari.
Seram : Hantu Penanggalkah Ini?
SEDIM- Penemuan objek menyerupai wajah manusia bersaiz
sebiji buah kelapa yang berterbangan di ketinggian kira-kira 3 meter dicelah
pokok di Banjaran Gunung Inas,disini jam 2.30 petang menjadi tanda tanya.
Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang
dirakamkan wartawan Sinar Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu
bertujuan menjaga kawasan hutan sebelum diteroka.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di
Kampung Padang Tembak berkata,objek yang
dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan.
dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan.
Menurutnya,ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika
dahulu dituntut terutama bagi golongan wanita.
“Bagi wanita bergungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi
lelaki ia mampu membuatkan mereka kebal dan kelihatan hebat”,katanya.
Ramli berkata,pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar
pada waktu malam.Kepala pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika
keluar mencari makan.
“Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai
makanan dalam hutan.Pada waktu malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya
ditempat lain.
“Pada waktu malam,lembaga ini akan terbang dan akar terjurai
akan menghasilkan cahaya.Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia.”
katanya.
Ramli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu
mungkin secara tidak sengaja kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki
keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu mungkin dapat melihatnya.
“Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi
merakamkannya dalam kamera melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.
“Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan,tanglung
boleh mengakibatkan mangsa menjadi demam dan berada dalam ketakutan,”katanya.
Menurutnya,ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan
tradisional mampu bercakap dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk jelmaan
atau rasukan itu boleh mengenali mereka.
“Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan
Al Quran dan minta pada ALLAH untuk memastikan segala kesulitan dan masalah
dirungkaikan.
“Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat
tetapi ia dilaknati ALLAH kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan
syaitan.” katanya.
Sukan : Malaysia kejut Pakistan
SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah berkenan bertemu pemain
selepas Malaysia mengejutkan Pakistan di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi.
Malaysia menang 3-2.
Muhammad Razie ledak gol kemenangan seminit sebelum tamat
JARINGAN Muhammad Razie Abd Rahim seminit sebelum tamat
perlawanan membantu tuan rumah, Malaysia mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke
atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam
tadi.
Ketika perlawanan tampak menuju seri 2-2, pakar pukulan
sudut penalti negara itu menguis kencang melepasi celah kaki penjaga gol
Pakistan, Imran Shah untuk menghasilkan kemenangan pertama negara dalam kejohanan
edisi ke-21 itu.
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia yang memburu kemenangan
pertama sebaliknya tambah tertekan apabila lawan mendahului 2-0 selepas 12
minit saingan berlangsung.
Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit ke-4
diikuti oleh Shafqat Rasool lapan minit kemudian.
Begitupun anak buah Tai Beng Hai bangkit melawan dan Amir
Farid Ahmad Fuzi menyemarakkan semangat tuan rumah apabila menolak ke dalam
gawang bola yang melantun ke arahnya dari tampanan pemain lawan, Rashid Mahmood
sejurus sebelum rehat.
Malaysia menggandakan usaha pada babak kedua dan berjaya
menekan hebat kubu lawan. Usaha mereka berhasil apabila penjaring prolifik,
Faisal Shaari menyamakan kedudukan pada m-48.
Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas
2-1 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan pasukan
Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan
kelebihan jaringan.
Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27)
mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya.
Manakala gol New Zealand disumbangkan oleh Andy Haward (62).
Kes bunuh Sosilawati: ‘Pathma untung atas angin’
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu
bekas peguam N Pathmanabhan tidak mempunyai wang dalam akaun dan hanya membuat
untung atas angin melalui jual beli tanah antara dia, Datuk Sosilawati Lawiya
dan Ample Quality Sdn Bhd.
Bagaimanapun, cadangan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris
Zainuddin itu disangkal Pathmanabhan, tertuduh pertama kes bunuh Sosilawati dan
tiga lain, semasa bela diri, semalam.
Hujahan pihak pendakwa sebelum ini menyatakan Sosilawati
membayar RM3 juta ke akaun pelanggan firma guaman Pathma Nalli & Partners
pada 3 Ogos 2010.
Pathmanabhan mengaku membuat pengeluaran daripada akaun
pelanggan tersebut dan memasukkan ke akaun peribadinya dengan alasan transaksi
itu sah kerana mempunyai surat kuasa yang ditandatangani Sosilawati.
Saiful Edris kemudian mencadangkan surat dimaksudkan
sebenarnya dibuat Pathmanabhan sendiri pada 30 Ogos 2010, tapi diletakkan
tarikh 11 Ogos 2010.
Ishak: Kalau Sosilawati yang keluarkan surat itu, dia mesti
guna kepala surat syarikatnya, Southern Simphony?
Pathmanabhan: Tidak. Dia datang ke pejabat saya di Banting.
Masa itu dia tidak bawa kepala surat dan dia arahkan saya buat surat itu untuk
ditandatangani.
Cadangan Saiful Edris itu seiring dengan soal balas Timbalan
Pendakwa Raya Ishak Abdul Ghani yang mencadangkan sebenarnya Pathmanabhan
memaksa Sosilawati menandatangani surat itu di Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010.
Ishak: Apabila dia tidak mahu tanda tangan, awak arahkan
pekerja ladang pukul tiga yang lain.
Pathmanabhan: Tidak setuju.
Ishak: Selepas awak dapat tanda tangan beliau, awak arahkan
pekerja habiskan mereka dan bunuh di depan mata awak?
Pathmanabhan: Tidak setuju.
Ishak turut menarik perhatian mahkamah apabila beliau
bertanya mengenai seseorang yang disebut sebagai T Selvi.
Ishak: Apa pertalian kamu dengan dia?
Pathmanabhan: Dia klien saya.
Ishak:Apa berlaku padanya?
Pathmanabhan: Dia telah dibunuh.
Ishak: Saya cadangkan awak pinjam wang daripadanya?
Pathmanabhan: Tidak setuju.
Perbicaraan di hadapan Hakim Akhtar Tahir bersambung hari
ini.
Krisis Syria: Barat mula usir diplomat kanan Syria
DAMSYIK - Kuasa-kuasa Barat utama mula mengambil keputusan
untuk mengusir diplomat-diplomat Syria dari negara masing-masing ekoran
kematian 108 orang di kawasan Houla, Jumaat lalu.
Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom, Jerman, Itali,
Sepanyol, Kanada, Australia dan Belanda mengambil tindakan diplomatik ke atas
kedutaan Syria di negara masing-masing.
Kebanyakan mangsa di Houla dipercayai dihukum mati, kata
laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Presiden Syria, Bashar al-Assad memberitahu duta PBB bahawa
"pengganas" harus dipersalahkan atas keganasan terbaru minggu lalu.
Bashar memberitahu Utusan PBB, Kofi Annan yang mengadakan
lawatan ke Damsyik bagi pihak PBB dan Liga Arab bahawa pengganas telah
mempertingkatkan kegiatan mereka di seluruh Syria termasuk membunuh dan
menculik.
Mufti Perak tegur konsert K-Pop
KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung
program tersebut minggu lalu.
Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi
menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan
pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.
“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop).
Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot,
jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.
“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal
ini,” katanya di sini kelmarin.
Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih
cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia
dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.
“Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan
dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.
“Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja;
bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula,”
katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop
pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian
menjolok mata.
JANGAN BELI, MINUM AIR COCA COLA
Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf'
belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian
seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'. Ini satu penghinaan!!
tekan link dibawah :
Perhatikan perkataan 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke
dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat
tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA
MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.
Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan
kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong.
Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak
tenggelam.
Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita
lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam
kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh
mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM
melalui pemikiran.
#mintak tolong share .. Nauzubillahiminzalik~
"....ballighu 'anni walau
aayah...." *peace with imaan*
Mari Bantu Rakyat Kelantan Membina Lebuh Raya
Klik Gambar Untuk Besarkan
Mari Bantu Rakyat Kelantan Membina Lebuh Raya
Rakyat Malaysia Pertama Dilantik Felo & Pensyarah Universiti Oxford
Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di Universiti Oxford
pada usia 34 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di
Universiti Oxford. Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor
seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syiria. Beliau juga
dilantik menjadi imam di Ireland.
Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani.
Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu,
Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.
Sumber
: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=444688808891886&set=a.110596312301139.12396.100000523135452&type=1&theater.........................................................
Bagaimana YAHUDI Memperbodohkan Kita?
Klik Gambar Untuk Ke Saiz Asal
Tahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging
kambing adalah makanan sunnah nabi?
1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam,
mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu
kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa
kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut
apa yg nabi kita makan dan minum.
2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat
Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara
kecil".
3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian
dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak
tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi
kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut
nabi kita?
4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita
sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan
dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita
toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains
keluaran Zionis ini.
5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk
kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita
selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor
di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita
diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan
Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan
makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu
sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi,
berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita
juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.
7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun
sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya
dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal
ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya
terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan
mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser
payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab
dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu
soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc
yang penting untuk badan kita terjejas.
Malaysia rebah di tangan India
PEMAIN Malaysia, Mohd Shahrun Nabil Abdullah cuba mengawal
bola daripada pemain India, Danish Mujtaba di Ipoh, malam tadi.
EPISOD cemerlang Malaysia dengan dua keputusan seri dalam
perlawanan awal Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 akhirnya menemui
noktah apabila tumpas 3-2 kepada India di Stadium Azlan Shah di Ipoh, malam
tadi.
Walaupun bermain cemerlang, ia nyata tidak mencukupi buat
anak buah Tai Beng Hai untuk mendapatkan kemenangan pertama walaupun mendapat
sokongan padu hampir 10,000 penyokong tempatan, sebaliknya Malaysia kini
berdepan tugas berat apabila dijadual bertemu naib juara tahun lalu, Pakistan,
malam esok.
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia menyerbu garang ke arah
kubu India sebaik bermula untuk memaksa lawan bertahan pada lima minit awal
tetapi dua peluang awal itu gagal disempurnakan penyerang muda, Faizal Saari.
Sebaliknya, India menyentap semangat anak buah Beng Hai
apabila Danish Mujtaba membuka tirai jaringan menerusi serangan balas pantas
pada minit ke-10, sebelum Shivendra Singh mengukuhkan kedudukan kepada 2-0 tiga
minit kemudian, apabila pukulannya menewaskan penjaga gol S Kumar hasil pukulan
sudut penalti.
Sebaik bersambung babak kedua, Malaysia merapatkan jurang
menerusi Muhammad Amin Rahim pada minit ke-40 tetapi India kembali menguasai
rentak permainan apabila mengembalikan jurang dua gol menerusi Tushar Khandker,
empat minit kemudian.
Walaupun Malaysia bangkit merapatkan jurang melalui Muhd
Fitri Saari pada minit ke-59, jaringan penyamaan untuk
menyalakan peluang negara seperti dua perlawanan lalu, tidak menjadi kenyataan.
Sementara itu, Argentina menemui sentuhan tepat pada masanya
ketika mengejutkan pilihan utama, Britain 3-2, sekali gus melonjak ke tangga
kedua di belakang New Zealand dalam carta kejohanan tujuh pasukan itu dengan
enam mata daripada empat perlawanan setakat ini.
Jurulatih Argentina, Pablo Enrique Lombi yang gembira dengan
kejayaan anak buahnya itu berkata, pemain sudah mendapat rentak selepas
menyesuaikan diri dengan cuaca panas seperti ketika tewas kepada New Zealand
dan Pakistan sebelum ini, sekali gus memberi kelebihan psikologi kerana bakal
bertemu Britain dalam perlawanan pembukaan di Olimpik London nanti.
Korea Selatan juga mencatat kemenangan semalam apabila
membenam Pakistan 4-0 menerusi dua gol Nam Hyun Woo dan masing-masing You Kyo
Sik dan Hyun Hye Sung.
SEJARAH TAKWIM HIJRIAH atau KALENDAR ISLAM
Klik Gambar Untuk Besarkan
SERBA SEDIKIT SEJARAH TAKWIM HIJRIAH atau KALENDAR ISLAM
1) Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud
terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang
peperangan pada bulan ini.
Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas
menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
2) Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut
mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin.
Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
3) Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ
ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut
dinamakan.
4) Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ
ﺍﻷﺧﻴﺮ/’ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.
5) Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ
ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. “Jumada” bermaksud kering.
6) Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ
ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga
lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika
itu.
7) Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau
peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab
al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada
jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
8) Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan “syu’ba”, bermaksud
berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk
mencari air.
9) Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu
panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas
ketika itu.
10) Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta
betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting
pada ketika itu.
11) Zulkaedah (ﺫﻭ
ﺍﻟﻘﻌﺪة)
Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud untuk duduk.
Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan
orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan
bersedia untuk menunaikan Haji.
12) Zulhijah (ﺫﻭ
ﺍﻟﺤﺠة)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang
melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan.
Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi
bulan haji ini.
Masih banyak lagi Penjelasan daripada Sejarah bagaimana
Takwim Hiriah ini diwujudkan. Sumber diatas dianggap sebagai yang paling asas –
DrSoul
Google Malaysia perkenal tiga penambahan baru kepada Google Maps
Google Malaysia memperkenalkan tiga ciri baru pada aplikasi
Google Maps. Ia dilengkapi dua panduan trafik dan transit berdasarkan masa sebenar.
Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran
lancar. - Foto BH Online
KUALA LUMPUR: Google Malaysia hari ini memperkenalkan tiga
penambahan utama kepada Google Maps, membolehkan pengguna di Malaysia merancang
dengan lebih baik perjalanan mereka dan mencari maklumat tepat masa.
Penambahan itu adalah dua lapisan baru, Trafik dan Transit,
serta antara muka Bahasa Malaysia.
Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia, berkata
dengan membuka lapisan Trafik di Maps, pengguna boleh melihat dengan segera
sama ada jalan raya sesak atau bergerak lancar berdasarkan kepada kod warna.
"Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan
dan hijau bagi aliran lancar.
"Lapisan baru ini memudahkan pemandu untuk merancang
laluan alternatif ke destinasi mereka," katanya di sini, hari ini.
Transit menyediakan maklumat mengenai perjalanan menerusi
sistem pengangkutan awam Malaysia di Google Maps.
Ia juga menawarkan pilihan lebih baik bagi pengguna Malaysia
yang mahu mengelakkan kesesakan trafik dan pergi ke bandar dengan menggunakan
pengangkutan awam.
Sajith berkata, data bagi Trafik dan Transit diperolehi
daripada pelbagai sumber, termasuk, jabatan pengangkutan kerajaan dan penyedia
data swasta.
Sementara itu, Google Maps kini tersedia dalam Bahasa
Malaysia (BM).
Versi Bahasa Malaysia Google Maps yang lama ditunggu-tunggu
itu memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengemudi dan berantara muka
dengan Google Maps, menggunakan bahasa yang mereka paling selesa.
"Penambahan baru ini adalah sejajar dengan misi Google
untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikan ia berguna dan boleh diakses
sejagat, di samping mengukuh, menambah baik dan menempatkan produk dan
perkhidmatan," kata Sajith. – BERNAMA
Kebakaran hutan AS merebak
ASAP berkepul di kawasan kebakaran di Hutan Gila di New
Mexico. Kebakaran hutan kini melanda enam negeri di Amerika Syarikat.
SANTA FE: Kebakaran hutan melanda enam negeri di Amerika
Syarikat sejak empat hari lalu, sudah memusnahkan kawasan seluas lebih 520
kilometer persegi dengan keadaan di wilayah pergunungan di barat daya New
Mexico dilaporkan semakin tidak terkawal.
Usaha mencegah kebakaran daripada terus merebak di kawasan
yang tidak ramai penduduk di Arizona, Colorado, Michigan, Nevada, New Mexico
dan Utah terjejas akibat angin kencang dan keadaan kering lewat musim bunga.
Beberapa bandar kecil termasuk bandar perlombongan
bersejarah Wild West di Mogollan, kini sunyi sepi, apabila beratus-ratus
penduduk diarahkan berpindah apabila kebakaran semakin merebak.
Kebakaran Kompleks Whitewater-Baldy New Mexico, yang bermula
akibat dipanah petir 10 hari lalu, merebak ke seluruh kawasan seluas 33,286
hektar hingga Jumaat lalu dan pihak berkuasa berkata kawasan yang terjejas
mungkin lebih besar daripada yang dianggarkan.
“Kita tahu keadaan semakin serius sejak semalam malangnya
kami tidak memiliki angka sebenar,” kata Pegawai Maklumat Kebakaran, Dan Ware.
Beliau berkata, lebih 580 anggota bomba dan kakitangan
sokongan kini bertungkus-lumus memadam kebakaran.
“Ini adalah kebakaran terbesar dari segi saiz setakat ini,
jadi kami boleh mendapat semua bentuk bantuan yang diperlukan, malangnya kami
tidak pasti sama ada dapat memadamkan kebakaran menggunakan kapal terbang,”
katanya.
Beliau berkata anggota bomba sukar untuk sampai ke lokasi
kebakaran berikutan ia berlaku di kawasan yang sangat curam, berbatu dan tidak
dapat dilalui, selain tidak dapat mencari jalan pintas.
“Kebakaran yang berlaku sangat besar, sehingga menyebabkan
kami terpaksa mengundurkan pasukan bomba. Kami menjangka satu lagi hari seperti
hari ini.
“Dengan angin kencang dan kelembapan rendah ada potensi
besar untuk kebakaran menjadi semakin tidak terkawal,” katanya.
Asap daripada kebakaran di New Mexico merebak ke utara ke
kawasan metropolitan Denver kelmarin, ketika anggota bomba bertungkus-lumus
memadam kebakaran berasingan di sempadan Utah-Colorado.
“Kebakaran seluas 1,133 hektar berlaku di kawasan terpencil
berhampiran Paradox, Colorado, manakala di utara Michigan, hutan yang terbakar
sudah mencapai 4,600 hektar, ” kata jurucakap Perkhidmatan Hutan Amerika, Steve
Segin.
Katanya hanya ada beberapa ladang terpencil di kawasan itu
dan tiada struktur yang hilang setakat ini, walaupun kebakaran akibat angin
amat besar,
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menyatakan kebanyakan kawasan
di barat Colorado diletakkan di bawah amaran ‘bendera merah’ untuk kebakaran
hutan akibat suhu panas, kelembapan rendah dan angin kencang. – Reuters
Kelantan mampu pertahan trofi
KEHILANGAN dua mata ketika dipaksa terikat dengan keputusan
seri 0-0 menentang Johor FC di Stadium Pasir Gudang kelmarin tidak merencatkan
peluang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim
lalu.
Disebalik faktor keletihan yang menghantui barisan Kelantan
kelmarin, jurulatihnya, Bojan Hodak percaya pasukannya masih berada di landasan
betul untuk mengembalikan rentak kemenangan dalam baki perlawanan liga selepas
ini.
“Memang saya tidak puas hati tapi satu mata sudah memadai
buat kami. Secara keseluruhannya pemain sedikit letih dan Johor FC pula berjaya
memberikan saingan kepada kami.
“Apa pun saya yakin kami berpeluang untuk mempertahankan
kejuaraan Liga Super. Saya percaya selepas cuti rehat tiga hari, pemain akan
bangkit untuk kembali mencatatkan kemenangan dalam baki saingan liga musim
ini,” katanya semalam.
Dalam perlawanan kelmarin, The Red Warriors yang dilihat
menguasai perlawanan gagal menghasilkan gol namun sebaliknya hampir dihukum
penyerang tuan rumah tetapi bernasib baik apabila peluang terbaik menerusi
tandukan Arthur Hendrique sekadar menggegarkan palang.
Bagi mengelakkan keputusan sama, semua pemain Kelantan
diberikan rehat selama tiga hari dan akan kembali menjalani latihan pada 31
Mei.
“Farhan jelas letih selepas bermain penuh ketika menentang
Terengganu manakala Matyo (Norshahrul) pula masih bergelut untuk kembali ke
prestasi sebenarnya.
“Sebab itu saya terpaksa gantikan mereka dengan Ramzul
(Zahini Adenan) dan Azlan (Ismail). Azlan berpeluang untuk menjaringkan gol di
minit akhir perlawanan namun dia sedikit gopoh dalam segi penyudah,” katanya.
China muncul juara Piala Thomas 2012
WUHAN: China muncul juara Kejohanan Badminton Piala Thomas
2012 selepas mengalahkan Korea Selatan 3-0 pada final di Gimnasium Pusat Sukan
Wuhan di sini, hari ini.
KEPUTUSAN:
Lin Dan klk Lee Hyun Il 21-14, 21-17
Cai Yun/Fu Haifeng klk Lee Yong Dae/Kim Sa Rang 21-16, 25-23
Chen Long klk Shon Wan Ho 21-9, 21-13 – BERNAMA
Sukar terima alasan lapuk : Razif Sidek
“BUKAN tak ada pemain berbakat boleh diketengahkan tapi
orang di dalam BAM (Persatuan Badminton Malaysia) sendiri yang ‘sayang’ sangat
mahu menggugurkan pemain meskipun mereka gagal beraksi dengan baik.”
Demikian pandangan bekas ketua jurulatih kebangsaan, Razif
Sidek menafikan alasan Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh yang
mendakwa negara hanya mempunyai ‘pool’ pemain yang amat kecil sekali gus sukar
untuk diketengahkan pada saingan lebih tinggi.
Kenyataan Mohd Nadzmi itu hadir selepas skuad Piala Thomas
negara sekali lagi mempamer aksi mengecewakan di Wuhan, China apabila kandas
seawal saingan suku akhir sekali gus memanjangkan kemarau gagal meraih piala
berprestij itu sejak kali terakhir pada 1992.
Namun bagi Razif, sukar untuk menerima alasan lapuk itu
kerana berdasarkan pemerhatiannya, negara tidak pernah ketandusan melahirkan
ramai pemain berbakat baik pada peringkat sekolah mahupun negeri.
“Cuma masalah sekarang adalah di pihak BAM apabila ada
pemain tertentu yang bernaung di bawah persatuan ini menjadi ‘kesayangan’
orang-orang berkuasa dalam BAM. “Bermakna, walaupun pemain ini gagal mempamer prestasi
terbaik, kedudukan mereka masih selamat sebab sudah dijaga individu yang
mempunyai kuasa dalam persatuan. Sepatutnya pemain yang sering mempamerkan
kegagalan dikeluarkan, bukan ‘disimpan’ terus dalam BAM.
“Bila situasi ini berlaku, bagaimana pemain berbakat dari
luar nak masuk dalam BAM? Sudah tentu sukar untuk mereka mendapat tempat kerana
kuota dalam BAM sudah penuh.
“Sepatutnya BAM lebih terbuka untuk memanggil pemain luar
yang dirasakan berkemampuan memikul tanggungjawab pada peringkat antarabangsa.
Janganlah asyik guna alasan lapuk bila sudah gagal,” katanya.
Bagi Razif, satu perubahan besar perlu dilakukan dalam BAM
bukannya terus menyalahkan sistem, pemain serta jurulatih yang pada anggapannya
sudah melaksanakan tugas dengan baik.
BARANG PANAS BAIK PUNYA SEJAK 2010
Chong Wei tak perlu menangis
PERSEORANGAN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjalani
rawatan susulan menggunakan alat pengimbas 'High Field Extremity MRI' di Kuala
Lumpur Sports Medicine Centre, semalam. - Foto BERNAMA
Ada peluang cerah beraksi di Olimpik, cedera tidak serius:
Pakar
TANGISAN Lee Chong Wei akhirnya berbaloi apabila dimaklumkan
kecederaan buku lali kanannya ketika beraksi di Kejohanan Piala Thomas, Selasa
lalu dijangka mampu disembuhkan dalam tempoh kurang daripada sebulan.
Ia seakan-akan memberi sinar baru buat Chong Wei beraksi di
Sukan Olimpik penghujung Julai ini sekali gus membuka ruang kembali untuk
prospek pingat negara itu memburu pingat emas pertama negara.
Ujian imbasan ‘Magnetic Resonance Imaging’ (MRI) dan X-ray
dilakukan dua orang pakar, Dr Saw Khay Yong dan Dr Nicholas Geary di Pusat
Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) semalam mendapati Chong Wei tidak
mengalami kecederaan serius – tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan.
“Selepas pemeriksaan, saya bersama Dr Saw dan Dr Nicholas
duduk bersama berbincang dan mendapati tiada keretakan berlaku dan hanya
terdapat koyak pada ligamen saja.
“Dia hanya perlu menjalani tiga suntikan stem cell
masing-masing sekali untuk setiap lima hari. Chong Wei sebelum ini pernah
menjalani rawatan ini dan saya yakin dengan keberkesanannya jika berdasarkan
rekod yang ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk
Dr Ramlan Abdul Aziz, semalam.
Ditanya sama ada tahap kecergasan atlit itu boleh berada di
tahap sebenar ketika aksi Olimpik nanti, Dr Ramlan berkata dia optimis Chong
Wei mampu mengatasinya tetapi perlu didorong dengan persiapan rapi termasuk
daripada sudut persediaan mental.
Sementara itu Chong Wei berkata, kecederaannya itu
sedikitpun tidak mematahkan semangat meraih pingat emas sulung negara pada
temasya terbesar dunia itu.
“Doktor memberitahu saya perlu tinggal di hospital satu atau
dua hari lagi dan mengambil masa tiga atau empat minggu lagi untuk sembuh
sepenuhnya. Ini sudah tentu satu berita baik untuk saya. Saya akan cuba
melupakan kecederaan ini supaya tidak fobia apabila beraksi nanti dan berharap
ia akan cepat sembuh,” katanya.
BARANG PANAS SEJAK 2010
Rampasan buku Irshad Manji: JAWI tidak perlu perintah mahkamah
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
tidak memerlukan perintah mahkamah untuk merampas buku "Allah Liberty
& Love - Courage To Reconcille Faith & Freedom" karya penulis
kontroversi, Irshad Manji berikutan kandungan yang menyalahi hukum syarak.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa JAWI, Wan Jaafar
Wan Ahmad, berkata serbuan dua hari lalu itu dibuat mengikut Akta Kesalahan
Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, yang meliputi penerbitan bertentangan
hukum syarak.
"Tidak perlu court order (perintah mahkamah). Kita
bukan menggeledah. Kita hantar perintah untuk hadir membantu siasatan. Sebelum
kita datang untuk merampas pun kita hantar risikan untuk mencari buku terbabit.
"Kalau seseorang itu kena tuduh dan perlu hadir di
mahkamah, baru perlunya order of court," katanya ketika dihubungi Bernama
hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan penerbit buku
kontroversi itu ZI Publications yang menimbang untuk mengambil tindakan
undang-undang ke atas Jawi susulan rampasan yang dibuat di sebuah kedai buku
tersebut.
Kenyataan yang dilapor portal berita Malaysiakini semalam,
antara lain menyatakan pemilik dan pengarah syarikat itu Ezra Zaid mahu
mengambil tindakan saman kepada Jawi kerana bertindak tanpa mengikut lunas
undang-undang.
Ditanya mengenai kemungkinan tindakan undang-undang itu, Wan
Jaafar berkata terpulang kepada syarikat tersebut selain menambah: "tidak
apa..tidak jadi masalah kepada kita...kita bersedia."
Semalam Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan
buku tersebut kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang
ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
Timbalan Menterinya Datuk Abu Seman Yusop berkata, perintah
larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
(AMCP) 1984, kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan
memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'
Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan
ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Irshad, penulis beragama Islam kelahiran Uganda yang
memegang kerakyatan Kanada dan menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan
transeksual(LGBT) mencetuskan kontroversi apabila datang ke Malaysia minggu
lepas untuk melancarkan bukunya. – BERNAMA
KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.
Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun
ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam
pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak
Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu
dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang
busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap
kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan
(contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil
'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang
Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang
lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi
cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada
dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...."
Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya,
sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat
kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai
memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun
jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang
airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di
situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang
baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah
baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat
menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10
kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya)
sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...
Lelaki Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma
Seorang pemuda yang bertugas sebagai Imam telah mengalami
kemalangan lalu koma. Namun satu kejadian yang luar biasa telah berlaku apabila
pemuda itu tiba-tiba membaca al-quran ketika sedang koma.
Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami
kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang
tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah, apa
jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah
SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.
Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ”
apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam
Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita
berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk
melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar
kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT
nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.
Teknologi : Tahan Lama
KETIKA sedang khusyuk menggunakan gajet anda, kuasa
baterinya pula habis. Anda pula tidak menyimpan bateri alkali baru mungkin
kerana terlupa atau tidak sanggup membeli lebih kerana faktor kos. Situasi begini
pastinya amat menjengkelkan.
Keadaan ini bakal berubah apabila Panasonic Malaysia Sdn Bhd
memperkenalkan produk bateri yang boleh dicas semula tetapi berkuasa, EVOLTA.
EVOLTA yang ditampilkan dalam saiz AA dan AAA bukan saja
berkuasa setanding bateri alkali tetapi juga memiliki keupayaan pengecasan
semula sebanyak 1,600 kali.
Sebagai pelengkap kepada bateri baru ini, Panasonic turut
memperkenalkan kelengkapan pengecasan semula bagi kedua-dua saiz dengan tempoh
cas antara dua, lapan hingga ke 10 jam.
Lebih menarik, teknologi bateri yang boleh dicas semula itu
dapat membantu memulihara alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan bahan
untuk membuat bateri serta pembuangan bateri lama.
Syarikat peneraju pasaran produk elektrikal dan elektronik
tempatan itu mengakui bahawa faktor maklum balas memberangsangkan daripada
jualan kelengkapan produk bateri yang boleh dicas semula menjadi pendorong
kepada pengenalan bateri EVOLTA di negara ini.
Nama EVOLTA diambil daripada gabungan konsep evolusi dan
voltan yang menjadi teras teknologi bateri baru ini yang menjadikan ia mampu
tahan lebih lama.
EVOLTA dipasarkan dalam model HHR-3MVT/2B bagi saiz AA,
HHR-4MVT/2B (AAA) dan HHR-3LVT/2B (AA) dengan harga di antara RM19.90 hingga
RM35.90 setiap pek.
Kelengkapan pengecas semulanya ialah model BQ-CC09 dengan
harga dari RM49.90 hingga RM149.90.
Sumber
: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TahanLama/Article/index
Skuad negara berentap China hari ini
MALAM tadi, segala-galanya tidak memihak kepada skuad
negara.
Ia bermula dengan kehilangan kapten, Lee Chong Wei yang
terpaksa menarik diri gara-gara kaki kanannya terkehel sebelum pasukan negara
kecundang kepada Denmark 3-2 dalam saingan Kumpulan C di Pusat Gimnasium Sukan
Wuhan.
Awal pagi tadi, dalam undian menentukan lawan di suku akhir,
kita dijodohkan bertemu juara bertahan, China yang dianggap halangan paling
liat.
Ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her berkata: “Kami akan
berbincang semula siapa yang akan diturunkan dalam perlawanan suku akhir esok
(hari ini).”
Ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek akur semangat
pasukan terjejas kerana kehilangan khidmat Chong Wei tetapi menegaskan pasukan
tidak harus cepat mengalah dan terus berjuang.
“Peluang sama ada kita mampu mencapai sasaran separuh akhir
yang ditetapkan bergantung kepada perlawanan esok (hari ini),” katanya.
Kekalahan kepada Denmark itu menyebabkan skuad negara
sekadar muncul naib juara kumpulan.
JADUAL HARI INI
PIALA THOMAS
Suku akhir
Malaysia mln China
Jepun mln Indonesia
Russia mln Denmark
Jerman mln Korea Selatan
PIALA UBER
China mln Jerman
Thailand mln Denmark
Korea Selatan mln Taiwan
Indonesia mln Jepun
(Nota: waktu 1 dan 7 ptg)
KEPUTUSAN
PIALA THOMAS
MALAYSIA 2 Denmark 3
(Lee Chong Wei kk Peter Gade
(menarik diri); Tan Boon Heong-
Hoon Thien How kk Carsten
Mogensen-Mathias Boe 17-21, 23-
21, 11-21;
Liew Daren mn Jan o
Jorgensen 21-15, 21-13;
Koo Kien
Keat-Goh V Shem kk Jonas
Rasmussen-Joachim Fischer
Nielsen 18-21, 15-21;
Hafiz
Hashim mn Hans Kristian
Vittinghus 17-21, 21-17, 21-19)
Korea mn Jerman 3-2
Jepun mn Russia 5-0
China mn Indonesia 5-0
Jepun mn Russia 5-0
PIALA UBER
Korea mn Jerman 5-0
Jepun mn Denmark 3-2
China mn Indonesia 5-0
Taiwan mn Thailand 3 -2
Keputusan peringkat kumpulan Piala Thomas
PEMAIN perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei
mengalami kecederaan ketika menentang pemain Denmark, Peter Hoeg Gade dalam
saingan Kumpulan C kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China, hari ini. - Foto
BERNAMA
WUHAN: Berikut keputusan kejohanan badminton Piala Thomas di
Pusat Sukan Gimnasium Wuhan di sini, hari ini:
Kumpulan C
Denmark menang ke atas MALAYSIA 3-2
Peter Hoeg Gade kalahkan Datuk Lee Chong Wei
(menarik diri) 2-1
Carsten Mogensen/Mathias Boe kalahkan Tan Boon Heong/Hoon
Thien How
21-17, 21-23, 21-11
Jan O Jorgensen kalah kepada Liew Daren
15-21, 13-21
Jonas Rasmussen/Joachim Fischer Nielsen menang ke atas Koo
Kien Keat/Goh Wei Shem
21-18, 21-15
Hans-Kristian Vittinghus kalah kepada Muhammad Hafiz Hashim
21-17, 17-21, 19-21.
Kumpulan D
Korea Selatan menang ke atas Jerman
3-2
Lee Il Hyun kalahkan Marc Zwiebler
21-19, 21-8
Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae kalahkan Ingo Kindervater/Johannes
Schoettler
22-20, 21-12
Shon Wan Ho kalah kepada Diete Domke
17-21, 21-15, 11-21
Kim Sa Rang/Kim Ki Jung kalahkan Michael Fuchs/Oliver Roth
21 -13, 21-13
Hong Ji Hoon lost Lukas Schmidt
17-21, 21-9, 18-21.
- BERNAMA
Sikap tak kisah kikis identiti bangsa
BIARPUN dianggap bahasa picisan namun dominasi bahasa rojak
dalam kehidupan masyarakat moden masa kini cukup ketara.
Penggunaan yang semakin meluas terutama di kalangan generasi
muda juga dikhuatiri bakal mengikis nilai identiti bangsa tanpa disedari.
Berilah pelbagai alasan, isu bahasa rojak seharusnya
ditangani segera bagi mengelakkannya terus melarat apatah lagi sikap masyarakat
yang lebih mementingkan konsep mudah dan praktikal boleh mengancam kewibawaan
bahasa standard.
Persoalannya, mengapa bahasa rojak sangat digemari? Apakah
kelebihannya?
Ketua Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Adi Yasran Abdul Aziz, berkata,
penggunaan bahasa rojak yang ‘sempoi’, ‘santai’ namun bergaya adalah faktor ia
menjadi pilihan.
Menurutnya, konsep kehidupan masyarakat terutama generasi
muda hari ini yang ‘malas’ untuk berfikir juga menjaga standard menjadikan
mereka lebih selesa dengan penggunaan bahasa itu.
“Masyarakat hari ini lebih mementingkan penampilan, bukan
saja gaya tapi bahasa juga perlu sofistikated dan mengikut perkembangan semasa.
“Bahasa rojak tidak memerlukan unsur peraturan, justeru
mudah diterima ramai menjadikan masyarakat sangat selesa menggunakannya,”
katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, biarpun mudah namun masih tetap
mencemarkan identiti bahasa dan budaya sekali gus menghakis jati diri bangsa.
Menurutnya, setiap bangsa di dunia dihakimi melalui
peradaban bahasa dan sosial, justeru penggunaan bahasa rojak yang berleluasa
dikhuatiri boleh menjejaskan usaha memartabatkan keunikan identiti sesuatu
bangsa.
“Bahasa adalah imej yang melambangkan keperibadian dan
ketinggian budaya bangsa, justeru biarlah bahasa digunakan bersesuaian.
“Ramai menganggap isu ini picisan namun kesedaran untuk
menggunakan bahasa standard perlu ada. Jika tidak ia akan mengikis penggunaan
bahasa sedia secara perlahan-lahan.
“Sekali gus membunuh nilai identiti bangsa hingga
mencacatkan perjalanan bahasa untuk generasi akan datang pula,” katanya.
Pusat Rujukan Bahasa Melayu Dewan Bahasa Pustaka
mentakrifkan bahasa rojak sebagai bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang
digunakan penuturnya.
Dengan kata lain, percampuran penggunaan bahasa Melayu yang
diselangselikan dengan bahasa asing seperti bahasa Inggeris sekali gus boleh
menjadikan struktur ayat tunggang-langgang.
Penggunaan bahasa berkenaan juga lebih sinonim kepada
generasi muda yang dikaitkan dengan sikap ‘tidak kisah’ dengan apa yang melanda
institusi bahasa negara.
Mengulas mengapa bahasa rojak pantas berkembang dan menjadi
pilihan, beliau berkata penggunaan yang ringkas, mudah serta senang difahami
menjadikan ia dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Malah, akuinya, bahasa ini tidak mengenal usia, latar
belakang serta status penutur menyebabkan masyarakat mudah menerimanya.
“Lazimnya, masyarakat memang mudah tertarik dengan sesuatu
yang mudah kerana hari ini semuanya perlu serba pantas tidak terkecuali bahasa.
“Penggunaannya tidak salah dan isu bahasa rojak pun bukanlah
isu yang perlu diperbesarkan. Cuma penggunaan tidak terkawal terutama di
kalangan pelajar sekolah boleh memberi impak negatif dalam peperiksaan.
“Bayangkan jika mereka menulis karangan menggunakan bahasa
rojak. Bukan guru saja pening malah memberi kesan terhadap pemberian markah
sedangkan bahasa Melayu adalah subjek wajib lulus,” katanya.
Beliau tidak menyekat jika bahasa rojak digunakan dalam
pertuturan seharian biarpun boleh memberi kesan jangka panjang.
“Ia mungkin menyakitkan telinga segelintir orang namun
kesannya tidaklah mendalam berbanding penggunaannya dalam penulisan
peperiksaan. Fokus utama ialah golongan pelajar.
“Ini yang perlu diteliti dan diambil tindakan kerana saling
berkait rapat dengan kepentingan sistem pemarkahan peperiksaan. Bahasa rojak
tidak diterima.
“Ini satu kerugian sedangkan mereka boleh memperoleh markah
yang baik dengan penggunaan bahasa teratur. Inilah bahayanya bahasa rojak jika
tindakan proaktif tidak diambil,” katanya.
Akuinya, bahasa rojak juga sudah dinilai standard sebagai
bahasa Melayu campur sedangkan kerana bahasa lain tidak menghadapi masalah
serupa.
Menurutnya, bahasa Melayu senang dimanipulasi berbanding
bahasa lain kerana penggunaan bahasa itu dipenuhi pelbagai perkataan dan kota
kata indah serta puitis.
“Biarpun bahasa Inggeris bahasa antarabangsa, ia jarang
dimanipulasi kerana struktur ayatnya kukuh. Umumnya, bahasa Inggeris juga
ringkas dan terus pada maksud.
“Berbanding bahasa Melayu, walaupun mempunyai struktur kukuh
namun penggunaan perkataannya sangat luas, panjang, indah, berbunga dan
melankolik.
“Menyebabkan mereka yang kurang sabar bertindak mencari
perkataan paling mudah untuk mengungkapkannya seperti ‘sayangkan u’ berbanding
‘sayangkan awak’,” katanya.
Perkembangan pantas teknologi juga pada masa sama memberi
kesan terhadap penggunaan bahasa rojak.
“Penggunaan bahasa rojak dulu hanya terbatas melalui
pertuturan namun kini sudah biasa digunakan dalam komunikasi maya menyebabkan
ia semakin merebak tanpa kekangan.
“Pada masa sama, mereka yang mempertahankan penggunaan
bahasa juga mungkin sudah ‘penat’ dan gagal bersaing dengan tempias teknologi
menyebabkan bahasa rojak semakin mendominasi.
“Sekali gus mencacatkan usaha dilakukan bagi memartabatkan
penggunaan bahasa Melayu standard yang menjadi kebanggaan generasi dulu,”
katanya.
Tidak menolak juga kemungkinan bahasa rojak adalah pengaruh
rakan, beliau berkata, perlu disuntik kesedaran untuk mendaulat dan menggunakan
bahasa yang betul.
“Sekurang-kurangnya, ia boleh membantu memperoleh markah
yang baik dalam peperiksaan. Ini bukan soal tidak ada gaya atau sebagainya,
sebaliknya kualiti dan standard yang sudah ditetapkan.
“Justeru, perlu wujudkan satu kesedaran di kalangan generasi
muda supaya tidak terlalu mengagungkan bahasa rojak yang bercampur baur antara
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,” katanya.
Antara mekanisme boleh dilakukan ialah dengan mengadakan
bengkel deklamasi sajak, penulisan pantun, karangan, cerita pendek dan
sebagainya bermula di peringkat sekolah rendah.
“Walaupun usaha ini terpaksa bersaing dengan teknologi,
sekurang-kurangnya kepekaan asas terhadap penggunaan bahasa yang betul sudah
ada dan boleh diasah serta dipraktikkan.
“Langkah awal perlu disusun supaya mereka tahu menyusun
rentak penggunaan antara bahasa rojak dan keperluan bahasa standard.
“Sekali gus menyedarkan masyarakat betapa pentingnya
mempertahankan penggunaan bahasa yang betul sekali gus tidak teraba-raba mencari
nilai identiti diri dan bangsa,” katanya.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Pelbagai Lagi Artikel Menarik
-
▼
2012
(146)
-
▼
May
(36)
- Pelik : Nak Jadi HULK Sangat Yer
- Semasa : CEUPACS minta kaji gaji pembantu tadbir
- Kesihatan : Waktu Terbaik Minum Air Masak
- Semasa : Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Ku...
- Seram : Hantu Penanggalkah Ini?
- Sukan : Malaysia kejut Pakistan
- Kes bunuh Sosilawati: ‘Pathma untung atas angin’
- Krisis Syria: Barat mula usir diplomat kanan Syria
- Mufti Perak tegur konsert K-Pop
- JANGAN BELI, MINUM AIR COCA COLA
- Mari Bantu Rakyat Kelantan Membina Lebuh Raya
- Rakyat Malaysia Pertama Dilantik Felo & Pensyarah ...
- Bagaimana YAHUDI Memperbodohkan Kita?
- Direktori Halal
- Malaysia rebah di tangan India
- Keputusan Tender Plet WWW
- SEJARAH TAKWIM HIJRIAH atau KALENDAR ISLAM
- Google Malaysia perkenal tiga penambahan baru kepa...
- Kebakaran hutan AS merebak
- Kelantan mampu pertahan trofi
- China muncul juara Piala Thomas 2012
- Sukar terima alasan lapuk : Razif Sidek
- Chong Wei tak perlu menangis
- Rampasan buku Irshad Manji: JAWI tidak perlu perin...
- KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
- Lelaki Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma
- Teknologi : Tahan Lama
- Skuad negara berentap China hari ini
- Keputusan peringkat kumpulan Piala Thomas
- Sikap tak kisah kikis identiti bangsa
- NATO isytihar aktifkan rangkaian peluru berpandu
- Piala Thomas: Malaysia mudah tundukkan Afrika Sela...
- Red Warriors Cuba Tiga Kali Muncul Juara Tewaskan ...
- Kementerian Kesihatan Jamin Susu 1Malaysia Selamat...
- Lulus PMR Boleh Ambil Diploma
- Sawa 7 Meter Kantoi
-
▼
May
(36)